its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Showing posts with label keriangan. Show all posts
Showing posts with label keriangan. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Semangat yang hilang


ini adik aku. Ahmad Syawal namanya. baru je masuk belajar di UiTM Lendu. Apa yang aku bangga dengan dia adalah semangat. semangat yang hampir padam dalam diri aku. sedikit tentang impian dia.

"Aku nak jadi Gabenor Bank Negara"
"Aku nak buat degree kat oversea macam kau jugak Abu"

nampak kan? anak muda berjiwa besar ini memang patut dipuji. Impian dia tak pernah putus. mungkin pendidikan dia tidak sepantas kebanyakan orang tapi semangat itu yang perlu untuk apa sahaja. kami yang datang dari keluarga yang tidak berapa mendesak untuk belajar ni sememangnya hidup senang awalnya. Tiada siapa nak marah kalau markah rendah ketika keputusan, bersukan giat sekali. adik aku ini sendiri pernah dipanggil untuk Team Bola Sepak KL dan juga kelab futsal sekitar KL.

Namun semua itu tak menjamin masa depan. saat dia hasratkan impian dia nak sambung belajar selepas SPM, aku girang sekali. semangat itu yang patut ada dalam diri semua orang. belajar setinggi mungkin. mungkin cemburu dia terhadap adik beradik lain buatkan dia punya impian besar. berkekalan hendaknya.

sekarang, siapa yang pernah melihat dia sebagai seorang yang 'low-class' dalam adik beradik kami boleh tutup mata dan berambus. sakit hati aku lihat dia dipandang rendah sementara aku pula disanjung tinggi. puiihh, aku tak mahu itu semua dan aku takkan putus asa untuk keluarga aku.

Okay, sekarang aku pula kena ada semangat seperti Syawal untuk terus belajar. 2 minggu lagi peperiksaan semester aku. doakan aku pembaca sekalian. doakan juga adik aku terus kuat belajar. masa bermain sudah tamat, ini masa membina karekter dan diri.

Sunday, June 3, 2012

Lucky

Its all become clearer after a while. The dedicated songs, the lyrics itself. Someone really meant it literally. This is not a rebound or anything. It just I'm super blind given the situation. I'm totally Mosby-ed. I just wanna hold you close, maybe not giving so much hope for now. Reasons for previous situation had ended. I don't want all that. I just want someone who catch me when I fall. You did it best.

Saturday, March 31, 2012

Lengang di Brisbane

ini entri pertama sesudah WiFi ada di rumah baru.

Tika sibuk hendak menghantar assignment suatu masa dulu, WiFi tiada, buku tiada. yang ada hanyalah sebuah laptop dan masa yang dipadatkan. berjaya juga akhirnya. janji aku lulus untuk assignment itu. girang hati melihat markah. kini masa untuk lebih serius untuk projek Tahun Pertama.

Kau tahu betapa rindu aku dengan bahasa Melayu? oh memang susah. dengan rakan negara sahaja baru boleh gunakannya. siaran TV, radio, sosial, kelas, buku, kebanyakannya gunakan Bahasa Inggeris. Jadi, untuk melepaskan kerinduan yang membuku, aku rasa elok benarlah aku gunakan bahasa ibunda semaksima mungkin.

kini masa tidaklah sepadat dulu, aku mungkin ketinggalan sedikit ke belakang dalam pelajaran sekarang. tapi aku tetap akan mencuba untuk terus ampuh di bumi kanggaru ini. doakan la aku wahai pembaca sekalian. hidup aku di sini cukup senang rasanya. boleh jua hendak fokus kepada pelajaran.

aktiviti sukan semakin kurang aku libati dini hari. hoki seakan terus padam di sini. kenapa? susah nak libatkan diri. mungkin di semester seterusnya aku akan cuba libatkan diri dengan lebih banyak. semester ini biarlah aku biasakan diri dengan suasana sebaik mungkin.

lengang di sini buat aku lebih fokus untuk belajar. tidak banyak halangan dan cabaran di sini. oh Brisbane, aku suka akan ketenteraman ini. minta diri dulu, nak berenang di kolam luar rumah sebentar, sebelum sambung kerja.

