Ini entri pertama dari Iphone 4S yang aku baru beli. Apps ini memang berguna untuk orang macam aku.
Sudah dua minggu aku di Brisbane ini. Banyak perkara manis berlaku saban hari. Terima kasih buat mereka yang sudi menghulur bantuan di kala aku terumbang ambing mencari diri di sini.
Aku rindukan suasana malam Kuala Lumpur yang tampak jelas dari beranda rumah, hiruk pikuk sibuk kota biarpun malam menyinsing tiba bersama keluarga menonton siaran yang ada di kaca televisyen. Harap ibu relakan aku pergi. Lemah kaki tatkala ibu menangis sebak sewaktu di KLIA tempoh hari. Ada hikmahnya aku jauh di Ipoh dulu rupanya. Cuma jaraknya berkali ganda kini. Alah bisa, tegal biasa. Harap keluarga semua relakan aku pergi untuk nusa kita.
Tidak lupa rakan semua. Aku rindukan kalian wahai sahabat. Di sini keseorangan aku menjadi diri sendiri mencari rakan sekepala bahasanya. Boleh tahan rakan rumahku. Akan ku ceritakan di entri lain hari.
Buat Ammarah di ceruk ladang kelapa sawit, saya sihat sahaja di sini. Jangan sedih selalu. Fokus pelajaran perkara utama. Kita jumpa di sini bila ada masa. Saya ada sesuatu untuk awak. Terima kasih buat perhiasan bilik ini. :)
its not just myself!
- Hikayat ABU
- blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Showing posts with label p/s : i love you. Show all posts
Showing posts with label p/s : i love you. Show all posts
Monday, March 5, 2012
Friday, December 30, 2011
Angin Broga
di atas puncak Broga ini, aku terfikir sejenak tentang keseronokan bermain remaja. tak lama lagi, aku pun nak menginjak ke umur yang baru. tak pasti pula tentang keremajaan diri. maklumlah, umur dah puluhan. aku banyak berfikir sekarang tentang pilihan diri. haruskah aku tinggalkan segala yang ada di sini, demi sebuah impian yang belum pasti? apa yang ada sekarang, cukup benar buat aku bahagia, buat masa ini. tapi apa yang ada di benak fikiranku, cukupkah semua ini untuk teruskan rasa bahagia di dada, dalam mengisi satu lagi benak harapan dalam diri? berat rasa hati, bagai membawa lori 3tan, nak meninggalkan semuanya; tanggungjawab, kasih dan semestinya bahagia. apa yang perlu diteruskan, harus jua aku teruskan. biar putih tulang, jangan putih mata, bak kata pujangga dahulu kala.hari ini aku di puncak Broga, 400m tingginya dari laut, harap esok aku di puncak Queensland pula. agar semua harapan di bahu akan lerai, bagai embun tatkala tiba masa siangnya. aku harap pergi dan kembali nanti, dengan penuh redha orang tua, penaja dan semua yang menyokong. doakanlah aku agar tetap tabah dan kuat menggalas setiap apa yang ada di bahu, biar jadi seorang perintis watan dan pengharum bunga tunggal di taman Cik Din, suatu hari nanti.
Friday, November 11, 2011
SACE no longer posses me.

setelah 2 minggu aku menghadirkan diri untuk SACE, akhirnya hari ini, 11/11/11, tamatlah kisah pengembaraan aku dalam program AUSMAT di INTEC ni. lega rasanya, ringan kepala. tapi aku risau juga akan keputusan aku Disember ni. secara ringkasnya, dalam 5 subjek yang aku ambil, mungkin hanya 2 subjek sahaja yang memuaskan hati aku ketika aku habis menjawab. khuatir pula jika aku tidak dapat terbang bersama rakan lain. tapi rasa risau ini aku cuba simpan dalam², kerana aku tahu, masa ini adalah masa untuk bergembira tanpa tidak lupa untuk bertawakal kepada-Nya. kita tengok sahaja nanti. cuti ini mungkin aku gunakan untuk bersama keluarga tersayang setelah sekian lama tidak bersenda gurau, bersilaturrahim dek sibuk dengan dunia pelajaran. tinggalkan dulu pelajaran, bergerak pula ke dunia realiti yang sememangnya lebih mencabar. tidak lupa juga, perjalanan yang masih panjang ini aku akan selami dengan siri pembangunan modal insan diri sendiri. terima kasih setinggi gunung buat sekalian yang menyokong perjuangan aku. terima kasih juga untuk rakan² peneman suka duka bersamaku. doakan saja buat diri ini. sekian.
