its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Showing posts with label kejayaan. Show all posts
Showing posts with label kejayaan. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

tribute


found it on tumblr and post it right away.

aku ingat lagi bertungkus lumusnya aku pergi ke Perpustakaan Bestari STAR untuk pinjam buku Harry Potter. buku² macam ni memang selalunya dah buruk dan terkopek kulitnya. tapi aku jaga elok² sebab taknak koyakkan dan kena ganti. aku juga ingat lagi betapa bergunanya kamus tebal yang aku beli masa kat sekolah dulu. aku ada buku 555 untuk letak words yang aku tak tahu maksudnya. aku akan cari dan tuliskan maksud words tu at that very moment. payah gila nak baca dan cari dalam masa yang sama. dalam 1 muka surat tu adalah dalam 5 perkataan aku tak tahu maksud. syukur dengan cara itu, aku dapat improve and polish English aku sikit². jeles jugak bila tengok adik² aku sekarang kalau baca novel, mesti ada kamus BESTA kat depan. senang gila nak cari. taip je words tu dan senang gila dapat. tak payah susah payah nak belek² kamus. aku dapat banyak gila teknik nak buat esei dari buku Harry Potter. lagi² untuk esei cerita masa SPM. jauh perjalanan, luas permandangan, banyak kenangan, kejari impian.

*aku tak ingat siapa suruh aku baca tapi aku baca untuk someone la. :D

Saturday, December 3, 2011

Kem BTN



Kem Bina Negara Alor Gajah
28 November - 2 Disember 2011
Group 1 - Aziz, Londam, Jeff, Syamim, Ten, Syu, Dayah, Sarah, Umy, Aini, Amani.

aku adalah golongan minoriti dalam kem ni. kebanyakan peserta adalah dari Kolej Mara Banting. memang tak kenal orang tapi ini adalah peluang terbaik untuk berjumpa kenalan baru. kem ini diwajibkan untuk semua rakyat Malaysia yang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara. jadi, aku tak terlepas dari kewajipan ini. aku datang sebagai seorang yang terpaksa pergi ke kem ini namun, aku pulang sebagai seorang rakyat yang bersyukur atas usaha Bapa² Malaysia dalam usaha mereka mendapatkan kemerdekaan. aku akhirnya faham tentang konsep keadilan sosial, penerimaan dan sedikit perkara dalam Perlembagaan Persekutuan. syukur alhamdulillah.

secara konklusinya aku rasakan, crowd tak best sangat, love the food damn much, aktiviti best jugak la. aktiviti yang aku rasakan paling terkesan sekali kepada diri sendiri adalah Kembara Minda. meremang bulu roma aku bila tenaga dan kesepaduan ditunjukkan oleh semua peserta. aktiviti ini sampai membolehkan aku menangis sebak ketika menyanyikan lagu diatas ini bersama rakan² lain. aku juga mendapat pengalaman mengenali 2 gadis dari KMB yang agak sempoi tentang pelbagai perkara iaitu Bro Amim dan Bro Ten. aku sampai panggil mereka dengan gelaran 'Bro' sebagai sedikit penghargaan atas sikap mereka itu. yang tak best sikit mungkin adalah ketika Forum. sebagai pengajaran kepada aku, jika tiada pengetahuan yang menyeluruh dalam sesuatu perkara, berilah mereka yang lebih arif untuk bercakap berkenaan perkara tersebut. maafkanlah kesilapan aku jika ada rakan ² peserta yang dapat membaca blog ini. harap maaf dan jumpa lagi.

