its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Showing posts with label keburukan. Show all posts
Showing posts with label keburukan. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

tribute to old times

out of sudden, I miss her voice so much. her sweetest action with all her heart and coins to call me late at night, asking whether I am okay or not. fill me with laughter and happiness. eventhough she knows that we are going nowhere, she still offer her heart with all her might to face this egoistic brat. she can bring me back to my fullest energy when I am at my worst vulnerable times. she may felt that she is forgotten but the fact is I still open up my contact for her name but this time, I just can't push the call button, even for her birthday. I am so sorry friend.
*happy belated birthday untuk kau hutan.

Sunday, July 24, 2011

mental 1.0

tengahari tadi, aku disapa seorang rakan bertanyakan tentang sesuatu. aku jadi terdiam dan terkenang. sumpah aku taktahu nak kata apa. tapi aku jawab juga dengan buah fikiran. takut tersalah cakap. macam mana soalan macam tu boleh keluar dari dia? ada tulis kat muka aku ke?

aku mula nak buat post ini selepas situasi di atas berlaku. okey la. weekend ni mungkin ramai tengok aku mental, stres, moody, bersuara tinggi, jarang senyum, marah orang dan macam² lagi. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. ya, aku agak bermasalah baru² ini.

haish, apa yang diharapkan dari tahun lepas tak kesampaian. ada hikmah dan pengajaran buat aku. tak semestinya aku boleh 'collect' macam aku main dengan team bangsar. senang² je nak 'collect' hadiah. kena banyak belajar erti rendah diri dan kerjasama. tapi memang nampaknya takda rezeki. segala penat yang dicari tidak berbaloi untuk rakan lain dan adik². meski itu, aku dapat belajar satu. orang hebat permainannya pun hebat, bukan mengejar menang tetapi mencari kepuasan. kata aku, aku puas dapat main cantik. cuma penyudah je yang tiada. harap adik² boleh sambung semangat ini. teruskan dengan aksi 'fairplay' dan keras.
*lelaki bersukan tak lembik.

Thursday, April 21, 2011

loser

pagi tadi sedang aku gembira mengacau orang di kelas lain dalam nada bergurau, aku dikejutkan oleh reaksi sekilas suara daripada seorang rakan yang dikacau itu. masih segar panggilan 'loser' tu kat telinga aku ni. gila spontan masa tu. aku cuba rileks, waras dan bertenang. apa motif dia?
katanya, aku takda kerja lain nak buat. memang la aku takda kerja lain sebab masa tu rehat antara kelas (break between classes). buat apa aku stres buat kerja sedangkan aku patut rehat dan tenangkan minda sekejap. lagipun memang macam normaliti la aku masuk kelas tu dan berborak, bersosial dengan rakan² lain. ish, aku pun tak faham. mungkin dia yang stres kot. mungkin tatabahasa (vocab) yang dia guna salah. aku rasa aku yang patut guna ayat tu tuju kat dia. tapi aku taknak la. macam nak buang kawan je.
oh tunggu sekejap, aku tak kisah sebenarnya tapi aku tergerak nak tahu lebih lanjut tentang macam mana nak define loser. adakah dengan sifat 'takda kerja lain' itu ataupun kriteria lain?
*cubalah sedar diri. aku boleh pedas jugak cik kak.

Tuesday, April 19, 2011

kawan vs sahabat

baru² ni, aku banyak terlibat dengan insiden² untuk membezakan dua istilah ini.
'kawan ketawa' ada di mana-mana, 'kawan menangis' susah dicari
(Pepatah Melayu)
kita lebih mudah berjumpa dengan 'kawan ketawa' dari 'kawan menangis'. kita digalakkan berkawan dengan semua orang. namun dalam berkawan, kita hendaklah berhati-hati untuk memilih sahabat. 'kawan' dan 'sahabat' mempunyai maksud yang hampir sama, namun mempunyai implikasi yang berbeza
(Fadzli Yusof, 2007)
peristiwa² menarik yang terjadi.
KES 1
aku putus cinta setelah 2 tahun cinta mekar berputik. rupanya dalam diam², buah hati aku bermain kayu tiga. minggu tu aku tak boleh fikir, tak rasional. habis akademik aku jatuh. aku sangat sayangkan dia. susah nak lupakan orang yang kita dah sayang.