manually typed by
Hikayat ABU
bookmark :
awesome BEN,
p/s : i love you,
wargh ORARA,
YTN's colleague
Sunday, October 16, 2011
last resort

I thought you are the one but I can see the ship sank faster than I could imagine. thanks for everything; memories, gifts and etc. let me be another random person of yours, to answer all your random questions once again and to be less expected to do things."If you love something, let it go. If it comes back to you, its yours forever. If it doesn't, then it was never meant to be."
*good bye, XY. :')
Thursday, September 29, 2011
12 months
Friday, September 9, 2011
rally
selepas berlari pantas dan jauh, apa salahnya ambil langkah perlahan. langkah perlahan itu punya maksud tertentu. mungkin berguna kepada orang lain suatu masa nanti. biarlah perlahan, asalkan jangan berhenti. ini bukanlah harapan kosong tetapi aku punya niat tersendiri. pilih² la dulu sebelum katakan muktamad. harap benar keputusan dibuat dan kali ini, aku lebih bersedia.
*tangga² menuju final exam.
Thursday, September 8, 2011
forever alone
harini aku terdedah dengan fenomena ini. sebenarnya best jugak kalau macam ni. buat hal sendiri dan tiada orang ambil pusing. gelapkan mata orang dari pandangan aku yang azali. fuh, mantap bila fikirkan balik. kalau dah ada rezeki tu kan, pergi jela. tali yang terputus itu bukan selamanya terputus. ada juga yang buatkan ia tersimpul kembali. kalau ada rezeki, ada jugak kan. takdir yang tentukan baik buruk sesuatu perjalanan. tentu sekali aku sedar aku bukan yang terbaik untuk menjadi harapan. :)*syukurlah bila anda alone.
Tuesday, September 6, 2011
positive
ini masa aku berfikiran positif untuk mengelak propaganda lagi. mungkin bukan aku seorang. apa yang penting masa ini hanya akademik. aku kena all-out untuk trial 21-30 September 2011 ini. respond untuk perkara positif sahaja taulan. jangan ambil pusing yang negatif. bukan semua buruk itu ada pada kita. perjuangkan apa yang hak dan benar. perlahan pun takpe daki tangga kejayaan. yang penting jangan ambil mudah dengan guna eskalator sahaja. mari mari kita kasi score itu ATAR dan pacak bendera Malaysia di down under.*rentetan mendapat markah yang tak disangka boleh. syukur.
Monday, August 29, 2011
Saturday, April 30, 2011
best week of AUSMAT's 2nd semester #2
problem solved. yeah!
jadi, sebelum final yang teramat membangkitkan stres ni, aku dan Ammarah bertemu janji di Nilai. memang perkara biasa aku akan ke sana dan menjamu selera sebentar bersama. kemudian datang ke rumahnya dan bersembang pula dengan keluarga dia. perkara paling menarik di rumah Ammarah adalah si Zahin, seorang budak yang comel dan manja perwatakannya. selalunya, aku layan la si Zahin ni. budak kecil kan. memang suka dimanjakan. aku rasa besar nanti mesti romeo gila budak ni. :Dnak dijadikan cerita, sewaktu aku dalam perjalanan ke sana, lalu lintas amatlah sesak. Lebuhraya KL-Seremban memang selalunya macam ni ketika hari Sabtu. oleh kerana aku naik motor je, tak terasa sangat la kan. yang paling aku kecewa adalah sikap pemandu kereta yang menggunakan laluan kecemasan semata-mata nak mengelak jalan yang sibuk itu. memang menyusahkan jika ada perkara² kecemasan.