Wednesday, December 14, 2011

tribute


found it on tumblr and post it right away.

aku ingat lagi bertungkus lumusnya aku pergi ke Perpustakaan Bestari STAR untuk pinjam buku Harry Potter. buku² macam ni memang selalunya dah buruk dan terkopek kulitnya. tapi aku jaga elok² sebab taknak koyakkan dan kena ganti. aku juga ingat lagi betapa bergunanya kamus tebal yang aku beli masa kat sekolah dulu. aku ada buku 555 untuk letak words yang aku tak tahu maksudnya. aku akan cari dan tuliskan maksud words tu at that very moment. payah gila nak baca dan cari dalam masa yang sama. dalam 1 muka surat tu adalah dalam 5 perkataan aku tak tahu maksud. syukur dengan cara itu, aku dapat improve and polish English aku sikit². jeles jugak bila tengok adik² aku sekarang kalau baca novel, mesti ada kamus BESTA kat depan. senang gila nak cari. taip je words tu dan senang gila dapat. tak payah susah payah nak belek² kamus. aku dapat banyak gila teknik nak buat esei dari buku Harry Potter. lagi² untuk esei cerita masa SPM. jauh perjalanan, luas permandangan, banyak kenangan, kejari impian.

*aku tak ingat siapa suruh aku baca tapi aku baca untuk someone la. :D

Friday, September 30, 2011

the end of SACE trial

hujung minggu ini, jangan cari aku di rumah. aku nak bersiar membuang tenaga, bisa dan tekanan dalam diri. aku ambil cuti daripada buku² itu semua. sekejap sahaja. mungkin 2-3 hari cukup. jumpa lagi buku sekalian. aku ada hati dan futsal untuk dihadap. yeah!

Friday, September 9, 2011

Jumaat yang hujan

harini hari jumaat. jadi lelaki seperti aku wajib la pergi solat jumaat yang seminggunya sekali ni. aku dari kecil memang dah terbiasa dengan konklusi bahawa hari jumaat ni susah sikit nak hujan, selalunya panas² redup je. fikir aku, itu kuasa Maha Esa nak memudahkan umatnya pergi solat jumaat. memang selama aku hidup, jarang sekali hujan ketika hari jumaat. selalunya gerimis sebelum atau selepas solat jumaat sahaja. aku dah lama dah perasan perkara ini dan pernah dijadikan topik perbualan dengan rakan. yang bestnya harini, aku solat jumaat tadi tika hujan lebat mencurah-curah di Bandar Shah Alam ni. aku tak pernah rasa pengalaman macam ni. kuasa Tuhan nak tunjukkan kuasanya kepada hamba-Nya ini agaknya. ape pun, aku syukur sangat yang aku berpeluang merasai hujan ketika solat jumaat tadi. kepada sesiapa yang ponteng solat jumaat harini, anda rugi. akhir kata, Allah itu Maha Pencipta. Subhanallah. :)
*aku bukan nak cakap yang aku alim. sekadar renungan diri.

Tuesday, September 6, 2011

positive

ini masa aku berfikiran positif untuk mengelak propaganda lagi. mungkin bukan aku seorang. apa yang penting masa ini hanya akademik. aku kena all-out untuk trial 21-30 September 2011 ini. respond untuk perkara positif sahaja taulan. jangan ambil pusing yang negatif. bukan semua buruk itu ada pada kita. perjuangkan apa yang hak dan benar. perlahan pun takpe daki tangga kejayaan. yang penting jangan ambil mudah dengan guna eskalator sahaja. mari mari kita kasi score itu ATAR dan pacak bendera Malaysia di down under.

*rentetan mendapat markah yang tak disangka boleh. syukur.

Saturday, August 20, 2011

inspirasi dan air mata

hari ini aku ke KLIA untuk sent-off beberapa rakan. bukan rakan STAR tapi rakan program ACTP. ini kali pertama aku sent-off kawan sendiri. sedih juga bila teringatkan ketidak-hadiran untuk sent-off VIOVIX sebelum ini. weekdays memang susah sikit. weekend pun kalau tiada aral melintang, aku mesti sampai. minta maaf Bond, Bainun, Ronald, Bmbg dan Skem atas sebab itu. aku nak sangat datang. tapi tak kesampaian.

inspirasi
tatkala bersalaman itu, teringat titik pertemuan aku dan mereka. terasa berat sekali nak biarkan mereka merantau keluar. tapi nak buat macam mana. aku pun sama juga nanti. melihat sendiri Boeing besar itu buat aku ketar kaki. mampukah aku berada di dalamnya nanti?


