Its all become clearer after a while. The dedicated songs, the lyrics itself. Someone really meant it literally. This is not a rebound or anything. It just I'm super blind given the situation. I'm totally Mosby-ed. I just wanna hold you close, maybe not giving so much hope for now. Reasons for previous situation had ended. I don't want all that. I just want someone who catch me when I fall. You did it best.
its not just myself!
- Hikayat ABU
- blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Showing posts with label rakan. Show all posts
Showing posts with label rakan. Show all posts
Monday, March 5, 2012
Jauh
Ini entri pertama dari Iphone 4S yang aku baru beli. Apps ini memang berguna untuk orang macam aku.
Sudah dua minggu aku di Brisbane ini. Banyak perkara manis berlaku saban hari. Terima kasih buat mereka yang sudi menghulur bantuan di kala aku terumbang ambing mencari diri di sini.
Aku rindukan suasana malam Kuala Lumpur yang tampak jelas dari beranda rumah, hiruk pikuk sibuk kota biarpun malam menyinsing tiba bersama keluarga menonton siaran yang ada di kaca televisyen. Harap ibu relakan aku pergi. Lemah kaki tatkala ibu menangis sebak sewaktu di KLIA tempoh hari. Ada hikmahnya aku jauh di Ipoh dulu rupanya. Cuma jaraknya berkali ganda kini. Alah bisa, tegal biasa. Harap keluarga semua relakan aku pergi untuk nusa kita.
Tidak lupa rakan semua. Aku rindukan kalian wahai sahabat. Di sini keseorangan aku menjadi diri sendiri mencari rakan sekepala bahasanya. Boleh tahan rakan rumahku. Akan ku ceritakan di entri lain hari.
Buat Ammarah di ceruk ladang kelapa sawit, saya sihat sahaja di sini. Jangan sedih selalu. Fokus pelajaran perkara utama. Kita jumpa di sini bila ada masa. Saya ada sesuatu untuk awak. Terima kasih buat perhiasan bilik ini. :)

Friday, December 30, 2011
Angin Broga
di atas puncak Broga ini, aku terfikir sejenak tentang keseronokan bermain remaja. tak lama lagi, aku pun nak menginjak ke umur yang baru. tak pasti pula tentang keremajaan diri. maklumlah, umur dah puluhan. aku banyak berfikir sekarang tentang pilihan diri. haruskah aku tinggalkan segala yang ada di sini, demi sebuah impian yang belum pasti? apa yang ada sekarang, cukup benar buat aku bahagia, buat masa ini. tapi apa yang ada di benak fikiranku, cukupkah semua ini untuk teruskan rasa bahagia di dada, dalam mengisi satu lagi benak harapan dalam diri? berat rasa hati, bagai membawa lori 3tan, nak meninggalkan semuanya; tanggungjawab, kasih dan semestinya bahagia. apa yang perlu diteruskan, harus jua aku teruskan. biar putih tulang, jangan putih mata, bak kata pujangga dahulu kala.hari ini aku di puncak Broga, 400m tingginya dari laut, harap esok aku di puncak Queensland pula. agar semua harapan di bahu akan lerai, bagai embun tatkala tiba masa siangnya. aku harap pergi dan kembali nanti, dengan penuh redha orang tua, penaja dan semua yang menyokong. doakanlah aku agar tetap tabah dan kuat menggalas setiap apa yang ada di bahu, biar jadi seorang perintis watan dan pengharum bunga tunggal di taman Cik Din, suatu hari nanti.
