hari ini aku rasa aku boleh boleh dah nak tonggeng sikit, kasi celaru kepala hilang bersama angin sepi malam. kerja
banyak berlambak, boleh pulak nak main tarik tali macam ni. kadang² aku jadi malas pulak nak fikir, malas pulak nak bergerak, malas pulak nak menarik balik. biarkan sahaja kisah dunia cinta yang tak pernah berhenti ni. orang sakit memang perlu perhatian sikit. siapa lagi nak cari kalau bukan orang terdekat kan? kalau tak boleh tolong, takut kena tegur, anda dipersilakan pergi segera. takut anda pulak yang terasa. dan dan dan, betul yakin pasti tak pernah diberi penghargaan? fikir kembali dalam kepala sendiri.
apa yang fakta, apa yang andaian?
apa yang fakta tetap sama seperti kisah merpati macam dulu jugak. biasa lah memang krisis hati tak pernah sudah. apa yang sudah tertinggal, ditinggalkan. apa yang sudah jadi, biarkan terjadi. masih masih masih. masin betul mulut tatkala menyebut dalam hati sejak dulu lagi. biarlah dikunci sekejap. anak kunci di campak jauh². agar sukar sesiapa mencari atau terjumpa. biarkan reda air terjun menjadi anak sungai dulu. andaian tu tolak tepi lahh. memang nampak sangat andaian tu semua realiti sekarang. jangan jilat balik ludah sendiri sudah la.
*toodle.
No comments:
Post a Comment