its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Semangat yang hilang


ini adik aku. Ahmad Syawal namanya. baru je masuk belajar di UiTM Lendu. Apa yang aku bangga dengan dia adalah semangat. semangat yang hampir padam dalam diri aku. sedikit tentang impian dia.

"Aku nak jadi Gabenor Bank Negara"
"Aku nak buat degree kat oversea macam kau jugak Abu"

nampak kan? anak muda berjiwa besar ini memang patut dipuji. Impian dia tak pernah putus. mungkin pendidikan dia tidak sepantas kebanyakan orang tapi semangat itu yang perlu untuk apa sahaja. kami yang datang dari keluarga yang tidak berapa mendesak untuk belajar ni sememangnya hidup senang awalnya. Tiada siapa nak marah kalau markah rendah ketika keputusan, bersukan giat sekali. adik aku ini sendiri pernah dipanggil untuk Team Bola Sepak KL dan juga kelab futsal sekitar KL.

Namun semua itu tak menjamin masa depan. saat dia hasratkan impian dia nak sambung belajar selepas SPM, aku girang sekali. semangat itu yang patut ada dalam diri semua orang. belajar setinggi mungkin. mungkin cemburu dia terhadap adik beradik lain buatkan dia punya impian besar. berkekalan hendaknya.

sekarang, siapa yang pernah melihat dia sebagai seorang yang 'low-class' dalam adik beradik kami boleh tutup mata dan berambus. sakit hati aku lihat dia dipandang rendah sementara aku pula disanjung tinggi. puiihh, aku tak mahu itu semua dan aku takkan putus asa untuk keluarga aku.

Okay, sekarang aku pula kena ada semangat seperti Syawal untuk terus belajar. 2 minggu lagi peperiksaan semester aku. doakan aku pembaca sekalian. doakan juga adik aku terus kuat belajar. masa bermain sudah tamat, ini masa membina karekter dan diri.

Monday, March 5, 2012

Jauh

Ini entri pertama dari Iphone 4S yang aku baru beli. Apps ini memang berguna untuk orang macam aku.

Sudah dua minggu aku di Brisbane ini. Banyak perkara manis berlaku saban hari. Terima kasih buat mereka yang sudi menghulur bantuan di kala aku terumbang ambing mencari diri di sini.

Aku rindukan suasana malam Kuala Lumpur yang tampak jelas dari beranda rumah, hiruk pikuk sibuk kota biarpun malam menyinsing tiba bersama keluarga menonton siaran yang ada di kaca televisyen. Harap ibu relakan aku pergi. Lemah kaki tatkala ibu menangis sebak sewaktu di KLIA tempoh hari. Ada hikmahnya aku jauh di Ipoh dulu rupanya. Cuma jaraknya berkali ganda kini. Alah bisa, tegal biasa. Harap keluarga semua relakan aku pergi untuk nusa kita.

Tidak lupa rakan semua. Aku rindukan kalian wahai sahabat. Di sini keseorangan aku menjadi diri sendiri mencari rakan sekepala bahasanya. Boleh tahan rakan rumahku. Akan ku ceritakan di entri lain hari.

Buat Ammarah di ceruk ladang kelapa sawit, saya sihat sahaja di sini. Jangan sedih selalu. Fokus pelajaran perkara utama. Kita jumpa di sini bila ada masa. Saya ada sesuatu untuk awak. Terima kasih buat perhiasan bilik ini. :)

Friday, September 2, 2011

salute

hari ini aku kagum dengan seseorang. beliau adalah nenek saudara aku, makteh kepada ayah aku. aku tak tahu bagaimana keluarga besar orang lain. jadi aku cuba buat konklusi untuk keluarga besar aku ini. pada kebiasaannya, orang paling tinggi yang kita kenal dalam hierarki keluarga kita adalah nenek atau datuk. sama seperti aku. jadi datuk atau nenek saudara aku memang aku tak kenal sangat. nama betul pun tak tahu. yang aku tahu hanyalah panggilan dalam keluarga seperti tok long, nenek uteh, tok cik dan sebagainya. apa yang aku kagumkan adalah dia kenal hampir semua adik beradik aku iaitu cucu saudaranya. cucu sendiri pun boleh terlupa nama, apatah lagi cucu saudara. beliau ingat agak detail berkenaan aku; tentang aku nak ke luar negara dan universiti dimana aku harus pergi di sana. tok teh, suaminya pun seakan peka dengan situasi aku dan banyak bertanyakan hal berkaitan dengan universiti dan tempat² di sana. aku kagum dengan keprihatinan mereka. mungkin aku boleh iktibarkan peristiwa ini dengan mengambil tahu dan up-to-date dengan keluarga besar aku. insyaAllah. :)

Saturday, August 20, 2011

kalau boleh

kalau boleh nak cepat habiskan AUSMAT yang meletihkan ni.
kalau boleh nak dapat TER bagus untuk SACE nanti.
kalau boleh tak nak dapat universiti kat tengah bandar.
kalau boleh nak masuk University of Tasmania jugak.
kalau boleh nak kumpul duit elaun banyak².
kalau boleh nak hantar duit balik Malaysia untuk family.