aku ambil feel kejap. tengok awan dan kesibukan lapangan terbang. tengok kapal sini sana terbang dan hilang di langit. fuh, mantap gila. aku rasa aku nak itu semua. harap menjadi pambakar semangat untuk trial lepas raya nanti. wish me luck. :)

air mata
hal ini buat rakan perempuan aku yang ber'couple' dengan salah seorang dari mereka yang fly hari ini. sayu tengok mereka bersembang. seakan redup sangat suasana sekeliling, terasa perlahan pergerakan sekeliling. aku pasti mereka mengharapkan masa lebih lama. tatkala turunnya sang lelaki di eskalator di kawasan petak itu, gugurlah air mata si perempuan. di tambah kebangangan Din dengan menyanyikan lagu Adamaya, tambah leka pulak aku melihat drama itu. sampai 2 kali air mata beliau menitik. :')
aku tak tahu bila sampai masa aku nanti. siapa yang akan menangis untuk aku tanda sayangnya pada aku. kita tengok jela nanti. dan mulai hari ini, aku nak pegang kata² Ajay tadi.
"tak perlu jemput orang sent-off kau. nak datang, datang la. taknak datang, nak buat macam mana. buat ape sedih² kat airport ni."
dengan pemergian Ajay ke sana, tamatlah riwayat aku sebagai pemain hoki INTEC. sekian, terima kasih.

*terjumpa Umi dengan lebarnya sedikit. :D

Friday, August 5, 2011

ROTFLMAO

now, its better to ask than lost.
malu bertanya sesat jalan kan?
tak tahu apa² baik senyap je okey.

*baru tahu kau private. bagus la kau bahagia. :D

Sunday, May 15, 2011

to ANACONDA 11


damage has been done,
they are no turning away.
keep those spirit and strength by training your juniors then
make them uphold our dream with theirs
let them win what we couldn't
then, you are going to smile when they get what they dream of
with some sort of satisfaction and pride
for the juniors that train by your own self
thus, contine share with each other.
never let our connection and passion break.

to Cikgu Shahnun :
I personally thank you for all the support given to them. life is all about experience. losing does not mean that we are failing, give up is. hence, act accordingly to the mother nature. hero starts from being a zero at first, doesn't he? for all this time, you have done a great job, sir. they may not be a national hockey player, but they will know the sense of gaining something with their own, bare hands. thank you, sir. :)

Saturday, April 30, 2011

best week of AUSMAT's 2nd semester #2

problem solved. yeah!
jadi, sebelum final yang teramat membangkitkan stres ni, aku dan Ammarah bertemu janji di Nilai. memang perkara biasa aku akan ke sana dan menjamu selera sebentar bersama. kemudian datang ke rumahnya dan bersembang pula dengan keluarga dia. perkara paling menarik di rumah Ammarah adalah si Zahin, seorang budak yang comel dan manja perwatakannya. selalunya, aku layan la si Zahin ni. budak kecil kan. memang suka dimanjakan. aku rasa besar nanti mesti romeo gila budak ni. :D

nak dijadikan cerita, sewaktu aku dalam perjalanan ke sana, lalu lintas amatlah sesak. Lebuhraya KL-Seremban memang selalunya macam ni ketika hari Sabtu. oleh kerana aku naik motor je, tak terasa sangat la kan. yang paling aku kecewa adalah sikap pemandu kereta yang menggunakan laluan kecemasan semata-mata nak mengelak jalan yang sibuk itu. memang menyusahkan jika ada perkara² kecemasan.

kebetulan pula ada ambulans yang membawa pesakit minta diberikan laluan di jalan yang penuh sesak tadi. lorong kecemasan yang memang telah penuh dengan kenderaan pada awalnya tidak membantu pun. mungkin nyawa seseorang di dalam ambulans itu dalam bahaya atau beliau sedang tenat. kasihan beliau. ini semua hasil dari sikap pemandu² di Malaysia sendiri. lagi menyedihkan adalah apabila ada kenderaan (selalunya motor atau kereta) yang mengekori ambulans itu dari belakang, semata-mata untuk mendapatkan laluan pantas (baca : fast track) dan secara tidak langsung mengambil kesempatan.