kebetulan pula ada ambulans yang membawa pesakit minta diberikan laluan di jalan yang penuh sesak tadi. lorong kecemasan yang memang telah penuh dengan kenderaan pada awalnya tidak membantu pun. mungkin nyawa seseorang di dalam ambulans itu dalam bahaya atau beliau sedang tenat. kasihan beliau. ini semua hasil dari sikap pemandu² di Malaysia sendiri. lagi menyedihkan adalah apabila ada kenderaan (selalunya motor atau kereta) yang mengekori ambulans itu dari belakang, semata-mata untuk mendapatkan laluan pantas (baca : fast track) dan secara tidak langsung mengambil kesempatan.
apa aku buat?
tak perlu cerita lah. biar aku dan mereka yang tertentu je tahu. tapi serius shit style gila. :D
*masih terngiang lagi pesanan dari seorang Aunty. :)
Friday, April 8, 2011
pistanthrophobia
aku tak pernah minta
aku juga tak harap dapat
tapi kau mesti tahu aku dah beri semua
dan bila terjadinya titik tolak itu
aku terfikir sendiri.
bila aku renung kembali
titik² gembira sekarang aku hargai
kerana kalau patah, maknanya aku lemas dalam lautan tangis sendiri.
fikirkanlah apa aku akan hadapi nanti?
kesan bertimbun beban batu di bahu.
jarak jauh itu buat aku jadi ketar
kerana aku tahu aku pasti meraung
dalam esak² rindu itu
aku harap engkau gagah
jangan terkejut kalau aku tak cerita.
mungkin ini positifnya apa terjadi semalam
untuk kau tidak rasa gusar esok
tapi aku hanya harap
masih ada aku dalam secebis hatimu.
aku juga tak harap dapat
tapi kau mesti tahu aku dah beri semua
dan bila terjadinya titik tolak itu
aku terfikir sendiri.
bila aku renung kembali
titik² gembira sekarang aku hargai
kerana kalau patah, maknanya aku lemas dalam lautan tangis sendiri.
fikirkanlah apa aku akan hadapi nanti?
kesan bertimbun beban batu di bahu.
jarak jauh itu buat aku jadi ketar
kerana aku tahu aku pasti meraung
dalam esak² rindu itu
aku harap engkau gagah
jangan terkejut kalau aku tak cerita.
mungkin ini positifnya apa terjadi semalam
untuk kau tidak rasa gusar esok
tapi aku hanya harap
masih ada aku dalam secebis hatimu.
*p/s : belum hak aku lagi.
for both boys and girls, young and old
this one is kinda cool stuff. i found this while blogwalking last night.
find a guy who calls you beautiful instead of hot,
who calls you back when you hang up on him,
who will lie under the stars and listen to your heartbeat,
or will stay awake just to watch you sleep...
wait for the boy who kisses your forehead,
who wants to show you off to the world when you are in sweats,
who holds your hand in front of his friends,
who thinks you're just as pretty without makeup on.
One who is constantly reminding you of how much he cares,
and how lucky he is to have you:)
The one who turns to his friends and says,
that's her :)
copy and paste from Pae's
find a guy who calls you beautiful instead of hot,
who calls you back when you hang up on him,
who will lie under the stars and listen to your heartbeat,
or will stay awake just to watch you sleep...
wait for the boy who kisses your forehead,
who wants to show you off to the world when you are in sweats,
who holds your hand in front of his friends,
who thinks you're just as pretty without makeup on.
One who is constantly reminding you of how much he cares,
and how lucky he is to have you:)
The one who turns to his friends and says,
that's her :)
copy and paste from Pae's
Sunday, April 3, 2011
i-KASPRO
abbreviation for Karnival Sukan Pelajar Program Persediaan Luar Negara. its like an competition with a few type of sports held in INTEC.