*entri sedih di subuh hari.

Thursday, August 18, 2011

pillow talk

tadi aku pillow talk sat bersama rakan² di Al-Rafi Bistro. kisah anak lelaki sulung menjadi bual bicara. tanggungjawab ini serius besar untuk aku jalankan tanpa ilmu. banyak yang aku belajar daripada kesusahan hidup orang lain. mungkin ada di antara kau orang punya keluarga sempurna, gah dan bahagia. tidak semua orang memiliki nikmat Ilahi sebegitu. ada yang punya masalah dalam dan luar. terharu tika ada rakan yang percaya dengan telinga ini untuk mendengar. akan ku simpan buat pengalaman. banyak konklusi positif yang aku dapat dan yang pasti kita janganlah membabi buta menghukum ataupun salah sangka. fikirkan positif atas apa yang berlaku. rapatkan talian keluarga dan banyakkan berdoa agar tetap berjaya.

*my family is my first priority.
you will never make it to the spot girl.

Saturday, June 4, 2011

secakir cakaran.


pergh, aku rasa terhina gila tadi bhai. terus mencarut. pffft!
this time is too much. aku rasa macam satu keluarga terlibat sama. orang semua usaha la nak dapat duit. parent aku kerja nak dapat duit sikit ni, parent kau kerja nak dapat duit banyak tu. aku sendiri kerja nak dapat duit la sial. biar sikit pun duit tu tapi aku puas hasil titik peluh aku sendiri. bukan minta macam raja kat parent aku. even the simplest thing pun aku kena usaha cari duit sendiri.
aku tak kisah hidup susah macam ni. naik public transport, duduk rumah kecik, cari duit sendiri. aku puas hati sebab parent aku selalu kat rumah. kami rapat, selalu bersembang. biar miskin harta, tapi kaya dengan masa. biar banyak masa dengan family. aku silap dengan mentaliti nak bagi banyak masa untuk spend dengan kau. kau nak banyak harta rupanya. aku mintak maaf, aku mat sengkek. kalau kau nak sangat duit, sila berambus ye perempuan. harap maklum.

*kau boleh hina aku cukup², tapi bila ada kaitan dengan family aku. kau silap besar.

Saturday, October 30, 2010

final semester 1

AUSMAT22 - fall 2010
30/10/2010 - 12/11/2010
hocus focus abu!

memang peperiksaan akhir menggugat jiwa serba rileks aku. orang sini sana bagi harapan tinggi kepada aku. aku pulak memang malas nak bukak buku, tidur dalam kelas, banyak main². aku rase lepas habis sekolah macam tak perlu nak struggle belajar sangat la. yang penting adalah konsisten dan jati diri yang kuat. nak rilek, malas², nak ape sekali pun, jangan tinggal belajar. pulun habis bila study tu. hidup biar lepak, exam biar gempak (Dz, 2002).
goodluck to all AUSMAT22 especially Benmore.
i had a valuable memories with you guys. sorry if this lazy class rep pissed you off. goodluck for this final. let's rock it together. :)
to those special persons :
doakan aku yee. aku dah buat study plan dah for study leave. hope aku ikut la. aku plan nak deactivate FB doh tadi. tapi tak jadi. i'll keep in touch with you all. last but not least, i miss you. :)
*countdown sebulan lagi. :)

Sunday, October 10, 2010

10/10/10

AHAD, 10 oktober - Hari ini menarik dan akan berlaku sekali je sepanjang hidup aku. aku takkan jumpa lagi tarikh ini dan aku harap begitu juga kepada mereka yang bertuah.

pertama sekali, hari lahir hero aku jatuh pada hari ini. aku nak je balik rumah, lepak dengan ayah kat Seafood Bangsar tapi aku ada awan untuk disentuh. kalau ade peluang aku nak biar die rasa macam orang muda walaupun dah 43 mudanya usia beliau. biar dia rasa uban takda di kepala. biar die rasa macam boleh melihat jelas semula. biar die rasa takda masalah kewangan. biar die rasa tiada hutang bank. biar die rasa anak sulung die ni dah cukup besar nak kongsi masalah dengan die. dear AYAH, you trained me to be a successor, to be a responsible brother, to be a good speaker and to be a gentle gentlemen! i'll never let you down!