Friday, September 9, 2011

Jumaat yang hujan

harini hari jumaat. jadi lelaki seperti aku wajib la pergi solat jumaat yang seminggunya sekali ni. aku dari kecil memang dah terbiasa dengan konklusi bahawa hari jumaat ni susah sikit nak hujan, selalunya panas² redup je. fikir aku, itu kuasa Maha Esa nak memudahkan umatnya pergi solat jumaat. memang selama aku hidup, jarang sekali hujan ketika hari jumaat. selalunya gerimis sebelum atau selepas solat jumaat sahaja. aku dah lama dah perasan perkara ini dan pernah dijadikan topik perbualan dengan rakan. yang bestnya harini, aku solat jumaat tadi tika hujan lebat mencurah-curah di Bandar Shah Alam ni. aku tak pernah rasa pengalaman macam ni. kuasa Tuhan nak tunjukkan kuasanya kepada hamba-Nya ini agaknya. ape pun, aku syukur sangat yang aku berpeluang merasai hujan ketika solat jumaat tadi. kepada sesiapa yang ponteng solat jumaat harini, anda rugi. akhir kata, Allah itu Maha Pencipta. Subhanallah. :)
*aku bukan nak cakap yang aku alim. sekadar renungan diri.

Tuesday, September 6, 2011

positive

ini masa aku berfikiran positif untuk mengelak propaganda lagi. mungkin bukan aku seorang. apa yang penting masa ini hanya akademik. aku kena all-out untuk trial 21-30 September 2011 ini. respond untuk perkara positif sahaja taulan. jangan ambil pusing yang negatif. bukan semua buruk itu ada pada kita. perjuangkan apa yang hak dan benar. perlahan pun takpe daki tangga kejayaan. yang penting jangan ambil mudah dengan guna eskalator sahaja. mari mari kita kasi score itu ATAR dan pacak bendera Malaysia di down under.

*rentetan mendapat markah yang tak disangka boleh. syukur.

Monday, August 29, 2011

kad dan keychain

hari ni memang layan gila. berbuka di HR steak house dan lepak di Marakesh. rakan² KCI dulu jadi peneman kali ini. Ejad, Ezwen, Ady, Dollah, Ali, Mai, Miras dan Aniq, si istimewa yang bakal ke UK bulan depan. tak terlupa Dyra yang terpaksa pulang awal.

aku suka hari ni sebab dapat jumpa kawan lama, makan sedap², dan bershisha bersama RADAE. tak terlupa aku dapat kad yang membina semangat dan keychain menarik hasil tangan Mirazize. hanya ucapan terima kasih yang dapat diberi, tanda terharu dengan usaha mereka.

in one word : congratulations.
in two word : well done.
in three word : you did it!

konklusi : sepetang bersama rakan² seperti ini memang tak rasa langsung masa berlalu pergi. I do had a great time and jumpa lagi rakan sekalian. :)
*kalau boleh kumpulkan semua lagi best. :D

Wednesday, August 24, 2011

how to register your car as NGV

akhirnya, kereta aku tu officially a Natural Gas Vehicle (NGV). yeah!
untuk menjimatkan duit, aku sendiri berurusan untuk mendaftarkan kereta aku. jika menggunakan ejen, mungkin upahnya RM400 dan jimat masa. kebetulan aku bercuti, sengaja aku buat ini semua sendiri. kali pertama terlibat dalam hal sebegini memang pening dan kena banyak bertanya. aku terasa nak share benda ni kat orang lain yang mungkin mengalami pengalaman serupa ini.
this post is in Malay, you guys who didn't understand may translate it.

1. Periksa Kebocoran Gas.
pergi dekat bengkel dimana anda install tangki NGV anda. mereka akan periksa dan mengesahkan tiada kebocoran gas. jika bocor, anda boleh minta mereka tutup kebocoran itu secara PERCUMA. itu bukan salah anda. kita hanya pengguna. anda mungkin diminta membayar sedikit wang untuk Sijil Pengesahan Keselamatan. aku kena bayar RM100
mungkin akan memakan masa sedikit jika nak tutup kebocoran gas tu. jika tiada, mungkin mengambil masa dalam 5-20 minit.

