taiping, perak
hari ini, sepupu aku, kak shida & pasangannya, abang nizam, bersanding di rumah Anjang. warna maroon menyedapkan mata memandang untuk si raja & ratu sehari.malam sebelumnya, kak shida kelihatan gusar. tingkah lakunya diekori ekor mata aku, kenapakah bermuram? esok hari gembira. petang tadi sudah selesai nikah. walaupun bergetar tangan abang nizam, tapi masih salute, one shot bro! *mungkin dah berlatih dah kan?
2. kak shida semasa nikah. terbeliak lagi, disertakan perasaan berharap.
3. kak shida selepas nikah. kembali tersenyum.
4. abang nizam, suami sepupu aku.
alya, pengapit ratu mengajukan soalan. "abu, esok jadi pengapit boleh? nizam takde pengapit la." aku terkejut, namun dengan sopan aku menolak. aku keluar mengambil angin, ternyata angin kampung melegakan fikiran serabut menjadi waras. "siapa lagi nak tolong kak shida, masa aku susah nak cari penjamin agreement TNB tu, kak shida jugak tolong aku. kak shida dah takde siapa dah. bila lagi aku nak tolong kak shida kan. mungkin ini masanya", gertak hati aku. insaf, aku menyatakan hasrat positif aku. anggukan perlahan itu mungkin mengukir senyuman manis si ratu. kalau aku gigit tangan kak shida sampai berdarah, memang darah tu jugak la yang sama dalam badan aku. mungkin tak logik tapi aku A biology dulu. baik kau orang percaya je. :P
esoknya, aku berbaju hijau, bersedia, mental & fizikal. ahli keluarga yang lain semuanya berbaju maroon. memang sedondon. bila lagi nak berkumpul sanak saudara. masa² beginilah janji diatur, tanda ingatan buat saudara yang lain. keluarga kami ada yang berhijrah, mencari masa depan. apa ada hal kalau masa begini kami berkumpul. mesti kecoh, mesti girang. lama tak berjumpa, rindu di hati, aku kau juga rasa.
bahagian paling aku suka, makan beradab. memang aku berkeroncong dari tadi. memang dah rancang tak nak perut beralas dulu. penghargaan khas buat kak shida. setelah beberapa lama aku tak bernasi minyak. hari ini akhirnya. kenyang santapan diraja sehari aku tibai. dah posisi aku tepat, lauk hanya sedepa dari aku. pengantin pulak malu², pengapit la kena take over. raja & ratu suap² pasangan. takkan aku nak suap si pengapit ratu. jatuh la kualiti remaja aku. beliau 23tahun, aku baru 18tahun. aku tahu cinta tak kenal usia, tapi biarlah itu rahsia. haha. kalau dia baca, mesti dia bengang. maaf alya :)
best shot of the day!
nizam & shida
moga kekal ke anak cucu lah. :)
nizam & shida
moga kekal ke anak cucu lah. :)
4 comments:
eheh abu.muka ko innocent je kan kipas pengantin tu.mesti ko nga berangan ko kawen nnt camner.ahaha..
waa...k.shida da kawen~
bertambah besar keluarga kte..
smoga bertambah duit raye tahun ni~
hehe...
husna : bla la. aku rase dekat pulak ke pelamin bile jadi pengapit oh. haha.
kak dz : balek la msia dlu, baru cte psl raya & duit raya tu. haha.
kak shida cantik
:)
*mirazize
Post a Comment