KES 2
aku ada masalah keluarga sedikit. hal ini besar. kalau boleh, aku taknak kehidupan bahagia kami selama ini menjadi porak peranda. kawan², tolong doakan kebahagiaan keluarga aku. selama ini mungkin banyak keluarga aku sumbangkan kepada kau orang. ini mungkin masa yang sesuai untuk membalas jasa.

KES 3
aku cuai sikit. banyak barang aku hilang. yang paling sedih, aku hilang dompet. banyak benda nak kena buat ni. IC, lesen, kad bank. arghhh, macam². aku jatuh ditimpa tangga pulak. kunci motor aku pulak hilang. habis satu pusat beli belah tu aku pusing. tak jumpa jugak. kalau boleh aku taknak menyusahkan orang.

KES 4
hari ini hari lahir aku. aku macam takde mood harini. dalam kelas macam tiada respons dari rakan sekelas lain. kalau hari lahir orang lain, mesti orang itu akan terkena (prank). mungkin ada kek dan sambutan kecil. tapi orang buat bodoh je. kenapa?

kepada yang mungkin terasa,
aku minta maaf awal². aku post kan pasal isu ni untuk aku kenang dan muhasabah diri. layakkah aku bergelar sahabat kau selepas apa yang aku buat pada semua kes ini? manusia tidak sempurna. hanya Allah sahaja yang sempurna.
*'aku' dalam kes di atas bukan Abu Hassan eh.

Wednesday, March 23, 2011

ankle injury

inilah padah bahan Syadza Fasya Sandha Idora pagi tadi.
malam tadi tengah on form dan syok training futsal, aku telah diterjah secara kurang sopan oleh pihak lawan. perlawanan persahabatan yang baru bermula lebih kurang 5 minit terbantut dan aku terkujur di tepi court sambil tension tengok kaki semakin membengkak. aku hanya terfikir dosa aku menganjing si hot mama itu. memang doa orang teraniaya ni senang makbul. aku cuma boleh berharap agar cepat sembuh dan boleh perform untuk I-KASPRO nanti.
*nampaknya tak boleh main la sponsor-scholar match jumaat ni. :(

Tuesday, January 11, 2011

11111

tarikh keramat harini.
aku rase LOSER sgt sekarang.
pagi jadi patung, petang jadi hipokrit
lepas ni nak tidur terus.
at least, aku bukan loser dalam MIMPI.
*i do don't care.

Friday, October 8, 2010

guilty

yes i am. :(

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan 1431H

bermula dengan langkah positif, meraikan bulan barakah ini. mengambil kesempatan mengajak rakan² sekalian bersama-sama berkongsi suka duka. "orang yang tidak mengenang sejarah, akan mengulanginya"(Herodotus).
masih segar di ingatan aku, detik puasa basah & puasa upah.
puasa basah
puasa basah diistilahkan dengan sebab tekak yang selalu basah dek air wuduk yang kononnya di sapu pada muka & dikumur-kumur. dulu, itu memang taktik aku ketika bulan puasa. solat di surau atau masjid, namun tekak minta dibasahi jugak. :D
puasa upah
puasa upah diistilahkan dengan sebab jumlah hari berpuasa didarabkan dengan RM2. hadiah untuk aku oleh ibu kerana berjaya berpuasa dalam hari itu. babak paling kelakar bila ada satu hari tu, aku terlupa yang aku berpuasa & berbuka lebih kurang 5minit sebelum waktu berbuka sebenar. hal itu ketahui oleh ibu & akhirnya, aku claim rm1 kerana sudah berpuasa setengah hari. *sengal kan? :D
puasa basah & puasa upah adalah antara kategori puasa yang tidak ikhlas. di kesempatan ini, aku mengajak readers sekalian untuk mengimarahkan bulan puasa ini dengan pahala amal ibadah kebajikan.
*itu semua di waktu aku kanak² pendek akal & mata duitan.