2. Dapatkan Geran Kereta.
yang mana ada dekat tangan sendiri memang senang. kes normal biasanya geran mereka ada di bank. selalu berlaku jika anda membuat pinjaman kereta. jadi, pemilik hendaklah pergi ke bank yang kenderaan mereka didaftarkan. yang tinggal di KL tetapi mendaftarkan kenderaan mereka di negeri lain, anda boleh berhubung dengan bank tersebut. streskan kepada perkataan 'pemilik', hanya pemilik kenderaan sahaja yang dibenarkan untuk menuntut geran itu. jika anda bukan pemilik, anda hendaklah mendapatkan surat kebenaran (authorization letter) daripada pemilik. surat rasmi bertanda-tangan je.

3. Pergi PUSPAKOM.mana² Puspakom boleh. takde hal. kalau boleh datanglah seawal jam 9 pagi. anda akan menyesal jika datang lambat seperti saya. kena beratur panjang dan banyak menunggu. mungkin boleh bawa bahan bacaan (ada orang siap memancing lagi). bayaran sebanyak RM25 dan isi borang kebenaran pemeriksaan oleh Puspakom. pemeriksaan itu hanya mengambil masa kurang dari 30 minit. yang lama hanyalah menunggu giliran dan keputusan Puspakom sahaja. mekanik mereka pantas dan bekerjasama. kredit untuk mereka. jika anda gagal pemeriksaan Puspakom, sila kembali ke nombor 1. jika lulus, teruskan ke proses seterusnya.

4. Hantar Semua Dokumen ke JPJ.
dokumen ini semua adalah seperti Sijil Pengesahan Keselematan, Geran Kereta dan Sijil Lulus Puspakom. anda hendaklah mengisi beberapa borang. baca sebaiknya borang itu. kes aku tadi, aku upah ulat² ejen² kat kawasan itu. senang dan pantas sedikit. perkhidmatan JPJ adalah percuma. anda akan menerima geran baru selepas itu.

5. Pulangkan Geran kepada Bank.
jika pinjaman kereta anda sudah lunas, kerja anda sudah selesai. jika belum, pulangkan kepada bank seperti di nombor 2. sesiapa pun boleh pulangkan geran untuk anda, tidak semestinya pemilik kenderaan.

SELESAI. kos untuk semua proses ini adalah RM125. jimat RM275 dan hanya mengambil masa selama 2 hari. selamat berjaya kepada sesiapa yang ingin mendaftarkan kenderaan mereka sebagai NGV.

*guna gas memang jimat. berbaloi.

Wednesday, August 17, 2011

effort

Madam Syarmila Shuib

biar aku ingat hari ni dengan jelas. tatkala status aku menjadi perhatian pensyarah yang punya banyak lagi kerja dan anak murid yang lain. terharu aku jangan nak sangkal lagi la. thanks madam.

Sunday, July 24, 2011

mental 1.0

tengahari tadi, aku disapa seorang rakan bertanyakan tentang sesuatu. aku jadi terdiam dan terkenang. sumpah aku taktahu nak kata apa. tapi aku jawab juga dengan buah fikiran. takut tersalah cakap. macam mana soalan macam tu boleh keluar dari dia? ada tulis kat muka aku ke?

aku mula nak buat post ini selepas situasi di atas berlaku. okey la. weekend ni mungkin ramai tengok aku mental, stres, moody, bersuara tinggi, jarang senyum, marah orang dan macam² lagi. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. ya, aku agak bermasalah baru² ini.

haish, apa yang diharapkan dari tahun lepas tak kesampaian. ada hikmah dan pengajaran buat aku. tak semestinya aku boleh 'collect' macam aku main dengan team bangsar. senang² je nak 'collect' hadiah. kena banyak belajar erti rendah diri dan kerjasama. tapi memang nampaknya takda rezeki. segala penat yang dicari tidak berbaloi untuk rakan lain dan adik². meski itu, aku dapat belajar satu. orang hebat permainannya pun hebat, bukan mengejar menang tetapi mencari kepuasan. kata aku, aku puas dapat main cantik. cuma penyudah je yang tiada. harap adik² boleh sambung semangat ini. teruskan dengan aksi 'fairplay' dan keras.
*lelaki bersukan tak lembik.