kedua, hari lahir Chai. aku di bawah 1 bumbung dengan die kat STAR dulu for 5 exciting yet tough years. cuba bayangkan, berapa kerap aku basuh baju pun die boleh tahu. selalu di sekolah dulu, malam macam ni memang seronok. kenakan Chai kot. memang la menarik. :D sekarang, Chai di UIA, aku pula bakal terbang ke awan. rindu kau gile doh Chai. nak je sepak² perut kau macam dulu. ayat die yang aku takkan lupa, "saya takda 6 packs tapi saya ada one pack". aku ingat sampai sekarang itu semua dol.

aku macam tersekat dalam kenangan sendiri sekarang.
*i am dash-forwarding with crawl-backwarding. :))

Monday, October 4, 2010

90th - satellite L645

harap maaf, laptop ini tidak akan dipenuhi games atau kisah porno. ianya untuk pembelajaran, hasil seni dan kerja part-time aku sahaja.
ini bukan hak milik aku sepenuhnya. ini hak milik keluarga En. Nazari yang akan diturunkan kepada adik² yang sedang meningkat dewasa. pemberian ini tidak ternilai harganya. kasih sayang sepasang suami isteri terserlah di sekelilingnya yang kuat merentap jiwa untuk lebih kuat belajar. duit bukanlah segalanya dalam hidup. pelajaran adalah paling penting untuk anak². strive hard Along, with prayers from Ibu & Ayah.
*kasih sayang bukan pada material.

Wednesday, September 8, 2010

nak kick Syawal jumaat ke sabtu?

Syawal is my brother who born on 2nd syawal, 16 years back.
most probably Raya will be on Friday but i heard some news saying that it gonna be on Thursday. so when i have to buy the cake?
i'll prepare some crackers for him.
not to forget, the creamy spaghetti soup.
watch out dude!
too many people; cousins, can cause more panic to you. :D
- keliling, keliling, BANZAI!
off to Granny's house : 8 till 11 sept. toodle~
*event WAJIB hari raya.

Sunday, June 20, 2010

dedikasi khas buat hero - mr N

kalau hari ini, kau orang semua sibuk nak buat dedikasi khas berkenaan hari bapa. tapi aku tak. aku bukan taknak. aku cuba lupakan semua tarikh penting macam ni sebab bagi aku, hari untuk keluarga adalah setiap hari.
aku nak cerita berkenaan bapa aku jugak tapi dengan ucapan yang lain.
encik MOHAMMED NAZARI B. OTHMAN,
SELAMAT MENJADI PRESIDEN SBM YANG BARU!
kalau kau orang tak tahu apa itu SBM, lupakan sahaja. biarlah mereka yang tahu & berpengetahuan sahaja yang faham.
menjadi seorang ketua bukanlah tugas yang mudah. menjadi seorang bapa juga bukan tugas yang mudah. aku tahu mr N mengalami satu situasi berjaga-jaga & bersedia setiap masa. aku sendiri belajar merantau di tempat orang, beliau sendiri selalu keluar negeri. bagaimana pula dengan ahli keluarga tersayang yang lain? beliau berjaya setakat ini. sebagai anak sulung, aku bangga dengan prestasi beliau.
kalaulah diberi peluang bercakap di depan khalayak ramai tentang siapa idola aku, nama pertama adalah Mohammed Nazari. aku sendiri rasa bapa aku ni memang 'remaja'. mungkin sebab kelakarnya yang memang aku sendiri minat. gaya percakapannya yang selalu aku warisi & zahirkan dalam ucapan aku. tingkah laku profesionalnya yang sejak dari kecil lagi, aku sudah terkedek-kedek mengikut. kalau superman tu hero kau orang, nazari hero aku wey. aku akhiri post kali ini dengan petikan lawaknya;
" kalaulah Laksamana Hang Tuah masih hidup, mesti beliau bangga... sebab sejak berkurun lamanya, tahun ini, akhirnya, negeri Melaka jadi tuan rumah SUKMA. "
kalau kau orang tak rasa kelakar, takpelah. mungkin kalau kau orang tengok gaya beliau menyampaikan lawak tu, kau orang pun gelak besar macam aku.
*bro, lu memang hero gua lah. :D

