pitstop; refuelling memories
*rest, refresh & reset mind for the sake of the finishing line*
its not just myself!
- Hikayat ABU
- blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Monday, April 11, 2016
Moving on
Yeah, aku rindu sikit dengan member aku dua orang ni. Tengah dok sedap buat assignment dan rasa takde geng pulak nak sembang mengarut bila stress fikir pasal kerja. One of them once said to me that I should enjoy my last bit of uni life whilst I still have it. Been struggling with a lot of things recently makes me thinking about that line of advice over and over again. Orang deep ni memang macam ni dan kadang aku memang terasa benci diri sendiri terlalu banyak fikir. Problem vs predicament. But I can't complain. Allah makes my extention semester easy and I am gonna take it one day at a time. Cherishing whoever I have around and clarifying the bits and pieces that I had lost over the four years I have been in Brisbane. Thank you Afiq and Badri for all the memories made, all the strength borrowed and all the knowledge shared. I'll see you when I get back. One of many faces that I wanna see growing inside the engineering scene in Malaysia. Take care boys. I love you both.
Monday, April 4, 2016
Semua orang buat silap
Kadang kau terasa kau tak cukup, dikias sana, ditempias sini. Dinding nipis ini jadi tempat kau maki tapi kenapa tak cakap sendiri. Muka aku tebal hari hari kau simpan dalam. Aku taknak tengok kawan karam cara perlahan. Mohon usap di mana yang salah agar aku pun boleh belajar. Hidup tu susah. Berjela rasa ini aku simpan. Halau cara perlahan, aku taknak duduk diam. Oh biarlah, aku lepaskan pada satu hari ini. Aku buat apa yang aku reti. Kau terima cara sudi atau cara sindir, aku malas nak ambil peduli. Janji aku sayang kawan aku dan aku buat sebaik mampu. Okay, mari bangun awal esok kerana esok hari baru. Hari ini, biar aku belajar dari kau orang dulu.
Thursday, October 8, 2015
Si Pembakar Puisi
Walau dengan kepulan asap dari jari,
Aku masih si pembakar puisi,
Yang hatinya dulu mati,
Kerana kalah pada ego sendiri,
Lalu hilang seorang srikandi.
And I always regret,
To the things we never had,
But now I can't complain,
To the stories we never plan.
Subscribe to:
Posts (Atom)