apa aku buat?
tak perlu cerita lah. biar aku dan mereka yang tertentu je tahu. tapi serius shit style gila. :D

*masih terngiang lagi pesanan dari seorang Aunty. :)

Thursday, April 21, 2011

loser

pagi tadi sedang aku gembira mengacau orang di kelas lain dalam nada bergurau, aku dikejutkan oleh reaksi sekilas suara daripada seorang rakan yang dikacau itu. masih segar panggilan 'loser' tu kat telinga aku ni. gila spontan masa tu. aku cuba rileks, waras dan bertenang. apa motif dia?
katanya, aku takda kerja lain nak buat. memang la aku takda kerja lain sebab masa tu rehat antara kelas (break between classes). buat apa aku stres buat kerja sedangkan aku patut rehat dan tenangkan minda sekejap. lagipun memang macam normaliti la aku masuk kelas tu dan berborak, bersosial dengan rakan² lain. ish, aku pun tak faham. mungkin dia yang stres kot. mungkin tatabahasa (vocab) yang dia guna salah. aku rasa aku yang patut guna ayat tu tuju kat dia. tapi aku taknak la. macam nak buang kawan je.
oh tunggu sekejap, aku tak kisah sebenarnya tapi aku tergerak nak tahu lebih lanjut tentang macam mana nak define loser. adakah dengan sifat 'takda kerja lain' itu ataupun kriteria lain?
*cubalah sedar diri. aku boleh pedas jugak cik kak.

Tuesday, April 19, 2011

kawan vs sahabat

baru² ni, aku banyak terlibat dengan insiden² untuk membezakan dua istilah ini.
'kawan ketawa' ada di mana-mana, 'kawan menangis' susah dicari
(Pepatah Melayu)
kita lebih mudah berjumpa dengan 'kawan ketawa' dari 'kawan menangis'. kita digalakkan berkawan dengan semua orang. namun dalam berkawan, kita hendaklah berhati-hati untuk memilih sahabat. 'kawan' dan 'sahabat' mempunyai maksud yang hampir sama, namun mempunyai implikasi yang berbeza
(Fadzli Yusof, 2007)
peristiwa² menarik yang terjadi.
KES 1
aku putus cinta setelah 2 tahun cinta mekar berputik. rupanya dalam diam², buah hati aku bermain kayu tiga. minggu tu aku tak boleh fikir, tak rasional. habis akademik aku jatuh. aku sangat sayangkan dia. susah nak lupakan orang yang kita dah sayang.

KES 2
aku ada masalah keluarga sedikit. hal ini besar. kalau boleh, aku taknak kehidupan bahagia kami selama ini menjadi porak peranda. kawan², tolong doakan kebahagiaan keluarga aku. selama ini mungkin banyak keluarga aku sumbangkan kepada kau orang. ini mungkin masa yang sesuai untuk membalas jasa.

KES 3
aku cuai sikit. banyak barang aku hilang. yang paling sedih, aku hilang dompet. banyak benda nak kena buat ni. IC, lesen, kad bank. arghhh, macam². aku jatuh ditimpa tangga pulak. kunci motor aku pulak hilang. habis satu pusat beli belah tu aku pusing. tak jumpa jugak. kalau boleh aku taknak menyusahkan orang.

KES 4
hari ini hari lahir aku. aku macam takde mood harini. dalam kelas macam tiada respons dari rakan sekelas lain. kalau hari lahir orang lain, mesti orang itu akan terkena (prank). mungkin ada kek dan sambutan kecil. tapi orang buat bodoh je. kenapa?

kepada yang mungkin terasa,
aku minta maaf awal². aku post kan pasal isu ni untuk aku kenang dan muhasabah diri. layakkah aku bergelar sahabat kau selepas apa yang aku buat pada semua kes ini? manusia tidak sempurna. hanya Allah sahaja yang sempurna.
*'aku' dalam kes di atas bukan Abu Hassan eh.