Monday, July 26, 2010

26 July 2010 - bad day

terkilan, terkena, termakan hati, terasa loser, tersentuh, ter-blaBLAbla~
itulah ape yang aku rasa hari ini. susah diungkap, hanya mampu berceritayah, today is my bad day. :(
PAGI
1. kredibiliti aku sebagai class rep tergugat dek kerana ketidakhadiran LCD dalam kelas ESLS pagi itu. aku sangat kasihan melihat Miss Hasnaa menulis satu per satu huruf di papan putih demi anak² didiknya. aku rasa sangat bersalah. I'm so sorry, Miss! :(
2. peranan class rep sebagai tempat rujukan & orang tengah antara pensyarah & rakan² sekelas tidak begitu mendatangkan kesan positif kali ini. kelas C++ oleh Madam Hezlin ini sebenarnya sangat seronok. masa & keringat rakan sekelas, Benmore terbuang dek perjalanan separuh nafas ke Blok U yang agak² 1 km jauhnya dari kelas. kelas kami pada hari itu sepatutnya di Blok C yang sebenarnya boleh dibaling batu dari kelas kami. sekali lagi perasaan bersalah aku dirasai. I'm so sorry, Madam! :(
PETANG
1. aku terlibat sebagai skuad Ad-Hoc untuk majlis pembuangan undi untuk batch aku, AUSMAT 22. perjumpaan pada tengah hari itu adalah pertama kalinya aku bersifat pasif & tidak memperlihatkan ciri² profesional langsung. mungkin tiada mood & sangat kecewa dengan diri sendiri. :(
2. aku menyusahkan orang lain, tersilap waktu & tempat untuk latihan hoki INTEC. aku macam nak meraung meluahkan perasaan di tengah² padang STAR macam dulu². :(
MALAM
1. aku tersilap jalan untuk ke hostel yang kira² 10minit dari tempat aku berada ketika itu. langsung, 30 minit terbazir begitu sahaja & aku sangat² tidak menghargai emas milik Allah itu. :(
2. aku tak dapat memuaskan hati si gadis itu. aku sangat² kecewa ditambah perisa hari kecewa aku. aku hanya mampu mengucapkan 'selamat berjaya' je sekarang. :(
terima kasih kepada rakan² BENMORE sekalian kerana banyak mengajar aku erti sebuah kapal yang besar & gagah. kalau mereka tak bertanya khabar, tak menghiburkan hati aku, mungkin aku dah sepak terajang dinding bilik air aku. :D

Friday, June 11, 2010

insiden ulang tahun sebulan

9 jun 2010
kota kemuning, shah alam
misi : pemulangan harta benda anak Nazari pada genap sebulan aku bayar cukai jalan.
aku bersama sahabat atas motor aku, Ejad. perjalanan menyusuri Lebuhraya Persekutuan tu merupakan pengalaman yang tak kurang kering gusi dengan lekukan dan juga lencongan merbahaya di sepanjang perjalanan ke sana. sesat merupakan perkara biasa, aku tahu hal itu.perjalanan dengan lori pasir di kiri & kanan begitu menggugat kualiti gelak tawa kami. aku memang dah tahu jalan tapi saja nak bawak Ejad tengok kawasan Kota Kemuning. memang permai, memang indah. masyuk boleh la der!
perjumpaan hanya seketika, tiada sangsi aku & dia sudah tak ada apa. mungkin suratan takdir, hanya diri membawa diri. ambillah kau punya harta, aku memang akan pulangkan, itu hak kau, hak aku tiada langsung. tapi aku harap, jangan ada kesumat dalam diri, jadikan diri kau suci, mungkin ada gunanya di hujung tahun ini. selamat berjaya sayang.
pemergian dengan muka masam dari dua belah pihak. bagi aku, aku tak nak ini kali terakhir di sana. kalau boleh, aku ingin sampai hajat aku nak bermalam di situ tercapai. tapi, aku tiada daya, kau kata STOP, aku boleh buat apa.
hari renyai, jalan licin. motor laju, baru servis.
aku ikut jalan mana pun aku tak perasan. hanya papan tanda kunci pergerakan. selekoh kiri mendatang itu, aku kena ikut jalan motosikal. dah orang buat, takkan aku nak lanyak juga berhimpit di kawasan kereta, lori bersepah. aku brek perlahan nak bagi perlahan, tapi jalan licin, brek lepas servis memang cengkam, macam orang sane kemut dekat orang sini. aku senget ke sebelah kiri. nak elak lebih teruk, aku lompat la. motor calar aku peduli apa, janji tubuh aku tak jadi apa². aku selamat, motor pun selamat. calar pun tak ada. aku pelik tapi ini berkat. perjalanan balik aku ke rumah memang siput. aku tahu memang lambat tapi aku nak selamat. aku dah boleh drift sikit². ini bahaya. tu sebab aku siput, janji aku selamat. ouh aku lupa, setakat lebam di kaki takkan nak kecoh pulak kan? takpe lah. lupakan sahaja.
13 disember 2009
KLCC