Sunday, June 13, 2010

pengapit si raja sehari

taiping, perak
hari ini, sepupu aku, kak shida & pasangannya, abang nizam, bersanding di rumah Anjang. warna maroon menyedapkan mata memandang untuk si raja & ratu sehari.
malam sebelumnya, kak shida kelihatan gusar. tingkah lakunya diekori ekor mata aku, kenapakah bermuram? esok hari gembira. petang tadi sudah selesai nikah. walaupun bergetar tangan abang nizam, tapi masih salute, one shot bro! *mungkin dah berlatih dah kan?
1. kak shida sebelum nikah. masih sempoi & terbeliak.
2. kak shida semasa nikah. terbeliak lagi, disertakan perasaan berharap.
3. kak shida selepas nikah. kembali tersenyum.
4. abang nizam, suami sepupu aku.
alya, pengapit ratu mengajukan soalan. "abu, esok jadi pengapit boleh? nizam takde pengapit la." aku terkejut, namun dengan sopan aku menolak. aku keluar mengambil angin, ternyata angin kampung melegakan fikiran serabut menjadi waras. "siapa lagi nak tolong kak shida, masa aku susah nak cari penjamin agreement TNB tu, kak shida jugak tolong aku. kak shida dah takde siapa dah. bila lagi aku nak tolong kak shida kan. mungkin ini masanya", gertak hati aku. insaf, aku menyatakan hasrat positif aku. anggukan perlahan itu mungkin mengukir senyuman manis si ratu. kalau aku gigit tangan kak shida sampai berdarah, memang darah tu jugak la yang sama dalam badan aku. mungkin tak logik tapi aku A biology dulu. baik kau orang percaya je. :P
esoknya, aku berbaju hijau, bersedia, mental & fizikal. ahli keluarga yang lain semuanya berbaju maroon. memang sedondon. bila lagi nak berkumpul sanak saudara. masa² beginilah janji diatur, tanda ingatan buat saudara yang lain. keluarga kami ada yang berhijrah, mencari masa depan. apa ada hal kalau masa begini kami berkumpul. mesti kecoh, mesti girang. lama tak berjumpa, rindu di hati, aku kau juga rasa.
masa bersanding, peluh, gemuruh, tak payah nak cerita lah. memang ligat hormon mereka. biasalah, malam nanti aku tahu hormon lain pulak menjengah. tangan aku lenguh, si kanan mengipas, si kiri mengelap peluh. takpelah abang nizam, hari ini kan abang raja. lagi pun, khidmat berbayar, takkan aku nak bising² pulak. haha. :D
bahagian paling aku suka, makan beradab. memang aku berkeroncong dari tadi. memang dah rancang tak nak perut beralas dulu. penghargaan khas buat kak shida. setelah beberapa lama aku tak bernasi minyak. hari ini akhirnya. kenyang santapan diraja sehari aku tibai. dah posisi aku tepat, lauk hanya sedepa dari aku. pengantin pulak malu², pengapit la kena take over. raja & ratu suap² pasangan. takkan aku nak suap si pengapit ratu. jatuh la kualiti remaja aku. beliau 23tahun, aku baru 18tahun. aku tahu cinta tak kenal usia, tapi biarlah itu rahsia. haha. kalau dia baca, mesti dia bengang. maaf alya :)
best shot of the day!
nizam & shida
moga kekal ke anak cucu lah. :)

Friday, June 11, 2010

insiden ulang tahun sebulan

9 jun 2010
kota kemuning, shah alam
misi : pemulangan harta benda anak Nazari pada genap sebulan aku bayar cukai jalan.
aku bersama sahabat atas motor aku, Ejad. perjalanan menyusuri Lebuhraya Persekutuan tu merupakan pengalaman yang tak kurang kering gusi dengan lekukan dan juga lencongan merbahaya di sepanjang perjalanan ke sana. sesat merupakan perkara biasa, aku tahu hal itu.perjalanan dengan lori pasir di kiri & kanan begitu menggugat kualiti gelak tawa kami. aku memang dah tahu jalan tapi saja nak bawak Ejad tengok kawasan Kota Kemuning. memang permai, memang indah. masyuk boleh la der!
perjumpaan hanya seketika, tiada sangsi aku & dia sudah tak ada apa. mungkin suratan takdir, hanya diri membawa diri. ambillah kau punya harta, aku memang akan pulangkan, itu hak kau, hak aku tiada langsung. tapi aku harap, jangan ada kesumat dalam diri, jadikan diri kau suci, mungkin ada gunanya di hujung tahun ini. selamat berjaya sayang.
pemergian dengan muka masam dari dua belah pihak. bagi aku, aku tak nak ini kali terakhir di sana. kalau boleh, aku ingin sampai hajat aku nak bermalam di situ tercapai. tapi, aku tiada daya, kau kata STOP, aku boleh buat apa.
hari renyai, jalan licin. motor laju, baru servis.
aku ikut jalan mana pun aku tak perasan. hanya papan tanda kunci pergerakan. selekoh kiri mendatang itu, aku kena ikut jalan motosikal. dah orang buat, takkan aku nak lanyak juga berhimpit di kawasan kereta, lori bersepah. aku brek perlahan nak bagi perlahan, tapi jalan licin, brek lepas servis memang cengkam, macam orang sane kemut dekat orang sini. aku senget ke sebelah kiri. nak elak lebih teruk, aku lompat la. motor calar aku peduli apa, janji tubuh aku tak jadi apa². aku selamat, motor pun selamat. calar pun tak ada. aku pelik tapi ini berkat. perjalanan balik aku ke rumah memang siput. aku tahu memang lambat tapi aku nak selamat. aku dah boleh drift sikit². ini bahaya. tu sebab aku siput, janji aku selamat. ouh aku lupa, setakat lebam di kaki takkan nak kecoh pulak kan? takpe lah. lupakan sahaja.
13 disember 2009
KLCC