Sunday, April 3, 2011

i-KASPRO

abbreviation for Karnival Sukan Pelajar Program Persediaan Luar Negara. its like an competition with a few type of sports held in INTEC.

this weekend was so awesome, energy-consuming and full of cembeng-ness. i took part in futsal like usual. she was here, playing futsal too for KMB. watching her playing futsal was fascinating but poor her, KMB lose in penalty shoot-out. maybe without her other teammates, she can't play with all her heart. I played for INTEC B. we sent two teams. the other one is a new team that newly-groomed last February. they didn't manage to go to the semi-final. its okey guys. u have done a great and wonderful job when I watched you guys' match with UiTM Johor. INTEC B lose with UiTM Johor in the final. they were tough and skillful. so, we got 2nd for this tournament. climb up the stairs INTEC dragons. :)
the best part about this weekend was having chit chat at swing in Cemara. oh my god, I'm imagining it along time ago since my first sem. thank god you were here Ammarah. it boost me up while playing. :P
the thumb-down thing was I got 2 yellow cards in this tournament. it is my first time getting 2 in a tournament. haiyoo. -.-"
still with the number 8 legacy.
*dah dah, got to do physics Issue Analysis. :(

Thursday, March 10, 2011

Will.I.Am - Beef Steak

intro : this is not a song okay.
that was not just a beef steak. it is lean meat weyyy.
at William Restaurant, Taman Mayang, SS 2.
I don't know much. Basically, I am not the one who drove.
so i just followed Benmoreans and eat. :D

so, what is lean meat?
meat that contain fully protein with less or no fat and carbohydrate at all. (Farhan, 2011)
i was so so so yummy, juicy, delicious and seducing.
it is worth enough to spend RM 35 for that special reunion.
you guys should give it a try.
*si KURUS nak rase? :)

Friday, March 4, 2011

stage fright

Stage fright or performance anxiety is the anxiety, fear, or persistent phobia which may be aroused in an individual by the requirement to perform in front of an audience, whether actually or potentially.
-wikipedia-

just now I became the MC for AUNZ week's closing ceremony. it was my very first time being a MC that requires me to speak in English on the stage. actually my English is not that good or fluent. so maybe there is flaws here and there. therefore, on behalf of my scholar-mate, Shafiq Zaim and me myself, we would like to apologize if there is any misunderstanding from our MC thing just now. we are human being that make mistakes. so cheer up. no sulking or 'sour-face' okay. :)
*congratulation to topek for his talent. :D

Wednesday, February 9, 2011

today is my pbig day

9 februari tarikh ditunggu,
memasang hajat hati kelana,
berhati-hati memang style aku,
agar tak kena prank durjana.

maybe tahun ni yang terakhir sambut kat sini as senior aku fly tadi.
i was aspecting the same date jugak next year.
i hope NOT. tolong la jangan birthday dalam flight. :(
saya ingin megucapkan selamat naik lagi satu tahun kepada rakan lain yang turut menyambutnya hari ini; Amirah Azize, Nadhirah Ismail & Tan Li Yun.
have a blast girls! :)

diari 9 february 2011.
stamp note.
aku tak perasan orang tampal benda alah ni kat belakang aku pagi tadi. " today is my birthday. wish me! " merupakan ayat tersohor tertulis di situ. ade la dalam 5 jam aku tak perasan. siap boleh berjalan aku ke hulu ke hilir dengan benda tu kat belakang. patut la strangers wish aku tadi. blush pulak aku sebenarnya. hal ini terkantoi di Cafe ALM yang teramat ramainya orang ketika lunch. aku beratur pakai benda tu kot. malu la doh. memang aku menjerit la bila ada orang bagi tahu ada 'reminder birthday' pulak kat belakang aku. to ORARA sekalian, "wa kena beb!". :D

Zamrin's speaking corner
zamrin, si kapten futsal Ausmat adalah salah seorang speaker for speaking corner hari ini. die just suruh aku datang around 10 kat Ausmat Square for bahan-ing die bagi speech. sedihnya, aku berada di dalam chemistry lab yang hanya bersebelahan dengan Square dan aku tak sempat keluar sewaktu die berucap. rupanya die memanggil nama aku untuk wish 'happy birthday'. oh so sweet lah kawan aku ni. :D

MX sing a song

siapa masuk lambat kelas IELTS, kena denda menyanyi. ini igauan rakan ORARA. MX is one of the candidate to sing. Onn nyanyi lagu mandarin agaknye. aku tak faham pun but its quite enjoyable. here comes MX sang a 'happy birthday' song after Onn. rakan dalam kelas pun nyanyi sekali sambil aku hanya mampu tersengih je. serius, aku hanya mampu sengih. kalau ade reaksi normal yang lain, sila beritahu ye.

