its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Friday, September 2, 2011

salute

hari ini aku kagum dengan seseorang. beliau adalah nenek saudara aku, makteh kepada ayah aku. aku tak tahu bagaimana keluarga besar orang lain. jadi aku cuba buat konklusi untuk keluarga besar aku ini. pada kebiasaannya, orang paling tinggi yang kita kenal dalam hierarki keluarga kita adalah nenek atau datuk. sama seperti aku. jadi datuk atau nenek saudara aku memang aku tak kenal sangat. nama betul pun tak tahu. yang aku tahu hanyalah panggilan dalam keluarga seperti tok long, nenek uteh, tok cik dan sebagainya. apa yang aku kagumkan adalah dia kenal hampir semua adik beradik aku iaitu cucu saudaranya. cucu sendiri pun boleh terlupa nama, apatah lagi cucu saudara. beliau ingat agak detail berkenaan aku; tentang aku nak ke luar negara dan universiti dimana aku harus pergi di sana. tok teh, suaminya pun seakan peka dengan situasi aku dan banyak bertanyakan hal berkaitan dengan universiti dan tempat² di sana. aku kagum dengan keprihatinan mereka. mungkin aku boleh iktibarkan peristiwa ini dengan mengambil tahu dan up-to-date dengan keluarga besar aku. insyaAllah. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...