Monday, May 31, 2010

19 years old fridge

this is the oldest thing in my house. it is 19 years old on 2010. why do i want to story about this fridge? let me tell you. :)
1. my parent bought it using mom's dowry. they use it just to avoid having debt. as we know, debt is something harsh for someone with low income & this can makes one in stress. my mother makes a wise decision to use cash other than loan. debt trouble ourself, so if we can, avoid it wisely. :)
2. my mom was about to give birth to me when she hold it 18 years back. on that peaceful 9 february, they move to Bangsar from a small room at Chow Kit. it was so hard back then. i was born on the day they got a house & it became a responsibility for me to take care of this treasure for them. :)
3. this fridge was a wall of creativity for my siblings. we used to stamp a pokemon, digimon & etc. stickers to it. we also did place magnetic accessories to it. this behaviour became a serious hobby when we practice it to the wall. its like a caricature but it more to draw a few graphic & now, its called vandalisme. :)
4. i used to compare my height to this short yet useful fridge. this comparison makes me wanted to eat more, to became a taller person, taller than this small fridge. now, i am 172 cm. credits to the fridge. but then, i am not as wide as the fridge. it takes a long time & sweat to beat the fridge. :P
5. i did hide my chocolates, sweets or ice - cream in it. i love to eat them & i did have 'spoiled' tooth when i was such a innocent & lovely kid. it was a long time ago as the other siblings keep hunting for my sweets during that era. i am not being a stingy brother but i wanted to teach them, how to use our coins wisely. :P they should thank their eldest brother now because their savings is such a 'wow' factor as we will react that way when we look at their account book.
* i use BESTA dictionary now. it easier then.

Sunday, May 30, 2010

polis trafik bertudung dengan kaca mata merah :D

30 may 2010
bangsar & PWTC
kenduri
majlis kesyukuran aku bermula selepas zohor. ramai gak la ibu jemput. pagi tadi, aku kena bangun awal. angkat kerusi meja tu sume ke umah aku. laukpauk sume kena bawak dari tingkat 7. credits to jajan's mom. mak ko masak memang sedap bro. dari dulu lagi aku suke datang open house umah ko je taw. makan best, duit raya masyuk :D rakan² aku datang around 2p.m. antara menunye, kari ayam, ikan masin, sambal belacan, spagetti ayam & kuehmueh tempatan. tak ramai orang pun yang datang. sume tu dah dijangka. hanya beberapa budak² KCI je yang datang. tapi thanks sangat² sebab datang. not even single VIOVIX was there :( tapi aku sangat² memahami, dorang sibuk dengan study masing². gudluck for your future guys !
PWTC
selepas kenduri, aku ke PWTC. youth festival 2010. aku hanya berminat dengan futsal je sepanjang masa aku kat sane. atleast aku jumpe syazwan, si budak celcom. bole la lepak² dengan die yang 1 kepala ngan kitorang. bella pulak hilang entah ke mana. mencari sinar flash kamera kot. aku pun keliru. lantak ko la wey. sangat² bosan & penat. gembira yang dicari, letih yang dapat. :(
kendara
aku sampai je umah about 8p.m. aku digegarkan dengan berita yang aku kena bergegas basuh pinggan mangkuk. aku pun merekrut syafiq, hafiz, shahrul, wan & fitri untuk melangsaikan beban tersebut. aku pun 'paw' ibu pizza. yeah! kitorang melangsaikan beban tersebut secepat mungkin. then, sume lepak umah aku, makan pizza sambil tengok kemenangan England keatas Jepun 2-1. yeah!

bella, mirazize, ejad, nana, ady
plus : si comel azimah :)

bella, si polis trafik bertudung dengan kaca mata merah :D

bila rid & dolah nak balek PLKN ni. RADAE will bond up soon yo!