this weekend was so awesome, energy-consuming and full of cembeng-ness. i took part in futsal like usual. she was here, playing futsal too for KMB. watching her playing futsal was fascinating but poor her, KMB lose in penalty shoot-out. maybe without her other teammates, she can't play with all her heart. I played for INTEC B. we sent two teams. the other one is a new team that newly-groomed last February. they didn't manage to go to the semi-final. its okey guys. u have done a great and wonderful job when I watched you guys' match with UiTM Johor. INTEC B lose with UiTM Johor in the final. they were tough and skillful. so, we got 2nd for this tournament. climb up the stairs INTEC dragons. :)
the best part about this weekend was having chit chat at swing in Cemara. oh my god, I'm imagining it along time ago since my first sem. thank god you were here Ammarah. it boost me up while playing. :P
the thumb-down thing was I got 2 yellow cards in this tournament. it is my first time getting 2 in a tournament. haiyoo. -.-"
still with the number 8 legacy.*dah dah, got to do physics Issue Analysis. :(
Wednesday, February 9, 2011
today is my pbig day
9 februari tarikh ditunggu,
memasang hajat hati kelana,berhati-hati memang style aku,
agar tak kena prank durjana.
maybe tahun ni yang terakhir sambut kat sini as senior aku fly tadi.
i was aspecting the same date jugak next year.
i hope NOT. tolong la jangan birthday dalam flight. :(
saya ingin megucapkan selamat naik lagi satu tahun kepada rakan lain yang turut menyambutnya hari ini; Amirah Azize, Nadhirah Ismail & Tan Li Yun.
have a blast girls! :)
diari 9 february 2011.
stamp note.aku tak perasan orang tampal benda alah ni kat belakang aku pagi tadi. " today is my birthday. wish me! " merupakan ayat tersohor tertulis di situ. ade la dalam 5 jam aku tak perasan. siap boleh berjalan aku ke hulu ke hilir dengan benda tu kat belakang. patut la strangers wish aku tadi. blush pulak aku sebenarnya. hal ini terkantoi di Cafe ALM yang teramat ramainya orang ketika lunch. aku beratur pakai benda tu kot. malu la doh. memang aku menjerit la bila ada orang bagi tahu ada 'reminder birthday' pulak kat belakang aku. to ORARA sekalian, "wa kena beb!". :D
Zamrin's speaking corner
zamrin, si kapten futsal Ausmat adalah salah seorang speaker for speaking corner hari ini. die just suruh aku datang around 10 kat Ausmat Square for bahan-ing die bagi speech. sedihnya, aku berada di dalam chemistry lab yang hanya bersebelahan dengan Square dan aku tak sempat keluar sewaktu die berucap. rupanya die memanggil nama aku untuk wish 'happy birthday'. oh so sweet lah kawan aku ni. :D
MX sing a song
siapa masuk lambat kelas IELTS, kena denda menyanyi. ini igauan rakan ORARA. MX is one of the candidate to sing. Onn nyanyi lagu mandarin agaknye. aku tak faham pun but its quite enjoyable. here comes MX sang a 'happy birthday' song after Onn. rakan dalam kelas pun nyanyi sekali sambil aku hanya mampu tersengih je. serius, aku hanya mampu sengih. kalau ade reaksi normal yang lain, sila beritahu ye.
tradisi orang kita
birthday memang sinonim dengan tepung kan. aku harap tepung gandum ye. tepung jagung dah jadi fobia dah dulu masa aku end up cuci parking lot. The Thing Junior, Iman merupakan pakar dalam hal tangkap dan kunci orang untuk birthday bash macam ni. aku memang dah selalu gunakan kepakaran beliau dan akhirnya termakan diri sendiri balik. dia tangkap, budak ORARA sekalian serbu. aku dah agak dah la wey korang. lain kali biar tak nampak sangat boleh tak. aku redha je tadi sebab Iman dah grip aku. aku bet korang memang tak boleh lepas punye lahhh kalau die yang grip. by the way, "wa kena lagi beb!". :D
6
