its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Showing posts with label wargh ORARA. Show all posts
Showing posts with label wargh ORARA. Show all posts

Friday, November 11, 2011

SACE no longer posses me.


setelah 2 minggu aku menghadirkan diri untuk SACE, akhirnya hari ini, 11/11/11, tamatlah kisah pengembaraan aku dalam program AUSMAT di INTEC ni. lega rasanya, ringan kepala. tapi aku risau juga akan keputusan aku Disember ni. secara ringkasnya, dalam 5 subjek yang aku ambil, mungkin hanya 2 subjek sahaja yang memuaskan hati aku ketika aku habis menjawab. khuatir pula jika aku tidak dapat terbang bersama rakan lain. tapi rasa risau ini aku cuba simpan dalam², kerana aku tahu, masa ini adalah masa untuk bergembira tanpa tidak lupa untuk bertawakal kepada-Nya. kita tengok sahaja nanti. cuti ini mungkin aku gunakan untuk bersama keluarga tersayang setelah sekian lama tidak bersenda gurau, bersilaturrahim dek sibuk dengan dunia pelajaran. tinggalkan dulu pelajaran, bergerak pula ke dunia realiti yang sememangnya lebih mencabar. tidak lupa juga, perjalanan yang masih panjang ini aku akan selami dengan siri pembangunan modal insan diri sendiri. terima kasih setinggi gunung buat sekalian yang menyokong perjuangan aku. terima kasih juga untuk rakan² peneman suka duka bersamaku. doakan saja buat diri ini. sekian.

Wednesday, October 26, 2011

SACE 2011

from YY's FB

tanggal 1 November ini bermulalah South Australian Certificate of Education (SACE) untuk tahun 2011 bagi pelajar² AUSMAT 22 & 23 di INTEC, Shah Alam. Doakan yang terbaik untuk kami semua. Diharapkan semua rakan dapat terbang bersama ke Australia mahupun New Zealand. setelah setahun setengah kita bergelumang dalam test dan pelbagai internal assestment, marilah kita berhempas pulas untuk terakhir kali bagi mengejar 30% external assestment ini. semoga berjaya tikus makmal sekalian. :)

Wednesday, October 12, 2011

sekadar pertanyaan


mungkin lain kali,
kau boleh campakkan prihatinku cara begini,
penuh style dan elegansi,
seperti kau buat selalu.

terima kasih daun keladi,
kau boleh pergi jauh,
aku langsung tak peduli.

Friday, September 30, 2011

the end of SACE trial

hujung minggu ini, jangan cari aku di rumah. aku nak bersiar membuang tenaga, bisa dan tekanan dalam diri. aku ambil cuti daripada buku² itu semua. sekejap sahaja. mungkin 2-3 hari cukup. jumpa lagi buku sekalian. aku ada hati dan futsal untuk dihadap. yeah!

Thursday, September 8, 2011

forever alone

harini aku terdedah dengan fenomena ini. sebenarnya best jugak kalau macam ni. buat hal sendiri dan tiada orang ambil pusing. gelapkan mata orang dari pandangan aku yang azali. fuh, mantap bila fikirkan balik. kalau dah ada rezeki tu kan, pergi jela. tali yang terputus itu bukan selamanya terputus. ada juga yang buatkan ia tersimpul kembali. kalau ada rezeki, ada jugak kan. takdir yang tentukan baik buruk sesuatu perjalanan. tentu sekali aku sedar aku bukan yang terbaik untuk menjadi harapan. :)
*syukurlah bila anda alone.

Tuesday, September 6, 2011

positive

ini masa aku berfikiran positif untuk mengelak propaganda lagi. mungkin bukan aku seorang. apa yang penting masa ini hanya akademik. aku kena all-out untuk trial 21-30 September 2011 ini. respond untuk perkara positif sahaja taulan. jangan ambil pusing yang negatif. bukan semua buruk itu ada pada kita. perjuangkan apa yang hak dan benar. perlahan pun takpe daki tangga kejayaan. yang penting jangan ambil mudah dengan guna eskalator sahaja. mari mari kita kasi score itu ATAR dan pacak bendera Malaysia di down under.

*rentetan mendapat markah yang tak disangka boleh. syukur.