Saturday, June 5, 2010

sesat, dilanggar, melanggar

4 jun 2010
kajang, bukit jalil, puchong, bangsar
kali niat aku berjalan lebih murni, hantar sahabat aku ke rumahnya. seperti biasa, aku mintak full tank dulu, baru gerak ke rumah beliau. panda gelaran sahabat, sahabat pekerti membawa berkat. kajang memang jauh dari bangsar. memang jauh. tapi atas niat beliau sahabat suka duka, jalan di sana aku nak terokai & kehendak mencapai 1000km, aku gigih merempit sampai ke sana. laju, memang laju. aku makin mahir hari ke hari, dari segi jalan & destinasi juga kemahiran berkaitan motor. mungkin bila sudah berkereta, jalan² ini aku lalu je dah tahu mana arah tuju.
pergi selamat, kembali?
memang sadis bila jalan balik pun bersepah. mungkin jalan dah betul, lorong keluar masuk je yang tersilap. ditambah pula dengan titisan air jernih dari awan, aku letih mencari jalan pulang. dari kajang ke bukit jalil, boleh pulak sampai ke puchong. mane aku pusing pun aku tak tahu. nasib baik minyak masih full tank. terperasan pula 2 kali melalui jalan yang sama, hati panas je membayangkan aku dah tawaf kawasan tu. aku nekad, mungkin GPS aku tersilap. papan tanda memang dah biasa terlindung oleh pokok², lumrah kecewa bagi mereka yang tak tahu jalan macam aku. nasib baik aku tak perlu keluarkan dompet untuk membayar tol, kalau tidak, memang bengkek je perasaan aku di atas motor. akhirnya tekaan aku tepat, memang papan tanda ke BANGSAR dah terlindung dari sinaran UV matahari oleh dedaun yang melambai, cuba untuk menghalang penglihatan aku yang kabur dek air hujan.
sudah jumpa jalan, musibah terjadi pula.
perkataan mencelah sudah lali dari kemahiran aku. mungkin masih perlahan, namun aku boleh mengelak kesesakan jalanraya yang melampau di KL ni. tatkala perjalanan aku hampir di penghujung, aku cuba mencelah untuk kali terakhir. dengan tidak memberi peluang, aku dirempuh dengan nada perlahan seperti volume nombor 1 di bahagian belakang. aku tergagap, cuba mengawal motor, terlanggar pula kereta di hadapan. aku ke tepi jalan, kereta di belakang sudah menukar arah, cuba lari dari hakikat. manakala kereta di hadapan berhenti di tepi. aku tak lari meskipun aku boleh. aku tak takut sebab aku tak salah. di jalanraya, kita kena ade tolak ansur, baru boleh selesa & tenteram memandu. aku diherdik oleh pemandu kereta hadapan, aku cuba menerangkan, namun, apa kan daya. pakcik tu memang kerek pun. dia mungkin tak ingat aku, tapi aku masih ingat muka yang pujuk² aku naik bas sekolah die time aku kecik² dulu. alhamdulillah, kereta pakcik kerek tu takde ape², ala tersentap sikit pun, nak bising macam orang hilang akal. rilek la pakcik. kau tu dah tua lah. takkan ade pape punya kat belakang kereta kau tu. di bangsar, baju & jeans aku basah. walhal, takde setitis hujan pun kat flat aku tu. orang semua pelik. aku kata la yang aku dari kajang, kat sana hujan la you all. :)