Wednesday, December 21, 2011
SACE result 2011
gembira. ya, aku tersangatlah melompat riang gembira hari ini. menerima keputusan luar jangkaan dan kawalan SACE awal pagi tadi, buat aku tak tidur semalaman. tatkala post ini ditulis pun aku masih tersenyum lagi memikirkan keajaiban Tuhan itu. namun, dalam kesukaan diri ini, ada terselit perasaan sedih oleh musabab seorang teman, si sahabat karib, teman sebilik, teman berkaraoke bersama. keputusannya tak sehebat yang perlu untuk terus kekal di trek ke luar negara ini. menerima pesanan ringkas daripadanya yang isinya buat aku sebak seketika. apa lah guna keputusan aku tinggi melangit, suatu yang aku rasakan tidak selari dengan usaha aku, tetapi rakan karib ini tak dapat bersama terbang ke sana. jika dibenarkan, izinkanlah aku berkongsi pointer dengan beliau. biarlah susah senang bersama. usahalah kawan. pau lah penaja dikau untuk kekalkan kau di trek ini. biar kita teruskan perjuangan di sana bersama. aku doakan yang terbaik buat kau, ya sahabat. selamat berjaya dalam usaha rayuan. jangan gantung kasut dulu, trek hidup pemuda 19 tahun masih jauh lagi. terus kuat. perjuangan kita masih belum selesai.Wednesday, December 14, 2011
tribute
found it on tumblr and post it right away.
aku ingat lagi bertungkus lumusnya aku pergi ke Perpustakaan Bestari STAR untuk pinjam buku Harry Potter. buku² macam ni memang selalunya dah buruk dan terkopek kulitnya. tapi aku jaga elok² sebab taknak koyakkan dan kena ganti. aku juga ingat lagi betapa bergunanya kamus tebal yang aku beli masa kat sekolah dulu. aku ada buku 555 untuk letak words yang aku tak tahu maksudnya. aku akan cari dan tuliskan maksud words tu at that very moment. payah gila nak baca dan cari dalam masa yang sama. dalam 1 muka surat tu adalah dalam 5 perkataan aku tak tahu maksud. syukur dengan cara itu, aku dapat improve and polish English aku sikit². jeles jugak bila tengok adik² aku sekarang kalau baca novel, mesti ada kamus BESTA kat depan. senang gila nak cari. taip je words tu dan senang gila dapat. tak payah susah payah nak belek² kamus. aku dapat banyak gila teknik nak buat esei dari buku Harry Potter. lagi² untuk esei cerita masa SPM. jauh perjalanan, luas permandangan, banyak kenangan, kejari impian.
*aku tak ingat siapa suruh aku baca tapi aku baca untuk someone la. :D
Saturday, December 3, 2011
Kem BTN
Kem Bina Negara Alor Gajah
28 November - 2 Disember 2011
Group 1 - Aziz, Londam, Jeff, Syamim, Ten, Syu, Dayah, Sarah, Umy, Aini, Amani.
aku adalah golongan minoriti dalam kem ni. kebanyakan peserta adalah dari Kolej Mara Banting. memang tak kenal orang tapi ini adalah peluang terbaik untuk berjumpa kenalan baru. kem ini diwajibkan untuk semua rakyat Malaysia yang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara. jadi, aku tak terlepas dari kewajipan ini. aku datang sebagai seorang yang terpaksa pergi ke kem ini namun, aku pulang sebagai seorang rakyat yang bersyukur atas usaha Bapa² Malaysia dalam usaha mereka mendapatkan kemerdekaan. aku akhirnya faham tentang konsep keadilan sosial, penerimaan dan sedikit perkara dalam Perlembagaan Persekutuan. syukur alhamdulillah.
secara konklusinya aku rasakan, crowd tak best sangat, love the food damn much, aktiviti best jugak la. aktiviti yang aku rasakan paling terkesan sekali kepada diri sendiri adalah Kembara Minda. meremang bulu roma aku bila tenaga dan kesepaduan ditunjukkan oleh semua peserta. aktiviti ini sampai membolehkan aku menangis sebak ketika menyanyikan lagu diatas ini bersama rakan² lain. aku juga mendapat pengalaman mengenali 2 gadis dari KMB yang agak sempoi tentang pelbagai perkara iaitu Bro Amim dan Bro Ten. aku sampai panggil mereka dengan gelaran 'Bro' sebagai sedikit penghargaan atas sikap mereka itu. yang tak best sikit mungkin adalah ketika Forum. sebagai pengajaran kepada aku, jika tiada pengetahuan yang menyeluruh dalam sesuatu perkara, berilah mereka yang lebih arif untuk bercakap berkenaan perkara tersebut. maafkanlah kesilapan aku jika ada rakan ² peserta yang dapat membaca blog ini. harap maaf dan jumpa lagi.