tradisi orang kita
birthday memang sinonim dengan tepung kan. aku harap tepung gandum ye. tepung jagung dah jadi fobia dah dulu masa aku end up cuci parking lot. The Thing Junior, Iman merupakan pakar dalam hal tangkap dan kunci orang untuk birthday bash macam ni. aku memang dah selalu gunakan kepakaran beliau dan akhirnya termakan diri sendiri balik. dia tangkap, budak ORARA sekalian serbu. aku dah agak dah la wey korang. lain kali biar tak nampak sangat boleh tak. aku redha je tadi sebab Iman dah grip aku. aku bet korang memang tak boleh lepas punye lahhh kalau die yang grip. by the way, "wa kena lagi beb!". :D

6 jahanam jelita
niat datang ke KMB dengan hati yang suci; mengeratkan silaturrahim. Ara (ketua demam), Ayu (minah tak puas hati), Dila (si sengih), Sarah (si pelat), Ieja (pranker cun amatur) & Donut (camerawoman). berdepan mereka merupakan situasi yang paling penat, stress, teruja, basah dan segala macam lagi. walaupun dah terkantoi dengan aku, mereka masih tak give up dan tekad nak hantar aku pulang ke INTEC dengan baju yang basah. mula la aksi kejar mengejar dan side step di padang menghijau segar KMB tu. ayu yang dirampas tepungnya telah menyebabkan ieja menjadi mangsa tepung rampasan aku. sarah redha tak dapat simbah air ape-kejadah-entah-isinya lalu disiram pula oleh aku. ayu yang masih geram cuba melepaskan das-das air dari baldi yang terakhir namun gagal di hujung jalan kerana lemaknya menyebabkan trauma perlahan dan akibatnya, beliau dan ara sendiri yang terkena sebaldi air. aku tewas pada saat akhir kerana pujuk rayu si ara dan terkena setin air milo yang dituang terus ke baju dan mengalir ke segenap dalam seluar. aku hanya mampu jerit dan kelihatan gerak lompat dari 5 yang lain di tengah padang. lucky ade orang sponsor baju doh. kalau tak basah kereta orang. girls, "ada ubi, ada batas!". :D

futsal : lepas geram

malamnya aku ada friendly dengan Team Staff INTEC. dapat chance cantik sikit memang aku shoot je. tak fikir ape dah. kalau tak percaya, tanya si Yebe yang belanja aku nasi goreng daging merah tadi. kepada abang staf sekalian, redha jela kena shoot. aku shoot slow je kot. :P

kepada geng nak bagi aku sakit perut letak cili api kat kek semalam, hangpa jangan loklaq laaaa. belajar lagi dengan sifu abu ni.

alamak, aku lupa nak study chemistry for test esok. alahai. :D
*lepas kena 3 prank, rasa macam nak prank orang pulak. :D

Thursday, February 3, 2011

done

blog dah siap. yeah !
dalam suka ade pulak duka.
bosan cakap je wey. :(

Thursday, January 20, 2011

prank

ini idea lecturer aku untuk prank the HOP. even not on her exact birthday but the show still goes on. :D
kerja aku cukup mudah; bergaduh dengan nenek kebayan. pergaduhan yang kononnye lakonan tu aku ibaratkan macam ultraman hensem lawan raksasa scary macam dalam tv tu. fire dorang tu je tukar jadi kata-kata herdik dan sedikit kesat. setelah lama marah dan benci dikumpul, memang sedap jugak kalau dapat dilepaskan secara total. kerusi tu jela tercacat sikit dihempas keras. habislah perkataan 'Displinary Court' keluar ketika sedang rancak aksi pergaduhan berlangsung. namun aku tak cuwak pun dengar perkataan tu memikirkan kek Chocolate Indulgence sebagai bayaran lakonan professional aku. last but not least, Happy Belated Birthday Madam. :)
*rugi tak bagi penampar. :(

Tuesday, December 28, 2010

kelompok 14

bekal : sedikit tunai, telefon bimbit ber-mp3 dan sedikit pengalaman.
alasan : bosan duduk rumah.
kelompok 14 ni reachable la beb. itu mentaliti yang aku kena pegang. :)
*lebam jugak bontot aku. haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...