gembira. ya, aku tersangatlah melompat riang gembira hari ini. menerima keputusan luar jangkaan dan kawalan SACE awal pagi tadi, buat aku tak tidur semalaman. tatkala post ini ditulis pun aku masih tersenyum lagi memikirkan keajaiban Tuhan itu. namun, dalam kesukaan diri ini, ada terselit perasaan sedih oleh musabab seorang teman, si sahabat karib, teman sebilik, teman berkaraoke bersama. keputusannya tak sehebat yang perlu untuk terus kekal di trek ke luar negara ini. menerima pesanan ringkas daripadanya yang isinya buat aku sebak seketika. apa lah guna keputusan aku tinggi melangit, suatu yang aku rasakan tidak selari dengan usaha aku, tetapi rakan karib ini tak dapat bersama terbang ke sana. jika dibenarkan, izinkanlah aku berkongsi pointer dengan beliau. biarlah susah senang bersama. usahalah kawan. pau lah penaja dikau untuk kekalkan kau di trek ini. biar kita teruskan perjuangan di sana bersama. aku doakan yang terbaik buat kau, ya sahabat. selamat berjaya dalam usaha rayuan. jangan gantung kasut dulu, trek hidup pemuda 19 tahun masih jauh lagi. terus kuat. perjuangan kita masih belum selesai.its not just myself!
- Hikayat ABU
- blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Wednesday, December 21, 2011
SACE result 2011
gembira. ya, aku tersangatlah melompat riang gembira hari ini. menerima keputusan luar jangkaan dan kawalan SACE awal pagi tadi, buat aku tak tidur semalaman. tatkala post ini ditulis pun aku masih tersenyum lagi memikirkan keajaiban Tuhan itu. namun, dalam kesukaan diri ini, ada terselit perasaan sedih oleh musabab seorang teman, si sahabat karib, teman sebilik, teman berkaraoke bersama. keputusannya tak sehebat yang perlu untuk terus kekal di trek ke luar negara ini. menerima pesanan ringkas daripadanya yang isinya buat aku sebak seketika. apa lah guna keputusan aku tinggi melangit, suatu yang aku rasakan tidak selari dengan usaha aku, tetapi rakan karib ini tak dapat bersama terbang ke sana. jika dibenarkan, izinkanlah aku berkongsi pointer dengan beliau. biarlah susah senang bersama. usahalah kawan. pau lah penaja dikau untuk kekalkan kau di trek ini. biar kita teruskan perjuangan di sana bersama. aku doakan yang terbaik buat kau, ya sahabat. selamat berjaya dalam usaha rayuan. jangan gantung kasut dulu, trek hidup pemuda 19 tahun masih jauh lagi. terus kuat. perjuangan kita masih belum selesai.Thursday, August 18, 2011
pillow talk
you will never make it to the spot girl.
Sunday, May 15, 2011
to ANACONDA 11
damage has been done,
they are no turning away.
keep those spirit and strength by training your juniors then
make them uphold our dream with theirs
let them win what we couldn't
then, you are going to smile when they get what they dream of
with some sort of satisfaction and pride
for the juniors that train by your own self
thus, contine share with each other.
never let our connection and passion break.
to Cikgu Shahnun :
I personally thank you for all the support given to them. life is all about experience. losing does not mean that we are failing, give up is. hence, act accordingly to the mother nature. hero starts from being a zero at first, doesn't he? for all this time, you have done a great job, sir. they may not be a national hockey player, but they will know the sense of gaining something with their own, bare hands. thank you, sir. :)
Tuesday, April 19, 2011
kawan vs sahabat
baru² ni, aku banyak terlibat dengan insiden² untuk membezakan dua istilah ini.'kawan ketawa' ada di mana-mana, 'kawan menangis' susah dicariperistiwa² menarik yang terjadi.(Pepatah Melayu)kita lebih mudah berjumpa dengan 'kawan ketawa' dari 'kawan menangis'. kita digalakkan berkawan dengan semua orang. namun dalam berkawan, kita hendaklah berhati-hati untuk memilih sahabat. 'kawan' dan 'sahabat' mempunyai maksud yang hampir sama, namun mempunyai implikasi yang berbeza(Fadzli Yusof, 2007)
KES 1
aku putus cinta setelah 2 tahun cinta mekar berputik. rupanya dalam diam², buah hati aku bermain kayu tiga. minggu tu aku tak boleh fikir, tak rasional. habis akademik aku jatuh. aku sangat sayangkan dia. susah nak lupakan orang yang kita dah sayang.