Thursday, October 13, 2011
tribute to old times
out of sudden, I miss her voice so much. her sweetest action with all her heart and coins to call me late at night, asking whether I am okay or not. fill me with laughter and happiness. eventhough she knows that we are going nowhere, she still offer her heart with all her might to face this egoistic brat. she can bring me back to my fullest energy when I am at my worst vulnerable times. she may felt that she is forgotten but the fact is I still open up my contact for her name but this time, I just can't push the call button, even for her birthday. I am so sorry friend.*happy belated birthday untuk kau hutan.
Monday, August 29, 2011
kad dan keychain
hari ni memang layan gila. berbuka di HR steak house dan lepak di Marakesh. rakan² KCI dulu jadi peneman kali ini. Ejad, Ezwen, Ady, Dollah, Ali, Mai, Miras dan Aniq, si istimewa yang bakal ke UK bulan depan. tak terlupa Dyra yang terpaksa pulang awal.
aku suka hari ni sebab dapat jumpa kawan lama, makan sedap², dan bershisha bersama RADAE. tak terlupa aku dapat kad yang membina semangat dan keychain menarik hasil tangan Mirazize. hanya ucapan terima kasih yang dapat diberi, tanda terharu dengan usaha mereka.
konklusi : sepetang bersama rakan² seperti ini memang tak rasa langsung masa berlalu pergi. I do had a great time and jumpa lagi rakan sekalian. :)

*kalau boleh kumpulkan semua lagi best. :D
Saturday, August 20, 2011
inspirasi dan air mata
hari ini aku ke KLIA untuk sent-off beberapa rakan. bukan rakan STAR tapi rakan program ACTP. ini kali pertama aku sent-off kawan sendiri. sedih juga bila teringatkan ketidak-hadiran untuk sent-off VIOVIX sebelum ini. weekdays memang susah sikit. weekend pun kalau tiada aral melintang, aku mesti sampai. minta maaf Bond, Bainun, Ronald, Bmbg dan Skem atas sebab itu. aku nak sangat datang. tapi tak kesampaian.
inspirasi
tatkala bersalaman itu, teringat titik pertemuan aku dan mereka. terasa berat sekali nak biarkan mereka merantau keluar. tapi nak buat macam mana. aku pun sama juga nanti. melihat sendiri Boeing besar itu buat aku ketar kaki. mampukah aku berada di dalamnya nanti?
aku ambil feel kejap. tengok awan dan kesibukan lapangan terbang. tengok kapal sini sana terbang dan hilang di langit. fuh, mantap gila. aku rasa aku nak itu semua. harap menjadi pambakar semangat untuk trial lepas raya nanti. wish me luck. :)
air mata
hal ini buat rakan perempuan aku yang ber'couple' dengan salah seorang dari mereka yang fly hari ini. sayu tengok mereka bersembang. seakan redup sangat suasana sekeliling, terasa perlahan pergerakan sekeliling. aku pasti mereka mengharapkan masa lebih lama. tatkala turunnya sang lelaki di eskalator di kawasan petak itu, gugurlah air mata si perempuan. di tambah kebangangan Din dengan menyanyikan lagu Adamaya, tambah leka pulak aku melihat drama itu. sampai 2 kali air mata beliau menitik. :')
aku tak tahu bila sampai masa aku nanti. siapa yang akan menangis untuk aku tanda sayangnya pada aku. kita tengok jela nanti. dan mulai hari ini, aku nak pegang kata² Ajay tadi.

"tak perlu jemput orang sent-off kau. nak datang, datang la. taknak datang, nak buat macam mana. buat ape sedih² kat airport ni."dengan pemergian Ajay ke sana, tamatlah riwayat aku sebagai pemain hoki INTEC. sekian, terima kasih.
