aku juga tak harap dapat
tapi kau mesti tahu aku dah beri semua
dan bila terjadinya titik tolak itu
aku terfikir sendiri.
bila aku renung kembali
titik² gembira sekarang aku hargai
kerana kalau patah, maknanya aku lemas dalam lautan tangis sendiri.
fikirkanlah apa aku akan hadapi nanti?
kesan bertimbun beban batu di bahu.
jarak jauh itu buat aku jadi ketar
kerana aku tahu aku pasti meraung
dalam esak² rindu itu
aku harap engkau gagah
jangan terkejut kalau aku tak cerita.
mungkin ini positifnya apa terjadi semalam
untuk kau tidak rasa gusar esok
tapi aku hanya harap
masih ada aku dalam secebis hatimu.
*p/s : belum hak aku lagi.
No comments:
Post a Comment