aku&kauorang.selesai

selesai setakat ini.
ini kali pertama gua jejakkan kaki ke tempat kau orang. gua mungkin salah sebab tak faham keadaan, tapi mungkin kau orang boleh bagitahu gua dengan nada yang lebih sopan & teratur. gua tanya parking, kau orang jawab tempat bayar. gua nak betulkan balik salah faham tu, kau orang tuding jari kat gua, kata gua yang salah. kalau kau jujur, gua tak kisah der. ini kau bela kawan kau, kau orang tuding lagi kat gua. gua tak panas, kau orang ada kuasa, gua diam. gua diam bukan sebab takde telur, gua diam sebab ini tempat awam, gua tak nak keadaan keruh. gua tak nak bagi orang lain hilang respect pulak kat kau orang. gua akur, gua ikut. tapi tak bermakna gua takut sama kau orang. gua tak kesah bagi not hijau gelap dengan baki 2 not merah, gua takde hal. tapi gua minta kau orang tahu adab je. gua bukan tanya pakai bahasa lain, gua tanya guna bahasa ibunda kita jugak. kulit sama coklat, kau orang buat macam sial. gua fikir IC gua tahun 1992 je. kalau gua lahir 1957 tu, gua dah cakap dah yang kau orang patut belajar adab. asap rokok kat tempat kau orang dah la terdedah. kalau gua report, kau orang jugak susah. ini pejabat, tempat orang awam, tempat kau orang dapat gaji dari duit cukai gua jugak. tapi takpe, gua senyap. gua tak nak kau orang fikir gua macam kau orang. kau orang busuk punya hati, bagi maklumat biarlah betul. kau orang kerja untuk mudahkan rakyat tahu tak?
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan;
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.
*berani kerana benar, takut kerana salah.

Friday, June 4, 2010

surat cinta pertama

3 jun 2010
sentul, ampang, bangsar
aku bosan sekitar jam 3 petang lalu aku mesej ejad, kata aku nak gegar Sentul sekarang gak. aku pun mencapai 'tools' mat rempit aku; helmet, kunci motor & not-to-forget dompet yang ade IC dengan lesen P, tanda aku sudah sesuai di atas tar. Lebuhraya Mahameru dah takde hal la kalau 110 km/j tu. corner sikit² dah adat dah. kalau tersasar, pantas aku tekan brek kaki. cuwak tersadai di tepi jalan pulak. jadi, misi untuk gegar sentul pun bermula!
1. aku gegar rumah nenek ejad. aku gegar cukup² anak jasmin ni. aku gegar sebab syera, adk die takde kat situ. kalo ade, aku lah yang jadi kaku. kalau nak sound aku meroyan pun detik tu, lantak hang lah. :D
2. aku gegar rumah ady. jumpa la amir, sahabat sewaktu hingusan ady. amir ni pakai LC merah. bile LC merah & LC putih dah cantum, agak² jd robot cam transformer x? haha. :D
3. aku gegar rumah bella. bella masih dengan fesyen 'polis trafik dengan kaca mata merah' die. die ter-kinja² macam ayam kena palu. ape style entah tangan die. nak kate hip hop, takde la sharp sangat pergerakan die. kalau la aku bawak kamera aku, nak je aku snap gambar die. kali ni mungkin dengan tajuk 'polis trafik berkaca mata merah yg ter-kinja² depan rumah sendiri'. haa, kali ni mesti die bace blog aku sebab die dah cakap yg blog aku cool. aku sendiri tak kata blog aku cool. lantak hang lah. haha. :D
4. aku gegar rumah nana. projek gegaran tak berhasil sebab nana keluar. tapi aku pujuk gak die lepak kedai mamak dengan aku, ady & ejad. 2 kedai mamak kami singgah, lebih 2 jam kami lepak, semuanye sebab hujan lebat sangat. aku dah la tak bawak baju hujan. nanti nak race kat highway DUKE pun gigil. haha. sejuk & sakit membisa kena hujan. nak rase? kau orang pegilah. aku letih. :)
tapi aku redah gak hujan tu. ejad dah hilang entah ke mana sewaktu kita orang berteduh di tengah jalan. baju aku basah, nasib baik handphone aku dah letak kat bawah seat. kalau tidak, mungkin kau orang akan rindu nak call aku malam², nak mesej aku siang². semua tu dah terjadi time phone aku hilang dulu. baru kau orang tahu penangan abu hassan anak nazari ni. :D
aku isi full tank , then gerak gi bangsar. aku nak mandi dulu. takut demam sebab aku amat diperlukan untuk update hikayatabu ni. :P
aku dikejutkan pulak dengan bisikan & rajuan anak² ikan UM (PASUM) nak melantak shisha kat bangsar baru. sebagai tuan rumah, aku pun pegi la. kali ni panda, sharip & mamat terlibat. best gak lepak dengan dia orang. at least, aku tahu yang budak² PASUM takde la hectic sangat sampai tak bole keluar malam macam budak² asasi UIA kat PJ nun. :P steak & shisha vanilla was a not bad combination guys!
kami pun nak pulang ke destinasi masing², kali ni aku dikejutkan dengan surat berwarna putih, dengan tulisan ala doktor & lambang polis diraja malaysia. aku diutus surat cinta dari mereka. :(
kesalahan : parking di tempat yang salah & mengganggu lalulintas.
memang salah aku pun, aku akui. so aku tak nak herdik sape² di hikayatabu yang suci ni. ini surat cinta pertama. aku akan cuba elak surat cinta kedua dengan kesalahan yang sama jugak. so, see you guys around, cops. :)
tapi kalo surat cinta atas kesalahan speeding, sory la. dah bakat terpendam aku untuk bersaing. takkan la aku nak sia²kan jika peluang dah berbogel depan mata kan. :)
aku nak langsaikan hutang ni secepat mungkin. tapi aku tak tahu berapa ringgit la. haha. :P
*aku ade duit ke? alahai~