*terjumpa Umi dengan lebarnya sedikit. :D
Sunday, July 24, 2011
mental 1.0
tengahari tadi, aku disapa seorang rakan bertanyakan tentang sesuatu. aku jadi terdiam dan terkenang. sumpah aku taktahu nak kata apa. tapi aku jawab juga dengan buah fikiran. takut tersalah cakap. macam mana soalan macam tu boleh keluar dari dia? ada tulis kat muka aku ke?
aku mula nak buat post ini selepas situasi di atas berlaku. okey la. weekend ni mungkin ramai tengok aku mental, stres, moody, bersuara tinggi, jarang senyum, marah orang dan macam² lagi. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. ya, aku agak bermasalah baru² ini.
haish, apa yang diharapkan dari tahun lepas tak kesampaian. ada hikmah dan pengajaran buat aku. tak semestinya aku boleh 'collect' macam aku main dengan team bangsar. senang² je nak 'collect' hadiah. kena banyak belajar erti rendah diri dan kerjasama. tapi memang nampaknya takda rezeki. segala penat yang dicari tidak berbaloi untuk rakan lain dan adik². meski itu, aku dapat belajar satu. orang hebat permainannya pun hebat, bukan mengejar menang tetapi mencari kepuasan. kata aku, aku puas dapat main cantik. cuma penyudah je yang tiada. harap adik² boleh sambung semangat ini. teruskan dengan aksi 'fairplay' dan keras.

*lelaki bersukan tak lembik.
Wednesday, July 20, 2011
sorry to hear that
mana² pun sama je bro.
yang penting ada usaha.
kita kerja sama² nanti.
yang penting ada usaha.
kita kerja sama² nanti.
*sumpah sini best jugak doh.
Wednesday, June 22, 2011
ini sem baru punya cerita
semester 3 = final semester for AUSMATians. memang agak terkilan dek banyak kenangan pahit manis di sini. yang pasti apa yang dikejar kami tetap sama; menimba ilmu di tanah orang. berpusu-pusu di hari Ahad, 19 Jun 2011 untuk mendaftar di Kolej Cemara. ini suasana baru buat pelajar² lelaki kerana pada tahun yang lepas, kami ditempatkan di Kolej Cendana, sedikit jauh dari Kampus Intec Seksyen 17 nun. tak banyak yang berubah di Shah Alam ni. baru sebulan meninggalkan tempat permainan, masih rindu rasanya pada kolej yang lama.

Hostel baru - Kolej Cemara
Kali ini hostel lebih banyak bilik. turut bercampur dengan sebahagian rakan² perempuan dan jarak yang lebih dekat buatkan aku jadi lebih selesa. takde lah terkejar sana dan sini atau menunggu lama di dalam bas hanya untuk balik ke hostel macam dulu. aku daftar sehari lebih awal untuk medapatkan bilik yang lebih rendah. menyesal datang lambat semasa di sem 1 dulu dan dapat bilik di tingkat 5. masa balik kelas atau balik riadah, memang bengang dan mengah naik tangga. kali ini bilik di tingkat 1. hanya 3 anak tangga memisahkan tingkat paling bawah dengan bilik aku. mantap en? :D
6/112 - Geng F4
ini bilik aku. memang best kalau semua ahli rumah satu kepala. memang teman serumah aku geng dari sem 1 lagi. aku sebilik dengan Din manakala Zamrin dan Munzir di bilik yang lagi satu. di penghujung sem yang lepas, aku agak 'sangap' dengan siri TV Korea 'Boys Over Flower'. jadi, geng kami pun 4 orang macam dalam cerita tu. terbitlah gelaran F4 tu. kita orang tak jambu dan kaya macam pelakon dalam cerita tu pun. hanya teruja tengok keakraban mereka.
