its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Friday, July 2, 2010

sehari sebagai photographer

akhirnya cita² aku tercapai. walaupun bukan hak aku, tapi aku puas giler dapat tangkap memori² guna DSLR. terima kasih sekalung budi kepada Zaim, sahabat INTEC aku kerana berani meminjamkan kamera itu. :)
1. taman perdana, KL
kat sini aku banyak ambil gambar permandangan je. tak banyak gambar yang boleh ambil tapi masih puas hati juga la sebab banyak yang aku belajar. mungkin sebab terlalu minat, aku menjadi seorang yang cepat tangkap & berhasillah hendaknya. :)

ada depan mata, kau pandang lain jugak?

photographer abu mencari idea

2. taman seri saujana, Putrajaya
kat sini paling best, cool, mantap, menarik, menguji & penuh cerita. pemandangan memang lawa giler. macam orang jakun pulak aku kat sana. tapi takpe la, itu semua pengalaman aku. jadi, aku terima sudah la. seribu batu bermula dengan 1 langkah kan? :)

aku tengah khusyuk ambil gambar ni, tapi..

orang lain pulak ambil gambar aku. :D

sebenarnya, aku memang suka sangat ambil gambar pemandangan. mungkin sebab aku memandang ciptaanNya sebagai suatu jalan untuk menenangkan diri & hati. alam adalah sangat esklusif & tiada tolok bandingnya. aku akan beli jugak kamera ni suatu hari nanti. bukan untuk diri sendiri, tapi untuk memori. :)
akhir kata, terima kasih kepada model² aku.

jangan paling lagi, teruskan kau orang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...