Sunday, April 26, 2009

english drama comp.(national)

NATIONAL PARTICIPATING TEAM
  • STAR - utara
  • faris petra- timur
  • sultan alam shah - tengah
  • tuanku jaafar - selatan
  • sc sabah - borneo
  • seratas - wildcard
---------------------------------------------------------------------------------------------------

RESULT

best supporting role : ah siong, faiez - SSAS
best leading role : gravemaster, fanny - SMSTJ
best script : SERATAS
best sound effect : Sc Sabah
best costume : Faris Petra
best director : SERATAS
best drama : SERATAS

*my cmmnt,,

-as a participant
congrate to all da winners.btw,mne STAR?kami tenggelam kot.dek kerana hal2 yg amat menyakitkn aty.nk taw?off record plz..

-as a editor
its really lyk a magic la Yuben.sory to Ribena coz xdpt interview ko.Fairy Yuna from Faris Petra pon x smpt interview.no lg la xdpt.myb nxt tym.alala~Fanny,thnx for a cute posing.mest msok magazine nnt.

-as a friend of sumone.
thnx FLS for da bookmark.really cool la.thnx gak coz dtg.even i dgn pnoh syahdunye nk ngs coz tension yg amat kuat + kekalahan yg amat dasyhat itu.Akma,thnx coz distribute da brochure.tactic x jd plak.SSAS cool dude; Johan,TM,Haziq n so on.korg mmg cool bro.jge couple msg2 ek.mmg dasar skola sume laki.gle awek je sume.adeyh~

Thursday, March 19, 2009

headboy??

ape pndpt anda ttg headboy anda?
bgos/gmpk/skema/loser

i got a story.its about a HEADBOY.a sbpian headboy.STARian headboy,hijaz is a good,smart n outgoing man.he is ok in evrythg but he will get angry if ppl do not do their duty to god.did u all understand.ppl who x solat,bkk aurat n so on.but the headboy yg i nk cte ni is a annoying one.hear my story first.

ak g mid(18/3).tym tgh q nk bli tket.ak nmpk headboy ni,mr. F with his gf.ak xkesa lg.omg!!but dorg lyke an adult.pgg2 n kiss2.ak xpenah bwat cmtu.die tgk cte ape ntah.kt public dh cmtu.cmne plak kt dlm wyg?idk.ak dh tgor die.xtaw la ape jd.ak serahkn pdmu ya ALLAH.act,ak bkn perfect sgt but ak pon bknlah sorg prefect, apetah lg headboy.but mr. F ni.dh la headboy.headboy sbp plak tu.ak xnk ckp la dri skola mne or sape die.tp its a pengajaran bwat ak.bkn sume ketua tu baek.n kdg2 ketua tu lg trok dri ank buah die.b4 dis,ak respect setiap headboy sbp coz ak tgk hijaz.ak aggp dorg sume lbeh kurg hijaz malah ade lg bgos.but this mr. F is really a jerk.

p/s - die n gf die dri skola yg sme.awek die cun wo0o.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...