SAMSA, student council
malam pertama pun sudah ada meeting. apa yang dibincangkan lebih relaks dari perjumpaan sebelumnya kerana di sem 3 ni, rakan² mungkin nak bersedia untuk final SACE nanti. antara perkara yang dibangkitkan adalah perihal INPRO iaitu hari sukan Intec, Grand Dinner Batch, Majalah Batch, 'retirement' kami dan SAMSA 22 Outing. tak sabar rasanya nak berjumpa dengan adik² junior. bukannya apa. nak turunkan takhta kepada mereka dengan segera. boleh la kami fokus untuk study nanti. :D
Saman dan Clamp
malam pertama aku di sini, motor aku kena saman. hanya kerana parking di tempat yang kononnya tak boleh parking, lesap lah RM25 aku untuk bayar saman. dah la elaun aku tak masuk lagi beb. haiyoooo. -.-" cerita pasal clamp ini agak menarik sikit. ini perihal kancil si Din. pagi Selasa, 21 Jun 2011. kereta beliau di'clamp' kerana menghalang laluan bas di Perhentian Bas Cemara/Akasia. memang 'legend' la dia sebab aku tak pernah dengar pun cerita ada kereta orang kena 'clamp' kat kawasan tu. salah sendiri jugak. siapa suruh 'double parking'. siapa yang nak pergi ke kelas pagi tu, mesti hairan tengok kereta tu kena 'clamp'. yang tahu kereta tu kepunyaan siapa memang tergelak la. tak kurang juga beberapa orang rakan yang menelefon Din. habis mencarut Din dalam bilik. kami pun turut tergelak sakan ketika hendak bersiap untuk ke kelas. :D
ORARA, class of engineer
posisi dalam kelas masih sama. pensyarah pun masih sama. mungkin azam sedikit berbeza dek terkenang sem terakhir dan timbunan markah ujian atau kuiz yang tidak berapa memberangsangkan. keputusan ujian final sem 2 pun dah keluar. ada yang markahnya tinggi melangit, ada juga yang jatuh ke tanah. aku punya sekadar angin sepoi² bahasa di tepian pantai; nak ke langit tak layak, nak ke tanah takut tak terbang ke negara orang. apakan daya aku. purata markah aku pun memang tak memberangsangkan. meskipun parent aku tak payah datang berjumpa pensyarah di Intec, tapi yang pasti mereka akan dipanggil oleh pihak YTN kerana keputusan aku tak mencapai apa yang diharapkan. 2 kali dah ni. mereka pun mungkin naik muak asyik tengok muka aku je. adoyaaaaaiii.

*usaha sampai lebam la nak SACE nanti.
Thursday, April 21, 2011
loser
pagi tadi sedang aku gembira mengacau orang di kelas lain dalam nada bergurau, aku dikejutkan oleh reaksi sekilas suara daripada seorang rakan yang dikacau itu. masih segar panggilan 'loser' tu kat telinga aku ni. gila spontan masa tu. aku cuba rileks, waras dan bertenang. apa motif dia?
katanya, aku takda kerja lain nak buat. memang la aku takda kerja lain sebab masa tu rehat antara kelas (break between classes). buat apa aku stres buat kerja sedangkan aku patut rehat dan tenangkan minda sekejap. lagipun memang macam normaliti la aku masuk kelas tu dan berborak, bersosial dengan rakan² lain. ish, aku pun tak faham. mungkin dia yang stres kot. mungkin tatabahasa (vocab) yang dia guna salah. aku rasa aku yang patut guna ayat tu tuju kat dia. tapi aku taknak la. macam nak buang kawan je.
oh tunggu sekejap, aku tak kisah sebenarnya tapi aku tergerak nak tahu lebih lanjut tentang macam mana nak define loser. adakah dengan sifat 'takda kerja lain' itu ataupun kriteria lain?

*cubalah sedar diri. aku boleh pedas jugak cik kak.
Tuesday, April 19, 2011
kawan vs sahabat
baru² ni, aku banyak terlibat dengan insiden² untuk membezakan dua istilah ini.'kawan ketawa' ada di mana-mana, 'kawan menangis' susah dicariperistiwa² menarik yang terjadi.(Pepatah Melayu)kita lebih mudah berjumpa dengan 'kawan ketawa' dari 'kawan menangis'. kita digalakkan berkawan dengan semua orang. namun dalam berkawan, kita hendaklah berhati-hati untuk memilih sahabat. 'kawan' dan 'sahabat' mempunyai maksud yang hampir sama, namun mempunyai implikasi yang berbeza(Fadzli Yusof, 2007)
KES 1
aku putus cinta setelah 2 tahun cinta mekar berputik. rupanya dalam diam², buah hati aku bermain kayu tiga. minggu tu aku tak boleh fikir, tak rasional. habis akademik aku jatuh. aku sangat sayangkan dia. susah nak lupakan orang yang kita dah sayang.