niat datang ke KMB dengan hati yang suci; mengeratkan silaturrahim. Ara (ketua demam), Ayu (minah tak puas hati), Dila (si sengih), Sarah (si pelat), Ieja (pranker cun amatur) & Donut (camerawoman). berdepan mereka merupakan situasi yang paling penat, stress, teruja, basah dan segala macam lagi. walaupun dah terkantoi dengan aku, mereka masih tak give up dan tekad nak hantar aku pulang ke INTEC dengan baju yang basah. mula la aksi kejar mengejar dan side step di padang menghijau segar KMB tu. ayu yang dirampas tepungnya telah menyebabkan ieja menjadi mangsa tepung rampasan aku. sarah redha tak dapat simbah air ape-kejadah-entah-isinya lalu disiram pula oleh aku. ayu yang masih geram cuba melepaskan das-das air dari baldi yang terakhir namun gagal di hujung jalan kerana lemaknya menyebabkan trauma perlahan dan akibatnya, beliau dan ara sendiri yang terkena sebaldi air. aku tewas pada saat akhir kerana pujuk rayu si ara dan terkena setin air milo yang dituang terus ke baju dan mengalir ke segenap dalam seluar. aku hanya mampu jerit dan kelihatan gerak lompat dari 5 yang lain di tengah padang. lucky ade orang sponsor baju doh. kalau tak basah kereta orang. girls, "ada ubi, ada batas!". :D
futsal : lepas geram
malamnya aku ada friendly dengan Team Staff INTEC. dapat chance cantik sikit memang aku shoot je. tak fikir ape dah. kalau tak percaya, tanya si Yebe yang belanja aku nasi goreng daging merah tadi. kepada abang staf sekalian, redha jela kena shoot. aku shoot slow je kot. :P
kepada geng nak bagi aku sakit perut letak cili api kat kek semalam, hangpa jangan loklaq laaaa. belajar lagi dengan sifu abu ni.
alamak, aku lupa nak study chemistry for test esok. alahai. :D
*lepas kena 3 prank, rasa macam nak prank orang pulak. :D
Tuesday, December 28, 2010
kelompok 14
bekal : sedikit tunai, telefon bimbit ber-mp3 dan sedikit pengalaman.
alasan : bosan duduk rumah.
kelompok 14 ni reachable la beb. itu mentaliti yang aku kena pegang. :)
*lebam jugak bontot aku. haha.
Sunday, October 24, 2010
cukup
sudah lama mata melihatsudah lama diri mengangkuh
sudah lama hati berdiam
itu semua masa lalu
bila silih ganti hati
melihat kau dari jauh
syukur tika itu ada laman sosial
bagai mimpi
tak tahu kenapa itu semua terkeluar
rupanya tepukku disambut
mata terpejam, diri tersenyum, hati melonjak
bila tangan yang ku genggam itu milik kau
aku tak punya bicara lagi
kau bahagia, aku juga.
*thanks to the curiousity
Thursday, October 21, 2010
suARA
Wednesday, October 20, 2010
20102010
exhausted due to the friendly match just now. :(
kalau setiap hari macam ni, memang tak bertambah la tinggi aku.
but still, i manage to stay awake to wake her up. :)

part time : her alarm clock
its 1.00 a.m already.
wake up dear. you got lot of stuff to do. :)
if you are tired, have a rest first. :)
Saturday, October 9, 2010
92th - bila cupcake menjadi bunga

i was born on 9 February 1992. to make this post more special, i want to tell about someone that really important in my life.
as my birthday is 9/2/92
so, 9 + 2 = 11
hers, 3 + 1 + 7 = 11
so, 9 + 2 = 11
hers, 3 + 1 + 7 = 11
both of us born on the same year : 1992.
this relationship tied on 29 september 2010 at 2 a.m. it just begins with my poems and hints that make her wondering why, who, what and so on. at last, i am hers. i really love you dear. :)to the amoi with 3 letters name :
i hope that you can get well soon dear. i wish you can read all this fast, so that you have extra energy to maintain your health. sorry for the overdose medicine. last but not least, i am glad to be your personal doctor and your alarm clock. :)

*aku trust kau. :))
Thursday, October 7, 2010
maya, mimpi & realiti
melihat kamu
aku tersenyum
walau tanpa tindak balas
aku harus mengerti
kehendak dan kemahuanmu
lagu iringan menjadi teman
berbuih dalam kepala
mencari tenang di hati kita
jangan disangkal realiti ini
sayang
bisiklah jika sibuk
bisiklah jika sedih
bisiklah jika rindu
tangan dihulur, jari menyambut
walaupun aku dalam maya
ingatlah aku dalam mimpi
jangan pula lupa aku realiti
Subscribe to:
Posts (Atom)



