aku nak cerita berkenaan bapa aku jugak tapi dengan ucapan yang lain.
encik MOHAMMED NAZARI B. OTHMAN,
SELAMAT MENJADI PRESIDEN SBM YANG BARU!
kalau kau orang tak tahu apa itu SBM, lupakan sahaja. biarlah mereka yang tahu & berpengetahuan sahaja yang faham.
menjadi seorang ketua bukanlah tugas yang mudah. menjadi seorang bapa juga bukan tugas yang mudah. aku tahu mr N mengalami satu situasi berjaga-jaga & bersedia setiap masa. aku sendiri belajar merantau di tempat orang, beliau sendiri selalu keluar negeri. bagaimana pula dengan ahli keluarga tersayang yang lain? beliau berjaya setakat ini. sebagai anak sulung, aku bangga dengan prestasi beliau.
kalaulah diberi peluang bercakap di depan khalayak ramai tentang siapa idola aku, nama pertama adalah Mohammed Nazari. aku sendiri rasa bapa aku ni memang 'remaja'. mungkin sebab kelakarnya yang memang aku sendiri minat. gaya percakapannya yang selalu aku warisi & zahirkan dalam ucapan aku. tingkah laku profesionalnya yang sejak dari kecil lagi, aku sudah terkedek-kedek mengikut. kalau superman tu hero kau orang, nazari hero aku wey. aku akhiri post kali ini dengan petikan lawaknya;
" kalaulah Laksamana Hang Tuah masih hidup, mesti beliau bangga... sebab sejak berkurun lamanya, tahun ini, akhirnya, negeri Melaka jadi tuan rumah SUKMA. "
kalau kau orang tak rasa kelakar, takpelah. mungkin kalau kau orang tengok gaya beliau menyampaikan lawak tu, kau orang pun gelak besar macam aku.
*bro, lu memang hero gua lah. :D
 
 

No comments:
Post a Comment