its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Wednesday, June 22, 2011

ini sem baru punya cerita

semester 3 = final semester for AUSMATians. memang agak terkilan dek banyak kenangan pahit manis di sini. yang pasti apa yang dikejar kami tetap sama; menimba ilmu di tanah orang. berpusu-pusu di hari Ahad, 19 Jun 2011 untuk mendaftar di Kolej Cemara. ini suasana baru buat pelajar² lelaki kerana pada tahun yang lepas, kami ditempatkan di Kolej Cendana, sedikit jauh dari Kampus Intec Seksyen 17 nun. tak banyak yang berubah di Shah Alam ni. baru sebulan meninggalkan tempat permainan, masih rindu rasanya pada kolej yang lama.


Hostel baru - Kolej Cemara
Kali ini hostel lebih banyak bilik. turut bercampur dengan sebahagian rakan² perempuan dan jarak yang lebih dekat buatkan aku jadi lebih selesa. takde lah terkejar sana dan sini atau menunggu lama di dalam bas hanya untuk balik ke hostel macam dulu. aku daftar sehari lebih awal untuk medapatkan bilik yang lebih rendah. menyesal datang lambat semasa di sem 1 dulu dan dapat bilik di tingkat 5. masa balik kelas atau balik riadah, memang bengang dan mengah naik tangga. kali ini bilik di tingkat 1. hanya 3 anak tangga memisahkan tingkat paling bawah dengan bilik aku. mantap en? :D

6/112 - Geng F4
ini bilik aku. memang best kalau semua ahli rumah satu kepala. memang teman serumah aku geng dari sem 1 lagi. aku sebilik dengan Din manakala Zamrin dan Munzir di bilik yang lagi satu. di penghujung sem yang lepas, aku agak 'sangap' dengan siri TV Korea 'Boys Over Flower'. jadi, geng kami pun 4 orang macam dalam cerita tu. terbitlah gelaran F4 tu. kita orang tak jambu dan kaya macam pelakon dalam cerita tu pun. hanya teruja tengok keakraban mereka.

SAMSA, student council
malam pertama pun sudah ada meeting. apa yang dibincangkan lebih relaks dari perjumpaan sebelumnya kerana di sem 3 ni, rakan² mungkin nak bersedia untuk final SACE nanti. antara perkara yang dibangkitkan adalah perihal INPRO iaitu hari sukan Intec, Grand Dinner Batch, Majalah Batch, 'retirement' kami dan SAMSA 22 Outing. tak sabar rasanya nak berjumpa dengan adik² junior. bukannya apa. nak turunkan takhta kepada mereka dengan segera. boleh la kami fokus untuk study nanti. :D

Saman dan Clamp
malam pertama aku di sini, motor aku kena saman. hanya kerana parking di tempat yang kononnya tak boleh parking, lesap lah RM25 aku untuk bayar saman. dah la elaun aku tak masuk lagi beb. haiyoooo. -.-" cerita pasal clamp ini agak menarik sikit. ini perihal kancil si Din. pagi Selasa, 21 Jun 2011. kereta beliau di'clamp' kerana menghalang laluan bas di Perhentian Bas Cemara/Akasia. memang 'legend' la dia sebab aku tak pernah dengar pun cerita ada kereta orang kena 'clamp' kat kawasan tu. salah sendiri jugak. siapa suruh 'double parking'. siapa yang nak pergi ke kelas pagi tu, mesti hairan tengok kereta tu kena 'clamp'. yang tahu kereta tu kepunyaan siapa memang tergelak la. tak kurang juga beberapa orang rakan yang menelefon Din. habis mencarut Din dalam bilik. kami pun turut tergelak sakan ketika hendak bersiap untuk ke kelas. :D

ORARA, class of engineer
posisi dalam kelas masih sama. pensyarah pun masih sama. mungkin azam sedikit berbeza dek terkenang sem terakhir dan timbunan markah ujian atau kuiz yang tidak berapa memberangsangkan. keputusan ujian final sem 2 pun dah keluar. ada yang markahnya tinggi melangit, ada juga yang jatuh ke tanah. aku punya sekadar angin sepoi² bahasa di tepian pantai; nak ke langit tak layak, nak ke tanah takut tak terbang ke negara orang. apakan daya aku. purata markah aku pun memang tak memberangsangkan. meskipun parent aku tak payah datang berjumpa pensyarah di Intec, tapi yang pasti mereka akan dipanggil oleh pihak YTN kerana keputusan aku tak mencapai apa yang diharapkan. 2 kali dah ni. mereka pun mungkin naik muak asyik tengok muka aku je. adoyaaaaaiii.

*usaha sampai lebam la nak SACE nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...