*kenduri = sebelum majlis, kendara = selepas majlis

Friday, May 21, 2010

evolusi tabung

ibu : along, makcik Aziah bagi kau RM10 sebab ko taip iklan die.
abu : aik, bia btol RM10. banyaknye. abalong ingatkan RM2 je oh. ibu masukkan la dalam tabung abalong. :)
aku teringat akan kisah tabung ni. aku memang dari kecik suke menyimpan duit. kadang² sampai tak makan kat kantin sebab nak kumpul duit. ingat lagi aku bagi N sebahagian duit aku untuk masuk kat Tabung Haji. ingat lagi birthday aku ke-12, aku terus bukak akaun ASB. ingat lagi aku kumpul paling banyak duit lepas raya bila nak banding dengan adik² aku. aku ingat lagi aku round flat cari duit 1sen & pau kedai mamak duit 1sen banyak². ingat lagi TABUNG² aku. :)
1. tabung dari TABUNG HAJI, replika menara TH yang aku dapat mase mula² bukak akaun. aku sangat enjoy mase tu sebab aku suke peluk tabung tu malam², bukan sebab sayang duit, sebab aku hargai ape yang parent aku dah buat dengan buat aku hargai duit. thanks N & ibu. :)
2. tabung dari BSN, bentuk gajah berdiri dengan bunyi lagu setiap kali aku masukkan duit. suke gile time tu. agak kebudak-budakan tapi biar jela sebab aku masih budak² lagi pun time tu. tabung ni dah lumpuh sebab banyak kali jatuh & belalainye patah. aku masih ingat yang aku sengkek gile, terpakse korek duit dari lubang belalai die & beli maggi kat kedai mamak. :(
3. tabung dari AMBANK, bentuk laptop. *wallawey. aku tak banyak simpan duit kat sini sebab aku dah mule malas nak kumpul duit syiling. aku mula kumpul duit hadiah kecemerlangan dari N sebab aku selalu dapat top5 time exam. aku rasa dah beratus dah duit N abes nak bagi hadiah kat aku. :)
4. tabung aku kat STAR. ala, tabung murah bentuk peti yang kuncinye senang gile nak bukak tu. aku kumpul duit syiling, baki duit belanja aku selepas ke kantin & koperasi. kadang² aku bukak gak sebab aku nak beli aiskrim kat koperasi sebelum prep oh. :P tabung tu kena curi lepas loker aku kena pecah time aku balek lambat final year 2007. so, aku tuding jari la kat fivers 07. aku xkesah pun coz tak sampai rm10 pun la dalam tabung tu. banyak sangat 1sen aku dalam tabung tu. haha. baju golden jubilee STAR aku pun kena rembat. siot la. dah la sekali seumur hidup ade peluang camtu. :(
5. tabung murah, aku beli 50sen je kat kedai gula², penutup merahnye aku lubangkan sebab senang sikit nak masukkan duit. :) tabung tu la aku simpan duit beratus yang aku dapat time aku keje kat Carl's JR dulu. *sape keje fast food bole teka la duit ape tu. aku panggil 'elaun'. korang? sekarang, aku masih setia ngan tabung ni. aku nak kumpul duit banyak² la sekarang ni. nak study oversea bukannye murah, nak beli rumah lagi, nak beli kereta lagi, nak KAHWIN lagi. aku takut sangat kalau ade pape emergency yang kena gunakan duit yang banyak. aku takut duit aku tak cukup. family aku bukannye kaya pon. haih. :(
aku harap bila aku abes study nanti, duit ASB aku cukup untuk lengkapkan keperluan family aku. then baru aku kahwin. laki takpe kahwin lambat kan? :)
*duhai juwita, sanggupkah kau tunggu aku begitu lama?

Wednesday, May 12, 2010

nostalgia hari pertama :D

11 may 2010
setapak, KL

aku & motor LC putih, tajuk berita hari ini. :P dengan jeans yang memang telah membawa aku jatuh ketika belajar menunggang motor, aku gagah ke sana. diiringi oleh mr N, syawal(adik) ngan mr ADAM. bayar baki bayaran, then gi kedai mamak area tu, nak bantai sup kambing.

