its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Showing posts with label RADAE. Show all posts
Showing posts with label RADAE. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Angin Broga

di atas puncak Broga ini, aku terfikir sejenak tentang keseronokan bermain remaja. tak lama lagi, aku pun nak menginjak ke umur yang baru. tak pasti pula tentang keremajaan diri. maklumlah, umur dah puluhan. aku banyak berfikir sekarang tentang pilihan diri. haruskah aku tinggalkan segala yang ada di sini, demi sebuah impian yang belum pasti? apa yang ada sekarang, cukup benar buat aku bahagia, buat masa ini. tapi apa yang ada di benak fikiranku, cukupkah semua ini untuk teruskan rasa bahagia di dada, dalam mengisi satu lagi benak harapan dalam diri? berat rasa hati, bagai membawa lori 3tan, nak meninggalkan semuanya; tanggungjawab, kasih dan semestinya bahagia. apa yang perlu diteruskan, harus jua aku teruskan. biar putih tulang, jangan putih mata, bak kata pujangga dahulu kala.
hari ini aku di puncak Broga, 400m tingginya dari laut, harap esok aku di puncak Queensland pula. agar semua harapan di bahu akan lerai, bagai embun tatkala tiba masa siangnya. aku harap pergi dan kembali nanti, dengan penuh redha orang tua, penaja dan semua yang menyokong. doakanlah aku agar tetap tabah dan kuat menggalas setiap apa yang ada di bahu, biar jadi seorang perintis watan dan pengharum bunga tunggal di taman Cik Din, suatu hari nanti.

Monday, August 29, 2011

kad dan keychain

hari ni memang layan gila. berbuka di HR steak house dan lepak di Marakesh. rakan² KCI dulu jadi peneman kali ini. Ejad, Ezwen, Ady, Dollah, Ali, Mai, Miras dan Aniq, si istimewa yang bakal ke UK bulan depan. tak terlupa Dyra yang terpaksa pulang awal.

aku suka hari ni sebab dapat jumpa kawan lama, makan sedap², dan bershisha bersama RADAE. tak terlupa aku dapat kad yang membina semangat dan keychain menarik hasil tangan Mirazize. hanya ucapan terima kasih yang dapat diberi, tanda terharu dengan usaha mereka.

in one word : congratulations.
in two word : well done.
in three word : you did it!

konklusi : sepetang bersama rakan² seperti ini memang tak rasa langsung masa berlalu pergi. I do had a great time and jumpa lagi rakan sekalian. :)
*kalau boleh kumpulkan semua lagi best. :D

Thursday, June 24, 2010

RADAE & the gang

ini adalah entri khas buat rakan² KCI. aku terkilan tak dapat jumpa beberapa orang tapi aku faham. masing² sudah sibuk. nak puaskan hati semua orang memang susah. sekurangnya, puaskan hati sendiri dulu. sambil baca, dengarlah ini, 'nukilan rasa tanpa suara' mereka fenomena dalam gelora jiwa ombak kacau aku. lepak dengan mereka bukanlah asing sangat bagi aku sekarang. memang selalu merayau keluar kota, bersama. ditambah perencah gadis² Puteri Wilayah dengan hilai & kekekan gelak tawa dari kau orang. memang rindu saat dulu. bermula di taman tema Lim Goh Tong sampai sekarang. aku nak lebih masa, lebih tenaga. jangan letak noktah lagi di sini!
mereka kenal aku sebagai Abu Hassan yang sangat agresif, kecoh, gila, kelakar, tegar, & adventurous. mereka kenal aku tanpa siri kecemerlangan-dalam-peperiksaan, tanpa keberanian berucap, tanpa poket penuh. hanya Abu yang ringkas, nampak selekeh tapi sebenarnya berkaliber.
jadi, setelah jutaan minit aku korbankan untuk mereka, mesti ada juga tanda perpisahan. mungkin bukan sekarang rakan². tapi kelak, aku pun terbang jauh. kau orang tinggal di negara sendiri, bikin jiwa serabut jadi gila². memang gula² saat ronggeng dulu. tu aku takkan lupa. kalau senang, kita akan selalu berjumpa. mari kita sambung belajar rakan², kejar impian hati, bina masa depan untuk keluarga kita. gerak kita maju, mundur aku tarik ke depan.

selamat jalan ke Jengka

izzul, mirazize, mirazaty. kau orang seronok la ada cawangan kita di sana. elok² la di sana. lupakanlah wayang, McD, bowling sebentar. aku tahu hutan memang susah nak jumpa kesan tayar tren pun. tapi apakan daya kita. belajar memang camtu. susah² sekarang, senang² kemudian. nanti aku nak kira hasil kekayaan & aset² aku, aku panggil kau orang jugak kan. aku tak nak cakap panjang, selamat jalan rakan². :')
sebenarnya, aku rindu RADAE shisha's out la. bila lagi Carlos?

