its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Tuesday, June 5, 2012

Semangat yang hilang


ini adik aku. Ahmad Syawal namanya. baru je masuk belajar di UiTM Lendu. Apa yang aku bangga dengan dia adalah semangat. semangat yang hampir padam dalam diri aku. sedikit tentang impian dia.

"Aku nak jadi Gabenor Bank Negara"
"Aku nak buat degree kat oversea macam kau jugak Abu"

nampak kan? anak muda berjiwa besar ini memang patut dipuji. Impian dia tak pernah putus. mungkin pendidikan dia tidak sepantas kebanyakan orang tapi semangat itu yang perlu untuk apa sahaja. kami yang datang dari keluarga yang tidak berapa mendesak untuk belajar ni sememangnya hidup senang awalnya. Tiada siapa nak marah kalau markah rendah ketika keputusan, bersukan giat sekali. adik aku ini sendiri pernah dipanggil untuk Team Bola Sepak KL dan juga kelab futsal sekitar KL.

Namun semua itu tak menjamin masa depan. saat dia hasratkan impian dia nak sambung belajar selepas SPM, aku girang sekali. semangat itu yang patut ada dalam diri semua orang. belajar setinggi mungkin. mungkin cemburu dia terhadap adik beradik lain buatkan dia punya impian besar. berkekalan hendaknya.

sekarang, siapa yang pernah melihat dia sebagai seorang yang 'low-class' dalam adik beradik kami boleh tutup mata dan berambus. sakit hati aku lihat dia dipandang rendah sementara aku pula disanjung tinggi. puiihh, aku tak mahu itu semua dan aku takkan putus asa untuk keluarga aku.

Okay, sekarang aku pula kena ada semangat seperti Syawal untuk terus belajar. 2 minggu lagi peperiksaan semester aku. doakan aku pembaca sekalian. doakan juga adik aku terus kuat belajar. masa bermain sudah tamat, ini masa membina karekter dan diri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...