KES 2
aku ada masalah keluarga sedikit. hal ini besar. kalau boleh, aku taknak kehidupan bahagia kami selama ini menjadi porak peranda. kawan², tolong doakan kebahagiaan keluarga aku. selama ini mungkin banyak keluarga aku sumbangkan kepada kau orang. ini mungkin masa yang sesuai untuk membalas jasa.
KES 3
aku cuai sikit. banyak barang aku hilang. yang paling sedih, aku hilang dompet. banyak benda nak kena buat ni. IC, lesen, kad bank. arghhh, macam². aku jatuh ditimpa tangga pulak. kunci motor aku pulak hilang. habis satu pusat beli belah tu aku pusing. tak jumpa jugak. kalau boleh aku taknak menyusahkan orang.
KES 4
hari ini hari lahir aku. aku macam takde mood harini. dalam kelas macam tiada respons dari rakan sekelas lain. kalau hari lahir orang lain, mesti orang itu akan terkena (prank). mungkin ada kek dan sambutan kecil. tapi orang buat bodoh je. kenapa?
aku minta maaf awal². aku post kan pasal isu ni untuk aku kenang dan muhasabah diri. layakkah aku bergelar sahabat kau selepas apa yang aku buat pada semua kes ini? manusia tidak sempurna. hanya Allah sahaja yang sempurna.
*'aku' dalam kes di atas bukan Abu Hassan eh.
Tuesday, March 8, 2011
terharu
pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emasboleh mampu dibayar,
hutang budi dibawa mati.
even I'm kind of annoying to you, but you treat me well enough.
friend in need is the friend in deed.
i do appreciate you my friend.
now i know why Allah want us to meet back after that gloomy day,
* to compete each other in every way possible.
masak sebiji di atas peti,
hutang emas
hutang budi dibawa mati.
even I'm kind of annoying to you, but you treat me well enough.
friend in need is the friend in deed.
i do appreciate you my friend.
now i know why Allah want us to meet back after that gloomy day,
* to compete each other in every way possible.
aku hanya doa kau dan dia bahagia. :)
*cloud 9 tu sedap gile kan? :)
Wednesday, February 9, 2011
today is my pbig day
9 februari tarikh ditunggu,
memasang hajat hati kelana,berhati-hati memang style aku,
agar tak kena prank durjana.
maybe tahun ni yang terakhir sambut kat sini as senior aku fly tadi.
i was aspecting the same date jugak next year.
i hope NOT. tolong la jangan birthday dalam flight. :(
saya ingin megucapkan selamat naik lagi satu tahun kepada rakan lain yang turut menyambutnya hari ini; Amirah Azize, Nadhirah Ismail & Tan Li Yun.
have a blast girls! :)
diari 9 february 2011.
stamp note.aku tak perasan orang tampal benda alah ni kat belakang aku pagi tadi. " today is my birthday. wish me! " merupakan ayat tersohor tertulis di situ. ade la dalam 5 jam aku tak perasan. siap boleh berjalan aku ke hulu ke hilir dengan benda tu kat belakang. patut la strangers wish aku tadi. blush pulak aku sebenarnya. hal ini terkantoi di Cafe ALM yang teramat ramainya orang ketika lunch. aku beratur pakai benda tu kot. malu la doh. memang aku menjerit la bila ada orang bagi tahu ada 'reminder birthday' pulak kat belakang aku. to ORARA sekalian, "wa kena beb!". :D
Zamrin's speaking corner
zamrin, si kapten futsal Ausmat adalah salah seorang speaker for speaking corner hari ini. die just suruh aku datang around 10 kat Ausmat Square for bahan-ing die bagi speech. sedihnya, aku berada di dalam chemistry lab yang hanya bersebelahan dengan Square dan aku tak sempat keluar sewaktu die berucap. rupanya die memanggil nama aku untuk wish 'happy birthday'. oh so sweet lah kawan aku ni. :D
MX sing a song
siapa masuk lambat kelas IELTS, kena denda menyanyi. ini igauan rakan ORARA. MX is one of the candidate to sing. Onn nyanyi lagu mandarin agaknye. aku tak faham pun but its quite enjoyable. here comes MX sang a 'happy birthday' song after Onn. rakan dalam kelas pun nyanyi sekali sambil aku hanya mampu tersengih je. serius, aku hanya mampu sengih. kalau ade reaksi normal yang lain, sila beritahu ye.
