its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Friday, June 11, 2010

insiden ulang tahun sebulan

9 jun 2010
kota kemuning, shah alam
misi : pemulangan harta benda anak Nazari pada genap sebulan aku bayar cukai jalan.
aku bersama sahabat atas motor aku, Ejad. perjalanan menyusuri Lebuhraya Persekutuan tu merupakan pengalaman yang tak kurang kering gusi dengan lekukan dan juga lencongan merbahaya di sepanjang perjalanan ke sana. sesat merupakan perkara biasa, aku tahu hal itu.perjalanan dengan lori pasir di kiri & kanan begitu menggugat kualiti gelak tawa kami. aku memang dah tahu jalan tapi saja nak bawak Ejad tengok kawasan Kota Kemuning. memang permai, memang indah. masyuk boleh la der!
perjumpaan hanya seketika, tiada sangsi aku & dia sudah tak ada apa. mungkin suratan takdir, hanya diri membawa diri. ambillah kau punya harta, aku memang akan pulangkan, itu hak kau, hak aku tiada langsung. tapi aku harap, jangan ada kesumat dalam diri, jadikan diri kau suci, mungkin ada gunanya di hujung tahun ini. selamat berjaya sayang.
pemergian dengan muka masam dari dua belah pihak. bagi aku, aku tak nak ini kali terakhir di sana. kalau boleh, aku ingin sampai hajat aku nak bermalam di situ tercapai. tapi, aku tiada daya, kau kata STOP, aku boleh buat apa.
hari renyai, jalan licin. motor laju, baru servis.
aku ikut jalan mana pun aku tak perasan. hanya papan tanda kunci pergerakan. selekoh kiri mendatang itu, aku kena ikut jalan motosikal. dah orang buat, takkan aku nak lanyak juga berhimpit di kawasan kereta, lori bersepah. aku brek perlahan nak bagi perlahan, tapi jalan licin, brek lepas servis memang cengkam, macam orang sane kemut dekat orang sini. aku senget ke sebelah kiri. nak elak lebih teruk, aku lompat la. motor calar aku peduli apa, janji tubuh aku tak jadi apa². aku selamat, motor pun selamat. calar pun tak ada. aku pelik tapi ini berkat. perjalanan balik aku ke rumah memang siput. aku tahu memang lambat tapi aku nak selamat. aku dah boleh drift sikit². ini bahaya. tu sebab aku siput, janji aku selamat. ouh aku lupa, setakat lebam di kaki takkan nak kecoh pulak kan? takpe lah. lupakan sahaja.
13 disember 2009
KLCC

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...