teman gembira di kala cuaca tak selalunya cerah. aku hidup 4 tahun kebelakangan ini dengan orang² ini. kami fivers green 059. kalau kau orang kenal mereka, mesti dia orang hebat kan? itulah bagi aku. abaikan je susunan gambar di atas. tak ada makna apa² lagi sekarang. tapi sebenarnya, kuasa sehebat itu memang kita orang gunakan sebaiknya. untuk menjaga tingkah laku adik², untuk kesatuan hati ahli rumah, untuk membina modal insan yang holistik. aku sanjung mereka yang terlibat di rumah Hijau. mungkin adik² di rumah Hijau dapat rasai sendiri. mungkin kau orang faham apa maksud aku. sebagai salah seorang dari mereka, aku minta maaf atas segala salah silap. abang² didik kau orang untuk jadi matang. bukan budak² mentah yang tak produktif pada negara.

VIOVIX's farewell party 2008
gambar lama, tapi mengimbau kenangan. inilah VIOVIX, sahabat² aku, batch yang ada Abu Hassan kat STAR dulu. Batch of 49, STARIAN 059. kami dalam 1 kapal yang sama. misi juga serentak berjalan. kena ombak, sama² waspada. kena nombor, sama² tertawa. kalau ada yang jatuh, yang lain tolong tarik. kalau ada yang ke depan, dia yang tolong tunjuk ajar. itu yang hebat jadi budak asrama. kawan dapat, jaringan maklumat pun dapat. tak sabar aku ke alam bekerja."aku menghormati 1 ikatan, itulah ertinya persahabatan"
petikan lagu batch aku, erti persahabatan.
No comments:
Post a Comment