Wednesday, June 22, 2011

ini sem baru punya cerita

semester 3 = final semester for AUSMATians. memang agak terkilan dek banyak kenangan pahit manis di sini. yang pasti apa yang dikejar kami tetap sama; menimba ilmu di tanah orang. berpusu-pusu di hari Ahad, 19 Jun 2011 untuk mendaftar di Kolej Cemara. ini suasana baru buat pelajar² lelaki kerana pada tahun yang lepas, kami ditempatkan di Kolej Cendana, sedikit jauh dari Kampus Intec Seksyen 17 nun. tak banyak yang berubah di Shah Alam ni. baru sebulan meninggalkan tempat permainan, masih rindu rasanya pada kolej yang lama.


Hostel baru - Kolej Cemara
Kali ini hostel lebih banyak bilik. turut bercampur dengan sebahagian rakan² perempuan dan jarak yang lebih dekat buatkan aku jadi lebih selesa. takde lah terkejar sana dan sini atau menunggu lama di dalam bas hanya untuk balik ke hostel macam dulu. aku daftar sehari lebih awal untuk medapatkan bilik yang lebih rendah. menyesal datang lambat semasa di sem 1 dulu dan dapat bilik di tingkat 5. masa balik kelas atau balik riadah, memang bengang dan mengah naik tangga. kali ini bilik di tingkat 1. hanya 3 anak tangga memisahkan tingkat paling bawah dengan bilik aku. mantap en? :D

6/112 - Geng F4
ini bilik aku. memang best kalau semua ahli rumah satu kepala. memang teman serumah aku geng dari sem 1 lagi. aku sebilik dengan Din manakala Zamrin dan Munzir di bilik yang lagi satu. di penghujung sem yang lepas, aku agak 'sangap' dengan siri TV Korea 'Boys Over Flower'. jadi, geng kami pun 4 orang macam dalam cerita tu. terbitlah gelaran F4 tu. kita orang tak jambu dan kaya macam pelakon dalam cerita tu pun. hanya teruja tengok keakraban mereka.

SAMSA, student council
malam pertama pun sudah ada meeting. apa yang dibincangkan lebih relaks dari perjumpaan sebelumnya kerana di sem 3 ni, rakan² mungkin nak bersedia untuk final SACE nanti. antara perkara yang dibangkitkan adalah perihal INPRO iaitu hari sukan Intec, Grand Dinner Batch, Majalah Batch, 'retirement' kami dan SAMSA 22 Outing. tak sabar rasanya nak berjumpa dengan adik² junior. bukannya apa. nak turunkan takhta kepada mereka dengan segera. boleh la kami fokus untuk study nanti. :D

Saman dan Clamp
malam pertama aku di sini, motor aku kena saman. hanya kerana parking di tempat yang kononnya tak boleh parking, lesap lah RM25 aku untuk bayar saman. dah la elaun aku tak masuk lagi beb. haiyoooo. -.-" cerita pasal clamp ini agak menarik sikit. ini perihal kancil si Din. pagi Selasa, 21 Jun 2011. kereta beliau di'clamp' kerana menghalang laluan bas di Perhentian Bas Cemara/Akasia. memang 'legend' la dia sebab aku tak pernah dengar pun cerita ada kereta orang kena 'clamp' kat kawasan tu. salah sendiri jugak. siapa suruh 'double parking'. siapa yang nak pergi ke kelas pagi tu, mesti hairan tengok kereta tu kena 'clamp'. yang tahu kereta tu kepunyaan siapa memang tergelak la. tak kurang juga beberapa orang rakan yang menelefon Din. habis mencarut Din dalam bilik. kami pun turut tergelak sakan ketika hendak bersiap untuk ke kelas. :D

ORARA, class of engineer
posisi dalam kelas masih sama. pensyarah pun masih sama. mungkin azam sedikit berbeza dek terkenang sem terakhir dan timbunan markah ujian atau kuiz yang tidak berapa memberangsangkan. keputusan ujian final sem 2 pun dah keluar. ada yang markahnya tinggi melangit, ada juga yang jatuh ke tanah. aku punya sekadar angin sepoi² bahasa di tepian pantai; nak ke langit tak layak, nak ke tanah takut tak terbang ke negara orang. apakan daya aku. purata markah aku pun memang tak memberangsangkan. meskipun parent aku tak payah datang berjumpa pensyarah di Intec, tapi yang pasti mereka akan dipanggil oleh pihak YTN kerana keputusan aku tak mencapai apa yang diharapkan. 2 kali dah ni. mereka pun mungkin naik muak asyik tengok muka aku je. adoyaaaaaiii.

*usaha sampai lebam la nak SACE nanti.