aku roundROUND housing area tu dengan syawal & jumpa jalan curam. aku pun terniat nak menuruni & mendaki cenuram tu. memang cuwak nak turun, kena pandai main brek oh. time naik pulak aku terjatuh. abis ekzos ter'sagat' kat tar, enjin kuar asap. haha. tak cedera pape la. tapi segan sikit la sebab area rumah orang kan. :D

aku balik rumah naik motor sebab aku sorang je yang dah ade lesen P. mr ADAM balik la rumah die kat gombak while mr N & syawal naik teksi balik. aku ade claustrophobia kat jalanraya since aku penah calarkan kereta orang dulu. kesian orang tu. aku fobia sampai tak nak bawak dah kat KL. thank GOD, kat ipoh aku bawak motor kawan aku roundROUND. *aku bayar duit minyak oke. aku mencelah dengan jayanya. syawal kate, muke aku serius gile time die nampak aku dari dalam teksi. WTH~

aku gak dah train adik aku bawak motor. haha. bagusBAGUS. memang motor die pon oh. pandaiPANDAI la die nak hidup. aku mintak nak bawak motor gi INTEC pun die tak bagi. nak gune gi sekolah naik motor katenye, takut lambat. buto la ko, aku taw ko nak bawak awek tonggek tu naik motor en. camne la aku kat INTEC nanti? aku taw kat sane bole drive. tapi, nak drive ape wey? haha. redah & redha jelah :)

now, aku dah yakin nak bawak motor. just tataw sangat jalan kat KL ni even aku memang orang KL. maybe sebab dah selalu naik LRT sebab nak usha amoy pakai skirt pendek sampai KLCC kot. :)
*plat : WTW 543. smart en?

Wednesday, May 5, 2010

kenderaan & pekeliling

5 may 2010
Flat Pekeliling
misi : survey motor 135 LC *wallawey
aku ke area setapak, mencari sinar keputihan motor tu. aku pegi ngan nazari about 11am. lepas aku ade lesen P ni, aku mule jelingJELING kat every teksi yang aku naek, about how do they control clutch, gear, throttle, and so on. tapi tadi, first time aku tengok teksi pakai gear auto. terkejut gile aku tengok. cool driver ni, alahai sayang nape ko tak lumba kete je. teksi pon nak pakai auto kah? :?

sampai je kat setapak, first shop. terus tanye about motor tu. harga motor oke la. boleh tahan ngan PR ( public relation ) ngan dorang punye customer service. syabas mr CHEE. terus bayar, selasa ( 11 may ), aku amek motor. yeah! ni sume pilihan adik aku, syawal. tapi kalo on road, aku tataw la. smart sangat katenye. macam la aku tataw die nak bawak awek skola die merayau naek motor, then bajetBAJET hot nak gi skola naek motor. cibai la lu mat. naseb baek ko bayar lebih. memang name ko pon, aku nak fly suda. aku balek nanti beli kete la wey. :P

whitish-blue 135 LC, pilihan si sengal adik aku ni

aku balek makan kat RESTORAN HASLAM. fuh, terbaek wok! aku end up tak abes plus makan 2 burgerdale. haha~ sedapSEDAP!

dikawasan itulah sebenarnye nazari dibesarkan. wallawey~
kenangan 18PL ni. (aku dapat lesen P & L time umur aku 18)
antara story yang aku masih ingat~ (N = nazari)


- N dok kt tingkat 3 belah hujung while awek N dok tingkat 11 on the opposite site. bayangkan, senang gile nak skodeng pakaian awek coz ampai just belakang umah je. *pakaian? haha~
- bagi ayam makan kat reban, even dok kat KL taw. N bergilir ngan my other pakcik time tu. bestnye dok bandar style kampung en. *excluded KG BARU.
- area N ponteng skola sambil smoke kat area setinggan dengan rakanRAKAN N yang laen.
- port N maen bola, takraw, lepakLEPAK, tengok joget. *joget?
- skodeng orang maksiat kat lombong titiwangsa. now, is TAMAN TASIK TITIWANGSA. *wallawey~
- walk to VI & ST JOHN during his school age. tempat trak POLIS keluar masuk bawak anakANAK polis gi skola.
- tempat die mandi sungai. now is SUNGAI GOMBAK, as storied sungai ni bersih dulu. now?
- N tengok TUN RAZAK dari umah (jarak dekat) & pada masa tu gak, komunis tengah bom kat area flat tu. *tengok TUN MAHATHIR kt masjid negara pon aku malas.
- tempat N jatuh terhantuk kepala, now tobek tu still ade lagi. :)
- tempat N tengok wayang free. *aku pon penah, tapi ERON bagi masuk la. :P

banyak gile en. "betapa signifikannye tempat ni bagi ayah. 14 tahun ayah dok sini ape. banyak kenangan pahit manis taw." dialog ni terngiang lagi kat kepala aku. mungkin tanda agar aku ingat dimana aku berada, tanah tumpah darah aku sendiri. malaysia, this is place that my heart & loyalty belongs to!