Saturday, April 30, 2011

best week of AUSMAT's 2nd semester #2

problem solved. yeah!
jadi, sebelum final yang teramat membangkitkan stres ni, aku dan Ammarah bertemu janji di Nilai. memang perkara biasa aku akan ke sana dan menjamu selera sebentar bersama. kemudian datang ke rumahnya dan bersembang pula dengan keluarga dia. perkara paling menarik di rumah Ammarah adalah si Zahin, seorang budak yang comel dan manja perwatakannya. selalunya, aku layan la si Zahin ni. budak kecil kan. memang suka dimanjakan. aku rasa besar nanti mesti romeo gila budak ni. :D

nak dijadikan cerita, sewaktu aku dalam perjalanan ke sana, lalu lintas amatlah sesak. Lebuhraya KL-Seremban memang selalunya macam ni ketika hari Sabtu. oleh kerana aku naik motor je, tak terasa sangat la kan. yang paling aku kecewa adalah sikap pemandu kereta yang menggunakan laluan kecemasan semata-mata nak mengelak jalan yang sibuk itu. memang menyusahkan jika ada perkara² kecemasan.

kebetulan pula ada ambulans yang membawa pesakit minta diberikan laluan di jalan yang penuh sesak tadi. lorong kecemasan yang memang telah penuh dengan kenderaan pada awalnya tidak membantu pun. mungkin nyawa seseorang di dalam ambulans itu dalam bahaya atau beliau sedang tenat. kasihan beliau. ini semua hasil dari sikap pemandu² di Malaysia sendiri. lagi menyedihkan adalah apabila ada kenderaan (selalunya motor atau kereta) yang mengekori ambulans itu dari belakang, semata-mata untuk mendapatkan laluan pantas (baca : fast track) dan secara tidak langsung mengambil kesempatan.

apa aku buat?
tak perlu cerita lah. biar aku dan mereka yang tertentu je tahu. tapi serius shit style gila. :D

*masih terngiang lagi pesanan dari seorang Aunty. :)

Thursday, April 28, 2011

best week of AUSMAT's 2nd semester


25 - 29 April 2011
here I am. sitting with a bunch of other AUSMAT 22 friends while watching and listening to those Research Project student that presenting their RP Outcome. this week is the last week of learning in AUSMAT for this semester. this week is such a joyful moment for me. i'll remembered this week for my entire life I guess.

Reason 1
I got less and relaxing class almost entire week. most of the class in the evening was cancelled and some of the class is shorten from 2 hours lecture time to 1 hour or less. I even already pass up the Physics' Issue Analysis, one of AUSMAT Internal Assessment to my lecture this morning.

Reason 2
I beat Miss Fatin Fahani, my classmate in two test for different subjects. she is one of the competitor in the class and scored second highest mark in almost every tests and quizzes behind our class rep, Mr Syakir. I am quite envy with her almost entire semester because of her high achievement in academic and co-curriculum. I am back on track I guess.

however, I got a few conflict in relationship recently and it sucks! maybe I should control my attitude and the way I speak.

Tuesday, April 19, 2011

kawan vs sahabat

baru² ni, aku banyak terlibat dengan insiden² untuk membezakan dua istilah ini.
'kawan ketawa' ada di mana-mana, 'kawan menangis' susah dicari
(Pepatah Melayu)
kita lebih mudah berjumpa dengan 'kawan ketawa' dari 'kawan menangis'. kita digalakkan berkawan dengan semua orang. namun dalam berkawan, kita hendaklah berhati-hati untuk memilih sahabat. 'kawan' dan 'sahabat' mempunyai maksud yang hampir sama, namun mempunyai implikasi yang berbeza
(Fadzli Yusof, 2007)
peristiwa² menarik yang terjadi.
KES 1
aku putus cinta setelah 2 tahun cinta mekar berputik. rupanya dalam diam², buah hati aku bermain kayu tiga. minggu tu aku tak boleh fikir, tak rasional. habis akademik aku jatuh. aku sangat sayangkan dia. susah nak lupakan orang yang kita dah sayang.