tradisi orang kita
birthday memang sinonim dengan tepung kan. aku harap tepung gandum ye. tepung jagung dah jadi fobia dah dulu masa aku end up cuci parking lot. The Thing Junior, Iman merupakan pakar dalam hal tangkap dan kunci orang untuk birthday bash macam ni. aku memang dah selalu gunakan kepakaran beliau dan akhirnya termakan diri sendiri balik. dia tangkap, budak ORARA sekalian serbu. aku dah agak dah la wey korang. lain kali biar tak nampak sangat boleh tak. aku redha je tadi sebab Iman dah grip aku. aku bet korang memang tak boleh lepas punye lahhh kalau die yang grip. by the way, "wa kena lagi beb!". :D
6
niat datang ke KMB dengan hati yang suci; mengeratkan silaturrahim. Ara (ketua demam), Ayu (minah tak puas hati), Dila (si sengih), Sarah (si pelat), Ieja (pranker cun amatur) & Donut (camerawoman). berdepan mereka merupakan situasi yang paling penat, stress, teruja, basah dan segala macam lagi. walaupun dah terkantoi dengan aku, mereka masih tak give up dan tekad nak hantar aku pulang ke INTEC dengan baju yang basah. mula la aksi kejar mengejar dan side step di padang menghijau segar KMB tu. ayu yang dirampas tepungnya telah menyebabkan ieja menjadi mangsa tepung rampasan aku. sarah redha tak dapat simbah air ape-kejadah-entah-isinya lalu disiram pula oleh aku. ayu yang masih geram cuba melepaskan das-das air dari baldi yang terakhir namun gagal di hujung jalan kerana lemaknya menyebabkan trauma perlahan dan akibatnya, beliau dan ara sendiri yang terkena sebaldi air. aku tewas pada saat akhir kerana pujuk rayu si ara dan terkena setin air milo yang dituang terus ke baju dan mengalir ke segenap dalam seluar. aku hanya mampu jerit dan kelihatan gerak lompat dari 5 yang lain di tengah padang. lucky ade orang sponsor baju doh. kalau tak basah kereta orang. girls, "ada ubi, ada batas!". :D
futsal : lepas geram
malamnya aku ada friendly dengan Team Staff INTEC. dapat chance cantik sikit memang aku shoot je. tak fikir ape dah. kalau tak percaya, tanya si Yebe yang belanja aku nasi goreng daging merah tadi. kepada abang staf sekalian, redha jela kena shoot. aku shoot slow je kot. :P
kepada geng nak bagi aku sakit perut letak cili api kat kek semalam, hangpa jangan loklaq laaaa. belajar lagi dengan sifu abu ni.
alamak, aku lupa nak study chemistry for test esok. alahai. :D
*lepas kena 3 prank, rasa macam nak prank orang pulak. :D
Saturday, October 30, 2010
final semester 1
AUSMAT22 - fall 2010
30/10/2010 - 12/11/2010
hocus focus abu!
memang peperiksaan akhir menggugat jiwa serba rileks aku. orang sini sana bagi harapan tinggi kepada aku. aku pulak memang malas nak bukak buku, tidur dalam kelas, banyak main². aku rase lepas habis sekolah macam tak perlu nak struggle belajar sangat la. yang penting adalah konsisten dan jati diri yang kuat. nak rilek, malas², nak ape sekali pun, jangan tinggal belajar. pulun habis bila study tu. hidup biar lepak, exam biar gempak (Dz, 2002).hocus focus abu!
goodluck to all AUSMAT22 especially Benmore.
i had a valuable memories with you guys. sorry if this lazy class rep pissed you off. goodluck for this final. let's rock it together. :)
to those special persons :
doakan aku yee. aku dah buat study plan dah for study leave. hope aku ikut la. aku plan nak deactivate FB doh tadi. tapi tak jadi. i'll keep in touch with you all. last but not least, i miss you. :)
*countdown sebulan lagi. :)
Wednesday, October 27, 2010
last match for STAROBA hockey

thanks STAROBA hockey.
i had develop myself since with you guys.
i had a nice journey of playing hockey in this adult stage.
if i had chance to say a word during our 'satay' session just now, i would say
"thanks for all the scolding and cursing words on the field. it changes my style of play slowly."
fuh, time to catch up study la.
toodle old boys!