Friday, June 4, 2010

surat cinta pertama

3 jun 2010
sentul, ampang, bangsar
aku bosan sekitar jam 3 petang lalu aku mesej ejad, kata aku nak gegar Sentul sekarang gak. aku pun mencapai 'tools' mat rempit aku; helmet, kunci motor & not-to-forget dompet yang ade IC dengan lesen P, tanda aku sudah sesuai di atas tar. Lebuhraya Mahameru dah takde hal la kalau 110 km/j tu. corner sikit² dah adat dah. kalau tersasar, pantas aku tekan brek kaki. cuwak tersadai di tepi jalan pulak. jadi, misi untuk gegar sentul pun bermula!
1. aku gegar rumah nenek ejad. aku gegar cukup² anak jasmin ni. aku gegar sebab syera, adk die takde kat situ. kalo ade, aku lah yang jadi kaku. kalau nak sound aku meroyan pun detik tu, lantak hang lah. :D
2. aku gegar rumah ady. jumpa la amir, sahabat sewaktu hingusan ady. amir ni pakai LC merah. bile LC merah & LC putih dah cantum, agak² jd robot cam transformer x? haha. :D
3. aku gegar rumah bella. bella masih dengan fesyen 'polis trafik dengan kaca mata merah' die. die ter-kinja² macam ayam kena palu. ape style entah tangan die. nak kate hip hop, takde la sharp sangat pergerakan die. kalau la aku bawak kamera aku, nak je aku snap gambar die. kali ni mungkin dengan tajuk 'polis trafik berkaca mata merah yg ter-kinja² depan rumah sendiri'. haa, kali ni mesti die bace blog aku sebab die dah cakap yg blog aku cool. aku sendiri tak kata blog aku cool. lantak hang lah. haha. :D
4. aku gegar rumah nana. projek gegaran tak berhasil sebab nana keluar. tapi aku pujuk gak die lepak kedai mamak dengan aku, ady & ejad. 2 kedai mamak kami singgah, lebih 2 jam kami lepak, semuanye sebab hujan lebat sangat. aku dah la tak bawak baju hujan. nanti nak race kat highway DUKE pun gigil. haha. sejuk & sakit membisa kena hujan. nak rase? kau orang pegilah. aku letih. :)
tapi aku redah gak hujan tu. ejad dah hilang entah ke mana sewaktu kita orang berteduh di tengah jalan. baju aku basah, nasib baik handphone aku dah letak kat bawah seat. kalau tidak, mungkin kau orang akan rindu nak call aku malam², nak mesej aku siang². semua tu dah terjadi time phone aku hilang dulu. baru kau orang tahu penangan abu hassan anak nazari ni. :D
aku isi full tank , then gerak gi bangsar. aku nak mandi dulu. takut demam sebab aku amat diperlukan untuk update hikayatabu ni. :P
aku dikejutkan pulak dengan bisikan & rajuan anak² ikan UM (PASUM) nak melantak shisha kat bangsar baru. sebagai tuan rumah, aku pun pegi la. kali ni panda, sharip & mamat terlibat. best gak lepak dengan dia orang. at least, aku tahu yang budak² PASUM takde la hectic sangat sampai tak bole keluar malam macam budak² asasi UIA kat PJ nun. :P steak & shisha vanilla was a not bad combination guys!
kami pun nak pulang ke destinasi masing², kali ni aku dikejutkan dengan surat berwarna putih, dengan tulisan ala doktor & lambang polis diraja malaysia. aku diutus surat cinta dari mereka. :(
kesalahan : parking di tempat yang salah & mengganggu lalulintas.
memang salah aku pun, aku akui. so aku tak nak herdik sape² di hikayatabu yang suci ni. ini surat cinta pertama. aku akan cuba elak surat cinta kedua dengan kesalahan yang sama jugak. so, see you guys around, cops. :)
tapi kalo surat cinta atas kesalahan speeding, sory la. dah bakat terpendam aku untuk bersaing. takkan la aku nak sia²kan jika peluang dah berbogel depan mata kan. :)
aku nak langsaikan hutang ni secepat mungkin. tapi aku tak tahu berapa ringgit la. haha. :P
*aku ade duit ke? alahai~

Sunday, May 30, 2010

polis trafik bertudung dengan kaca mata merah :D

30 may 2010
bangsar & PWTC
kenduri
majlis kesyukuran aku bermula selepas zohor. ramai gak la ibu jemput. pagi tadi, aku kena bangun awal. angkat kerusi meja tu sume ke umah aku. laukpauk sume kena bawak dari tingkat 7. credits to jajan's mom. mak ko masak memang sedap bro. dari dulu lagi aku suke datang open house umah ko je taw. makan best, duit raya masyuk :D rakan² aku datang around 2p.m. antara menunye, kari ayam, ikan masin, sambal belacan, spagetti ayam & kuehmueh tempatan. tak ramai orang pun yang datang. sume tu dah dijangka. hanya beberapa budak² KCI je yang datang. tapi thanks sangat² sebab datang. not even single VIOVIX was there :( tapi aku sangat² memahami, dorang sibuk dengan study masing². gudluck for your future guys !
PWTC
selepas kenduri, aku ke PWTC. youth festival 2010. aku hanya berminat dengan futsal je sepanjang masa aku kat sane. atleast aku jumpe syazwan, si budak celcom. bole la lepak² dengan die yang 1 kepala ngan kitorang. bella pulak hilang entah ke mana. mencari sinar flash kamera kot. aku pun keliru. lantak ko la wey. sangat² bosan & penat. gembira yang dicari, letih yang dapat. :(
kendara
aku sampai je umah about 8p.m. aku digegarkan dengan berita yang aku kena bergegas basuh pinggan mangkuk. aku pun merekrut syafiq, hafiz, shahrul, wan & fitri untuk melangsaikan beban tersebut. aku pun 'paw' ibu pizza. yeah! kitorang melangsaikan beban tersebut secepat mungkin. then, sume lepak umah aku, makan pizza sambil tengok kemenangan England keatas Jepun 2-1. yeah!

bella, mirazize, ejad, nana, ady
plus : si comel azimah :)

bella, si polis trafik bertudung dengan kaca mata merah :D

bila rid & dolah nak balek PLKN ni. RADAE will bond up soon yo!

*kenduri = sebelum majlis, kendara = selepas majlis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...