its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Saturday, June 19, 2010

orientasi YTN 2010

16-18 jun 2010
ILSAS, UNITEN
YTN adalah Yayasan Tenaga Nasional. kem ini dijalankan untuk menggarap bakat komunikasi antara pelajar tajaannya & staf YTN sendiri. khususnya adalah untuk mewujudkan jaringan maklumat untuk meletakkan YTN sebagai 1 unit yang mendekati pelajar tajaan mereka dengan menjiwai apa yang pelajar itu sendiri rasa.
pagi hari pertama, aku datang sendiri. aku naik motor aku. memang berat, memang padat. sampai aku nak duduk pun susah. beg tu aku ikat kat belakang motor. nampak kelakar, tapi itu je la kudrat yang aku boleh. kalau aku tak usaha sendiri, siapa pulak nak usahakan untuk aku? :/
aku bergaul macam biasa, macam Abu Hassan yang dulu. kalau siapa pernah jumpa aku sebelum ini, begitu jugalah aku ketika itu. sama, tapi lebih matang dengan lebih jerawat. :P
mungkin nama aku unik, itu sebab orang nak kenal aku. memang nama aku macam orang kampung. kampung aku kat bangsar, KL. itu baru kampung. ada masalah? :)
kita orang ada nama group yang guna nama kereta tempatan. ada perdana, satria, saga & wth sana, wth sini! aku punya KEMBARA. aku ketua kumpulan. kita orang tak lantik siapa² pun. tapi jari rakan yang lain menuding aku jugak. aku diam jela. memang aku dah dilatih camtu sejak aku terlibat aktif dengan PRS (STARAYA) sejak aku 14tahun. walaupun aku bukan ketua, aku masih akan bagi komitmen sepenuhnya terutamanya dari segi percakapan & pembentangan.
buat logo & moto kumpulan.
bab ni memang akan menyerlahkan sifat professional aku ketika berucap. bab ni la yang paling aku suka & memang akan jadi punchline aku sepanjang kem. aku suka sangat sebab ni la masa aku goreng², sampai hangus pun takpe. haha. aku memang suka bila aku nak menerangkan sesuatu. yang memang kenal tu mungkin kau orang tahu sendiri. skil yang mr N dah ajar pun aku praktik kan jugak; buat lawak matang. :)
aku jadi penghulu.
bab ni memang aku sendiri tak sangka. aku bukan bangga, tapi kenapa dalam ramai², aku jugak jadi. kenapa yang lain macam menyendiri? mungkin ini la peluang aku nak meneruskan projek menanam bunga aku. bunga banyak beb. nak gerak tu yang aku malas. tapi takpe jugak, aku sahut cabaran & gelaran penghulu itu. aku tahu yang aku tak boleh buat macam kat sekolah dulu. diam menyendiri. sekarang aku nak keluar dari kepompong hulu gunung tu, aku nak membesar dengan sihat. selama ni aku ikut je, aku malas ke depan, aku segan, aku malu. tapi sekarang, transformasi aku berjalan, belum berjaya, tapi akan jua. aku nak ke depan, walaupun bukan ke depan sangat, tapi sekurangnya kau orang nampak muka aku. kenal aku. siapa aku? aku Abu Hassan. :)
ucapan penutup.
aku memang gementar. percaya la sebenarnya kalau takde mikrofon tu, aku boleh cakap mengikut nisbah & aliran yang betul. langkah demi langkah. aku ada 'microphobia', fobia terhadap mikrofon. aku tak perlu cerita kenapa. tapi aku rasa abbas dah tahu. dalam isi ucapan aku tu, aku dah buat semua benda dalam kepala hotak aku. kecuali 2 benda je.
1. terima kasih kat pihak ILSAS. aku terfikir nak highlight nama Safrizal sebab dia dah potong ucapan terima kasih aku kepada pihak ILSAS semasa pembentangan kumpulan. tapi takpe lah, aku anggap je sebagai pembahagian tugas.
2. aku nak lucut jawatan Fahimah, penghuluwati & Abbas, tuan imam tu dulu. baru aku nak buat pengumuman yang aku letak jawatan. mungkin sebab aku gugup kerana microphobia tu. tapi takpelah, kalau penghulu takde, tulang belakang beliau pun tak perlu lah kan? :)
kalau rakan² YTN dapat baca, ucapan aku adalah;
terima kasih sebab bagi aku peluang sehebat & setinggi itu. aku sendiri rasa gayat tapi aku percaya orang² di bawah aku. perjuangan kita bersama, tak kisah la di mana, tapi bersama kita jua. aku buat group kat FB tu sebab taknak kita terputus hubungan. membazir je duit YTN kalau kita sendiri pasif camtu. use it wisely bro & sis sekalian. kalau nanti ade yang di atas, jangan pulak lupa orang di bawah. hidup ni memang roda, kau orang dah 18tahun hidup. mesti pernah rasa kan? jadi beringat, ingat yang paling atas. kalau kau orang rasa lengang sekarang, bacalah kesusahan orang susah. itu cerita aku, kau orang pulak? mesti macam². this chance is only once. to give it up or seek for the light. choose the brightest ladies & gentlemen. :)

gambar paling banyak komen kat FB aku
mutu gambar tak elok. kalau lah aku ada DSLR, ....

3 comments:

nazrin said...

duh~ entri kau kali ni mmg autobiografi habiss la der... xpe2, nice post dah snanye. dah. tu je nak cakap. semekom.

Abbas said...

Salam~

nice speech abu... =)

"We Got The Power!!!"

Hikayat ABU said...

nazrin : bukan kali ni je. byk kali gak kot. :D
abbas : kau lebih layak sbnrnye abbas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...