*maybe the last time to play with Zahhar. :(
Wednesday, September 8, 2010
step up 3
setelah berhempas pulas mengajak siapa sahaja yang terluang masanya untuk menonton wayang ini. *pancit doe nak ajak siapa.
ajak ini, kata dah tengok. ajak si dia, kata nak shopping & shipping raya. ajak sana, kata ada hal. nak tengok online, internet loading berapa lama entah. pada masa yang sama, Alia courage + jeles kan aku sebab dia dah tengok.
thanks to saudara Julle. sanggup teman aku walaupun ada urusan negara kononnye. :D
MOOSE
aku minat gila cara dia menari. se'genius' dia pun boleh menari dengan penuh karisma macam tu. aku bertambah nak pukul dia bila dia nak ambil 'double major' kat universiti dia. aku nak cuba ambil double major : electrical power engineering + dancing boleh tak? :D
LUKE
sifat kepimpinan dia yang paling menarik. menari takde lah kaw sangat. (Julle, 2010) tapi kesanggupan, pengorbanan dia menjadi satu semangat dan harapan buat Pirates Crew.
aku tengok 3D atas saranan rakan² sebab cerita ni gempak. gadis² sangat menambat hati. last but not least, the grand final battle was damn awesome yo! macam tengok I-city pulak dah. :D
*till we meet in 3D again!
Monday, July 26, 2010
26 July 2010 - bad day
terkilan, terkena, termakan hati, terasa loser, tersentuh, ter-blaBLAbla~
itulah ape yang aku rasa hari ini. susah diungkap, hanya mampu bercerita
yah, today is my bad day. :(
PAGIitulah ape yang aku rasa hari ini. susah diungkap, hanya mampu bercerita
yah, today is my bad day. :(1. kredibiliti aku sebagai class rep tergugat dek kerana ketidakhadiran LCD dalam kelas ESLS pagi itu. aku sangat kasihan melihat Miss Hasnaa menulis satu per satu huruf di papan putih demi anak² didiknya. aku rasa sangat bersalah. I'm so sorry, Miss! :(
2. peranan class rep sebagai tempat rujukan & orang tengah antara pensyarah & rakan² sekelas tidak begitu mendatangkan kesan positif kali ini. kelas C++ oleh Madam Hezlin ini sebenarnya sangat seronok. masa & keringat rakan sekelas, Benmore terbuang dek perjalanan separuh nafas ke Blok U yang agak² 1 km jauhnya dari kelas. kelas kami pada hari itu sepatutnya di Blok C yang sebenarnya boleh dibaling batu dari kelas kami. sekali lagi perasaan bersalah aku dirasai. I'm so sorry, Madam! :(
PETANG
1. aku terlibat sebagai skuad Ad-Hoc untuk majlis pembuangan undi untuk batch aku, AUSMAT 22. perjumpaan pada tengah hari itu adalah pertama kalinya aku bersifat pasif & tidak memperlihatkan ciri² profesional langsung. mungkin tiada mood & sangat kecewa dengan diri sendiri. :(
2. aku menyusahkan orang lain, tersilap waktu & tempat untuk latihan hoki INTEC. aku macam nak meraung meluahkan perasaan di tengah² padang STAR macam dulu². :(
MALAM
1. aku tersilap jalan untuk ke hostel yang kira² 10minit dari tempat aku berada ketika itu. langsung, 30 minit terbazir begitu sahaja & aku sangat² tidak menghargai emas milik Allah itu. :(
2. aku tak dapat memuaskan hati si gadis itu. aku sangat² kecewa ditambah perisa hari kecewa aku. aku hanya mampu mengucapkan 'selamat berjaya' je sekarang. :(
terima kasih kepada rakan² BENMORE sekalian kerana banyak mengajar aku erti sebuah kapal yang besar & gagah. kalau mereka tak bertanya khabar, tak menghiburkan hati aku, mungkin aku dah sepak terajang dinding bilik air aku. :D
Subscribe to:
Posts (Atom)

berfikir dan termenung