*like father, like son aite?

Monday, May 3, 2010

pesanan NENEK membawa BERITA

2nd may 2010.
bandar tun razak, cheras
" ekau esok bu, kalo poie luar nogori nanti, ekau jangan sampai lupo omak, ayah ekau pulak dah. jangan jadi mcm orang tu, omak dio jual nasi lomak ajo. anak ee blajo luar nogori. bilo dio balek, dio x bori omaknyo jual nasi lomak dah. malu kato ee. dio tak sodar yang nasi lomak tu lah yang membosarkan dan menyekolahkan dio sampai di luor nogori nun. sampai sekarang ha, omaknyo tak jual dah nasi lomak, anak ee pon tak bori duit langsung kat omaknyo. ekau ingatlah tanah tumpah darah ekau ni abu "
*pelat negeri sembilan
dugaan ALLAH untuk hambaNYA. ( sebelum aku dapat tawaran TNB )
- aku lambat time penerangan about TNB yang diberikan oleh pengarah Yayasan TNB sendiri, my oldboys, En Azman.
- iklan pertama yang digunting oleh ayah aku selepas result SPM.
- permohonan aku ditolak mentahMENTAH twice by TNB before interview. ( sebab aku cuai tak letak GCE-O level result )
- PC aku takde ADOBE READER nak tengok shortlisted candidate for interview. ( thank to Aiman Amri that send that software to me )
- aku interview ISNIN, aku dapat taw tarikh interview aku on nearby JUMAAT. *OMG~
- aku struggle for that weekend. fotostat sijilSIJIL, plus sahkan dengan Pengerusi Persatuan Penduduk. baru aku taw yang orang tu adalah jiran aku. anak die selalu kena buli dengan aku time aku kecikKECIK dlu. oh shit~
- aku merantau ke Kg Kerinchi untuk print borang TNB, ditemani cousin aku, kak SHIDA. ingat lagi beli char kuey tiaw kat area tu.
- kemeja takde, terpakse gi beli kt Uda Ocean Pasar Seni. murah tapi berkat.
- ayah aku takde, beliau ke Genting Highland atas urusan kerja. ( semangat mula luntur )
- takde transport nak ke UNITEN, kajang. interview aku pukul 7am. at last, aku dihantar oleh abah, ketua family yang jage aku time kecikKECIK, yang sangat rapat ngan family aku. * tula adik beradik aku panggil die abah, isteri die kami panggil emak.
- susunan sijil aku amat cincai. credits to alina, my sis yang dipaksa susun, then aku upah die rm10. *oke la tu en. :)
- its my first formal interview for the whole life. memang ketar kaki aku wey.
- aku pernah give up nak attend interview ni. sebenarnye, aku tido whole day on sabtu. alina lah yang gave my strength back to mood.
- aku kuar bilik interview dengan penuh kesedihan. aku gagap, gelabah, takde isi time aku cakap. aku amatAMAT sedih dan hampir menangis. aku pikir aku TAKKAN dapat scholarship TNB because aku adalah LOSER & FAILURE time interview tu. :(
- abah send me back home. aku tertido kerana penat & sangat sedih. tak lupe kami sesat selepas antar Bro, STARIAN 059 balek umah kat puchong.
*sume tu ade hikmah kan. alhamdulillah!
now i'm TNB's scholar. :)

Saturday, May 1, 2010

the LAND of KANGAROO

aku penat baru balek friendly ngan team hoki UIA mewakili STAROBA hockey team semalam. penat memikirkan ape yang nak jadi ngan aku ni. takan selama aku struggle ni, aku nak tersadai plak kat KMNS tu. balek je dari solat jumaat di tempat ber'air-cond' yang just stone throw away je dari flat buruk aku yang baru cat tu.

on 3p.m, 30th April 2010

Khairul Azmi : Abu, check emel ko! YTN suda kuar doe.
Abu : Roger bro!

PENAWARAN BIASISWA LUAR NEGARA YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN)

Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah berjaya terpilih bagi mengikuti program biasiswa luar negara tajaan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi tahun 2010.

Berikut adalah butir ringkas tawaran :-
Bidang : Kejuruteraan Elektrik Kuasa
Negara : Australia
Program : Australian Matriculation (1½ Tahun)
Pusat Persediaan : INTEC, UiTM Shah Alam


further words :
ALHAMDULILLAH!
this is not just for me specificly, but also for my family, teachers and friends. thanks for all that ever supported me from the beginning of this skinny yet stingy guy. i'll prove myself worth it!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...