Thursday, April 28, 2011

best week of AUSMAT's 2nd semester


25 - 29 April 2011
here I am. sitting with a bunch of other AUSMAT 22 friends while watching and listening to those Research Project student that presenting their RP Outcome. this week is the last week of learning in AUSMAT for this semester. this week is such a joyful moment for me. i'll remembered this week for my entire life I guess.

Reason 1
I got less and relaxing class almost entire week. most of the class in the evening was cancelled and some of the class is shorten from 2 hours lecture time to 1 hour or less. I even already pass up the Physics' Issue Analysis, one of AUSMAT Internal Assessment to my lecture this morning.

Reason 2
I beat Miss Fatin Fahani, my classmate in two test for different subjects. she is one of the competitor in the class and scored second highest mark in almost every tests and quizzes behind our class rep, Mr Syakir. I am quite envy with her almost entire semester because of her high achievement in academic and co-curriculum. I am back on track I guess.

however, I got a few conflict in relationship recently and it sucks! maybe I should control my attitude and the way I speak.

Wednesday, March 23, 2011

ankle injury

inilah padah bahan Syadza Fasya Sandha Idora pagi tadi.
malam tadi tengah on form dan syok training futsal, aku telah diterjah secara kurang sopan oleh pihak lawan. perlawanan persahabatan yang baru bermula lebih kurang 5 minit terbantut dan aku terkujur di tepi court sambil tension tengok kaki semakin membengkak. aku hanya terfikir dosa aku menganjing si hot mama itu. memang doa orang teraniaya ni senang makbul. aku cuma boleh berharap agar cepat sembuh dan boleh perform untuk I-KASPRO nanti.
*nampaknya tak boleh main la sponsor-scholar match jumaat ni. :(

Tuesday, March 8, 2011

terharu

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh mampu dibayar,
hutang budi dibawa mati.

even I'm kind of annoying to you, but you treat me well enough.
friend in need is the friend in deed.
i do appreciate you my friend.
now i know why Allah want us to meet back after that gloomy day,
* to compete each other in every way possible.
aku hanya doa kau dan dia bahagia. :)

*cloud 9 tu sedap gile kan? :)

Friday, March 4, 2011

stage fright

Stage fright or performance anxiety is the anxiety, fear, or persistent phobia which may be aroused in an individual by the requirement to perform in front of an audience, whether actually or potentially.
-wikipedia-

just now I became the MC for AUNZ week's closing ceremony. it was my very first time being a MC that requires me to speak in English on the stage. actually my English is not that good or fluent. so maybe there is flaws here and there. therefore, on behalf of my scholar-mate, Shafiq Zaim and me myself, we would like to apologize if there is any misunderstanding from our MC thing just now. we are human being that make mistakes. so cheer up. no sulking or 'sour-face' okay. :)
*congratulation to topek for his talent. :D

Wednesday, February 9, 2011

today is my pbig day

9 februari tarikh ditunggu,
memasang hajat hati kelana,
berhati-hati memang style aku,
agar tak kena prank durjana.

maybe tahun ni yang terakhir sambut kat sini as senior aku fly tadi.
i was aspecting the same date jugak next year.
i hope NOT. tolong la jangan birthday dalam flight. :(
saya ingin megucapkan selamat naik lagi satu tahun kepada rakan lain yang turut menyambutnya hari ini; Amirah Azize, Nadhirah Ismail & Tan Li Yun.
have a blast girls! :)

diari 9 february 2011.
stamp note.
aku tak perasan orang tampal benda alah ni kat belakang aku pagi tadi. " today is my birthday. wish me! " merupakan ayat tersohor tertulis di situ. ade la dalam 5 jam aku tak perasan. siap boleh berjalan aku ke hulu ke hilir dengan benda tu kat belakang. patut la strangers wish aku tadi. blush pulak aku sebenarnya. hal ini terkantoi di Cafe ALM yang teramat ramainya orang ketika lunch. aku beratur pakai benda tu kot. malu la doh. memang aku menjerit la bila ada orang bagi tahu ada 'reminder birthday' pulak kat belakang aku. to ORARA sekalian, "wa kena beb!". :D

Zamrin's speaking corner
zamrin, si kapten futsal Ausmat adalah salah seorang speaker for speaking corner hari ini. die just suruh aku datang around 10 kat Ausmat Square for bahan-ing die bagi speech. sedihnya, aku berada di dalam chemistry lab yang hanya bersebelahan dengan Square dan aku tak sempat keluar sewaktu die berucap. rupanya die memanggil nama aku untuk wish 'happy birthday'. oh so sweet lah kawan aku ni. :D

