its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Saturday, July 4, 2015

Bicara pada langit


Kalam dipagar pada langit
Walau tak bisa sendiri,
Kau menatapku pada hari-hari hidupku,
Tika dunia mengejar,
Lalu aku dikejar.

Aku bisikan pada semalam,
Lembutmu pada bicara awan,
Tegasmu pada bicara Tuhan,
Gagahmu pada bicara teman.

Hari ini, aku buka jendelaku,
Bukan hanya untuk sinarmu,
Tapi juga untuk surammu,
Kerna kamu, dalam aku.

-A.O-

Friday, July 3, 2015

Afeksi mata


Dalam afeksi mata kau,
Aku lemas lagi,
Mencari jawapan pada persoalan kata,
Mencari harapan pada persoalan rasa.

Tenggelam dan karam,
Biar sukar dibuka,
Biar masa dileka,
Biar makna diteka,

Kuburan yang tak bernisan,
Aku sembunyi dan kunci,
Bila esok nanti,
Kau tahu lalu peduli,
Aku buka kembali.

-A.O-

Monday, June 29, 2015

Bayang


Walau tanpa kau,
Aku mahu lihat dunia,
Walau tanpa kau,
Aku mahu cerita berjela.

Aku harap kau tak bosan,
Dengan segala apa yang aku tanam,
Aku tak mampu lagi karam,
Aku mahu kata menyelam,
Aku mahu rasa bersulam.

Biar tinggi ku terbang,
Biar dalam ku renang,
Dan bila aku pulang,
Jendelaku, terang berbayang.

-A.O-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...