KES 2
aku ada masalah keluarga sedikit. hal ini besar. kalau boleh, aku taknak kehidupan bahagia kami selama ini menjadi porak peranda. kawan², tolong doakan kebahagiaan keluarga aku. selama ini mungkin banyak keluarga aku sumbangkan kepada kau orang. ini mungkin masa yang sesuai untuk membalas jasa.
KES 3
aku cuai sikit. banyak barang aku hilang. yang paling sedih, aku hilang dompet. banyak benda nak kena buat ni. IC, lesen, kad bank. arghhh, macam². aku jatuh ditimpa tangga pulak. kunci motor aku pulak hilang. habis satu pusat beli belah tu aku pusing. tak jumpa jugak. kalau boleh aku taknak menyusahkan orang.
KES 4
hari ini hari lahir aku. aku macam takde mood harini. dalam kelas macam tiada respons dari rakan sekelas lain. kalau hari lahir orang lain, mesti orang itu akan terkena (prank). mungkin ada kek dan sambutan kecil. tapi orang buat bodoh je. kenapa?
aku minta maaf awal². aku post kan pasal isu ni untuk aku kenang dan muhasabah diri. layakkah aku bergelar sahabat kau selepas apa yang aku buat pada semua kes ini? manusia tidak sempurna. hanya Allah sahaja yang sempurna.
Thursday, April 7, 2011
cerita lama
Sunday, October 10, 2010
10/10/10
Sunday, July 18, 2010
OBW 2010
misi 1 : hadiah futsalaku nak tuntut hadiah futsal yang aku menang dulu. malas nak menaip, aku link jela. CLICK.
misi 2 : mewakili STAROBA hockey melawan anak didik sendiri
dulu, aku main hoki untuk sekolah, tiap kali lawan dengan STAROBA, kami tak pernah menang. paling hebat pun bila aku fivers, seri 1-1. tapi anak didik aku berjaya mengalahkan STAROBA 2-1. aku kalah tapi aku bangga. mereka dah membesar sebagai seorang hockey player. tradisinya, budak² hoki pandai² belaka. harap mereka begitu jua. ini bermakna program yang aku & zahhar atur sewaktu kami senior tidak sia²; pendedahan awal hoki kepada junior². matlamat aku ; walaupun impian aku nak beraksi di hoki SBP kebangsaan tak pernah & takkan tercapai, aku harap, adik² junior yang dilatih oleh aku boleh.
aku balik dengan senior RON, menaiki mercedes. memang best la bila aku duduk belakang sorang², rasa macam nak baring je tapi hormat la sikit. haha. :D
Friday, June 25, 2010
aku rindu ketika 5 tahun lepas
teman gembira di kala cuaca tak selalunya cerah. aku hidup 4 tahun kebelakangan ini dengan orang² ini. kami fivers green 059. kalau kau orang kenal mereka, mesti dia orang hebat kan? itulah bagi aku. abaikan je susunan gambar di atas. tak ada makna apa² lagi sekarang. tapi sebenarnya, kuasa sehebat itu memang kita orang gunakan sebaiknya. untuk menjaga tingkah laku adik², untuk kesatuan hati ahli rumah, untuk membina modal insan yang holistik. aku sanjung mereka yang terlibat di rumah Hijau. mungkin adik² di rumah Hijau dapat rasai sendiri. mungkin kau orang faham apa maksud aku. sebagai salah seorang dari mereka, aku minta maaf atas segala salah silap. abang² didik kau orang untuk jadi matang. bukan budak² mentah yang tak produktif pada negara.
Sunday, June 6, 2010
politik zaman aku
teringat celoteh beliau tika frasa "aku tak minat & tak suka politik" terkeluar dari mulut aku suatu masa dulu.
"kau tak boleh cakap macam tu bro. dalam hidup ni, setiap benda politik. nak pilih ketua kelas, politik. nak beli buah antara yang tempatan atau import, politik. nak pilih awek putih ke awek coklat pun politik. kita dah takde benda lain dah. tinggal 1 ni je. kalau kau sendiri tak suka, tak minat & tak nak terlibat, anak² kau nanti macam mana?"
perjuangan belum selesai. benar kata beliau. aku sedang memerhati.
aku dalam perjalanan. mungkin tidak memimpin tapi mengembleng.
kita satu hati, kau orang jangan iri hati.