MX sing a song

siapa masuk lambat kelas IELTS, kena denda menyanyi. ini igauan rakan ORARA. MX is one of the candidate to sing. Onn nyanyi lagu mandarin agaknye. aku tak faham pun but its quite enjoyable. here comes MX sang a 'happy birthday' song after Onn. rakan dalam kelas pun nyanyi sekali sambil aku hanya mampu tersengih je. serius, aku hanya mampu sengih. kalau ade reaksi normal yang lain, sila beritahu ye.

tradisi orang kita
birthday memang sinonim dengan tepung kan. aku harap tepung gandum ye. tepung jagung dah jadi fobia dah dulu masa aku end up cuci parking lot. The Thing Junior, Iman merupakan pakar dalam hal tangkap dan kunci orang untuk birthday bash macam ni. aku memang dah selalu gunakan kepakaran beliau dan akhirnya termakan diri sendiri balik. dia tangkap, budak ORARA sekalian serbu. aku dah agak dah la wey korang. lain kali biar tak nampak sangat boleh tak. aku redha je tadi sebab Iman dah grip aku. aku bet korang memang tak boleh lepas punye lahhh kalau die yang grip. by the way, "wa kena lagi beb!". :D

6 jahanam jelita
niat datang ke KMB dengan hati yang suci; mengeratkan silaturrahim. Ara (ketua demam), Ayu (minah tak puas hati), Dila (si sengih), Sarah (si pelat), Ieja (pranker cun amatur) & Donut (camerawoman). berdepan mereka merupakan situasi yang paling penat, stress, teruja, basah dan segala macam lagi. walaupun dah terkantoi dengan aku, mereka masih tak give up dan tekad nak hantar aku pulang ke INTEC dengan baju yang basah. mula la aksi kejar mengejar dan side step di padang menghijau segar KMB tu. ayu yang dirampas tepungnya telah menyebabkan ieja menjadi mangsa tepung rampasan aku. sarah redha tak dapat simbah air ape-kejadah-entah-isinya lalu disiram pula oleh aku. ayu yang masih geram cuba melepaskan das-das air dari baldi yang terakhir namun gagal di hujung jalan kerana lemaknya menyebabkan trauma perlahan dan akibatnya, beliau dan ara sendiri yang terkena sebaldi air. aku tewas pada saat akhir kerana pujuk rayu si ara dan terkena setin air milo yang dituang terus ke baju dan mengalir ke segenap dalam seluar. aku hanya mampu jerit dan kelihatan gerak lompat dari 5 yang lain di tengah padang. lucky ade orang sponsor baju doh. kalau tak basah kereta orang. girls, "ada ubi, ada batas!". :D

futsal : lepas geram

malamnya aku ada friendly dengan Team Staff INTEC. dapat chance cantik sikit memang aku shoot je. tak fikir ape dah. kalau tak percaya, tanya si Yebe yang belanja aku nasi goreng daging merah tadi. kepada abang staf sekalian, redha jela kena shoot. aku shoot slow je kot. :P

kepada geng nak bagi aku sakit perut letak cili api kat kek semalam, hangpa jangan loklaq laaaa. belajar lagi dengan sifu abu ni.

alamak, aku lupa nak study chemistry for test esok. alahai. :D
*lepas kena 3 prank, rasa macam nak prank orang pulak. :D

Thursday, January 20, 2011

prank

ini idea lecturer aku untuk prank the HOP. even not on her exact birthday but the show still goes on. :D
kerja aku cukup mudah; bergaduh dengan nenek kebayan. pergaduhan yang kononnye lakonan tu aku ibaratkan macam ultraman hensem lawan raksasa scary macam dalam tv tu. fire dorang tu je tukar jadi kata-kata herdik dan sedikit kesat. setelah lama marah dan benci dikumpul, memang sedap jugak kalau dapat dilepaskan secara total. kerusi tu jela tercacat sikit dihempas keras. habislah perkataan 'Displinary Court' keluar ketika sedang rancak aksi pergaduhan berlangsung. namun aku tak cuwak pun dengar perkataan tu memikirkan kek Chocolate Indulgence sebagai bayaran lakonan professional aku. last but not least, Happy Belated Birthday Madam. :)
*rugi tak bagi penampar. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...