its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Saturday, July 10, 2010

dari emel ke MMS

emel : emel dari TNB yang menyatakan aku akan ke INTEC.
MMS : minggu mesra siswa, suatu upacara suai kenal, orientasi untuk pelajar baru INTEC.
INTEC : International Education Centre, Shah Alam
perpustakaan : rumah kedua aku?
hati gembira tatkala berjumpa teman² baru, di harap yang lama tidak terputus hubungan, tidak berjauhan. gemersik serunai subuh, aku kembali belajar. kali ini di INTEC.
hostel Cendana
1 bilik 6 orang. aku dalam bilik A, 2 orang. bilik B, 4 orang.
rakan sebilik, Din. serumah, Afif, Munzir, Arif, Dani.
tiada komen untuk bilik, mahupun kawasan asrama. sesuai dengan misi 'mahu belajar' aku. tiada tarikan jantina yang lagi 1 menambah seri siri 'hidup suka ria di kalangan lelaki aku'. :)
abu = ash kan?
aku perkenalkan diri dengan nama ASH. tapi ada juga sahabat yang memang tahu nama aku ABU. bukan nak meng'antarabangsa'kan nama sendiri tapi nak bergurau sahaja. tak harap benda tu berhasil pun tapi kalanya ada jugak yang terlepas panggil aku ASH. :D
AUSMAT, program lantang berpeluh
kalau orang kata AUSMAT susah, aku kata belum cuba belum tahu, tak kenal tak cinta. aku percaya yang sifat konsisten kena ada. mungkin kali ini tanpa ribuan perkara dalam 1 masa. gembira berkenalan dengan rakan² yang lain. aku bersyukur mereka peramah. nampaknya, aku berganding bahu, mengejar negara orang bersama-sama mereka.
Jeffrey, senior idola aku. memang aku harap dia baca benda ni. dia memang pakej lah. belajar gempak, ucapan dia buat aku semangat, kelantangan akhlak dia terbaik, pemimpin berjaya. paling aku semangat bila dia cakap, 'it's not what the matter you confront with, it's all the matter about you want it or not!'
PM, pembantu mahasiswa
mereka macam fasilitator dalam mana² kursus. apa yang aku nak cakap, mereka genius. mungkin dari segi permainan yang ada, pengaturcaraan yang hebat & tersusun, sikap profesional mereka. mungkin setelah sejengkal masa, aku boleh praktik 'tabik spring' macam dulu². :)
tak lupa, Fei Mau. rakan² yang kenal aku, mungkin kenal dia. dia senior & salah seorang PM. gaya dia, tingkah laku dia, mimik muka dia sangat kelakar. serius dia memang buat orang ketawa & laugh stock kita orang lepas penat bergiat dalam LDK & sebagainya. aku memang tak boleh lupa gaya dia memakai jeans ketat, skinny yang terkoyak di celah kangkang. mungkin dia tak perasan. aku harap dia memang sengaja. :D
tugasan pertama, pembaca ikrar
ikrar pelajar beramai-ramai sewaktu majlis penutup, ada 7 orang & aku salah seorang. tak sesuai rasanya menjadi si tukang karut. tapi yang aku rasa teruja adalah bila pensyarah AUSMAT jeritkan nama aku sewaktu memilih para pembaca ikrar. aku berdiri bukan untuk membangga diri tapi untuk mematuhi arahan. :)
aku juga mengetuai bacaan ikrar budak² AUSMAT, di depan para pensyarah & ketua program. terkejut disuruh ke depan, tanpa gagap, aku sahut jugak mikrofon tu. biarlah mata yang lain memandang, aku sendiri gagahkan diri. biarlah ada yang mencemuh, aku peduli apa. biarlah ada yang memuji, aku tak ambil pusing. biarkan mereka bercakap dengan si cermin.
*kuat Abu, kuatlah Ash. AUW~

2 comments:

iemaZAIMAH said...

the HOT abu is getting HOTTER at INTEC :D

Hikayat ABU said...

ouh la la~
its not about temperature anymore lah. its about activeness. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...