Friday, June 4, 2010
surat cinta pertama
1. aku gegar rumah nenek ejad. aku gegar cukup² anak jasmin ni. aku gegar sebab syera, adk die takde kat situ. kalo ade, aku lah yang jadi kaku. kalau nak sound aku meroyan pun detik tu, lantak hang lah. :D
2. aku gegar rumah ady. jumpa la amir, sahabat sewaktu hingusan ady. amir ni pakai LC merah. bile LC merah & LC putih dah cantum, agak² jd robot cam transformer x? haha. :D
3. aku gegar rumah bella. bella masih dengan fesyen 'polis trafik dengan kaca mata merah' die. die ter-kinja² macam ayam kena palu. ape style entah tangan die. nak kate hip hop, takde la sharp sangat pergerakan die. kalau la aku bawak kamera aku, nak je aku snap gambar die. kali ni mungkin dengan tajuk 'polis trafik berkaca mata merah yg ter-kinja² depan rumah sendiri'. haa, kali ni mesti die bace blog aku sebab die dah cakap yg blog aku cool. aku sendiri tak kata blog aku cool. lantak hang lah. haha. :D
4. aku gegar rumah nana. projek gegaran tak berhasil sebab nana keluar. tapi aku pujuk gak die lepak kedai mamak dengan aku, ady & ejad. 2 kedai mamak kami singgah, lebih 2 jam kami lepak, semuanye sebab hujan lebat sangat. aku dah la tak bawak baju hujan. nanti nak race kat highway DUKE pun gigil. haha. sejuk & sakit membisa kena hujan. nak rase? kau orang pegilah. aku letih. :)
tapi aku redah gak hujan tu. ejad dah hilang entah ke mana sewaktu kita orang berteduh di tengah jalan. baju aku basah, nasib baik handphone aku dah letak kat bawah seat. kalau tidak, mungkin kau orang akan rindu nak call aku malam², nak mesej aku siang². semua tu dah terjadi time phone aku hilang dulu. baru kau orang tahu penangan abu hassan anak nazari ni. :D
aku isi full tank , then gerak gi bangsar. aku nak mandi dulu. takut demam sebab aku amat diperlukan untuk update hikayatabu ni. :P
aku dikejutkan pulak dengan bisikan & rajuan anak² ikan UM (PASUM) nak melantak shisha kat bangsar baru. sebagai tuan rumah, aku pun pegi la. kali ni panda, sharip & mamat terlibat. best gak lepak dengan dia orang. at least, aku tahu yang budak² PASUM takde la hectic sangat sampai tak bole keluar malam macam budak² asasi UIA kat PJ nun. :P steak & shisha vanilla was a not bad combination guys!
kami pun nak pulang ke destinasi masing², kali ni aku dikejutkan dengan surat berwarna putih, dengan tulisan ala doktor & lambang polis diraja malaysia. aku diutus surat cinta dari mereka. :(
kesalahan : parking di tempat yang salah & mengganggu lalulintas.
memang salah aku pun, aku akui. so aku tak nak herdik sape² di hikayatabu yang suci ni. ini surat cinta pertama. aku akan cuba elak surat cinta kedua dengan kesalahan yang sama jugak. so, see you guys around, cops. :)
tapi kalo surat cinta atas kesalahan speeding, sory la. dah bakat terpendam aku untuk bersaing. takkan la aku nak sia²kan jika peluang dah berbogel depan mata kan. :)
aku nak langsaikan hutang ni secepat mungkin. tapi aku tak tahu berapa ringgit la. haha. :P
Friday, May 28, 2010
40 - Abang Naqib
its man-to-man business
beliau adalah orang pertama yang tahu berkenaan kesusahan & kepayahan hidup insan bernama Abu Hassan. aku masih ingat dorm tu. tempat aku mengenali, menghormati orang yang aku sudah anggap macam abang kandung aku sendiri. aku masih ingat betapa cerianya dorm aku. budak set 1 & set 2 saling tak tumpah macam kanak². aku dibawa menyusuri keheningan solat oleh orang ini. sehingga sekarang, frasa itu masih terngiang - ngiang tatkala aku termenung mencari cahaya. :?
" abang nak jadi doktor. cuba kau bayangkan, kalau abang tak solat. abang nak bedah orang, tapi abang tak baca bismillah. orang yang abang bedah tu meninggal dunia sebab ape yang abang buat takde keberkatan dari ALLAH. macam mana pulak dengan family orang yang abang bedah tu? dorang susah sebab kesilapan abang sendiri ke? "
tiada pukul mahupun cerca dari beliau. walhal, rakan² yang lain dipukul, disepak. untuk aku, hanya perbualan ringkas di rak kasut dorm 3. namun, detik itu masih segar dalam sanubari aku. sejak itu, aku berubah dengan sendiri. tidak dipaksa, semuanya dengan rela. alhamdulillah, usahanya sedikit tetapi kesannya mendalam. kiasanku berbunga, hanya untuk mengucapkan terima kasih abang. tak mampu yang lain, doa sahaja diiring. :)
*beliau di India, jurusan perubatan seperti impiannya. :)
ragam bantal
we shared too much ain't?
gambar dari senior