KES 2
aku ada masalah keluarga sedikit. hal ini besar. kalau boleh, aku taknak kehidupan bahagia kami selama ini menjadi porak peranda. kawan², tolong doakan kebahagiaan keluarga aku. selama ini mungkin banyak keluarga aku sumbangkan kepada kau orang. ini mungkin masa yang sesuai untuk membalas jasa.

KES 3
aku cuai sikit. banyak barang aku hilang. yang paling sedih, aku hilang dompet. banyak benda nak kena buat ni. IC, lesen, kad bank. arghhh, macam². aku jatuh ditimpa tangga pulak. kunci motor aku pulak hilang. habis satu pusat beli belah tu aku pusing. tak jumpa jugak. kalau boleh aku taknak menyusahkan orang.

KES 4
hari ini hari lahir aku. aku macam takde mood harini. dalam kelas macam tiada respons dari rakan sekelas lain. kalau hari lahir orang lain, mesti orang itu akan terkena (prank). mungkin ada kek dan sambutan kecil. tapi orang buat bodoh je. kenapa?

kepada yang mungkin terasa,
aku minta maaf awal². aku post kan pasal isu ni untuk aku kenang dan muhasabah diri. layakkah aku bergelar sahabat kau selepas apa yang aku buat pada semua kes ini? manusia tidak sempurna. hanya Allah sahaja yang sempurna.
*'aku' dalam kes di atas bukan Abu Hassan eh.

Thursday, April 7, 2011

cerita lama

kau dulu suatu harapan
bersama engkau sangat manis rasanya
dekati kau memang impian aku
kini kau lari
kenapa?

mungkin sekarang aku kurang masa dengan kau
aku tak pandai bahagi masa
ini pengakuan
aku tahu kau punya banyak sangat masa

jangan merajuk sayang
aku cuba selaratnya
mungkin kau tak cukup puas hati kan?
tolong jangan lari jauh sangat
nanti aku rindu :'(
*ini buat aku rindu zaman sekolah. :(

Sunday, April 3, 2011

i-KASPRO

abbreviation for Karnival Sukan Pelajar Program Persediaan Luar Negara. its like an competition with a few type of sports held in INTEC.

this weekend was so awesome, energy-consuming and full of cembeng-ness. i took part in futsal like usual. she was here, playing futsal too for KMB. watching her playing futsal was fascinating but poor her, KMB lose in penalty shoot-out. maybe without her other teammates, she can't play with all her heart. I played for INTEC B. we sent two teams. the other one is a new team that newly-groomed last February. they didn't manage to go to the semi-final. its okey guys. u have done a great and wonderful job when I watched you guys' match with UiTM Johor. INTEC B lose with UiTM Johor in the final. they were tough and skillful. so, we got 2nd for this tournament. climb up the stairs INTEC dragons. :)
the best part about this weekend was having chit chat at swing in Cemara. oh my god, I'm imagining it along time ago since my first sem. thank god you were here Ammarah. it boost me up while playing. :P
the thumb-down thing was I got 2 yellow cards in this tournament. it is my first time getting 2 in a tournament. haiyoo. -.-"
still with the number 8 legacy.
*dah dah, got to do physics Issue Analysis. :(

Thursday, February 3, 2011

done

blog dah siap. yeah !
dalam suka ade pulak duka.
bosan cakap je wey. :(

Thursday, January 20, 2011

prank

ini idea lecturer aku untuk prank the HOP. even not on her exact birthday but the show still goes on. :D
kerja aku cukup mudah; bergaduh dengan nenek kebayan. pergaduhan yang kononnye lakonan tu aku ibaratkan macam ultraman hensem lawan raksasa scary macam dalam tv tu. fire dorang tu je tukar jadi kata-kata herdik dan sedikit kesat. setelah lama marah dan benci dikumpul, memang sedap jugak kalau dapat dilepaskan secara total. kerusi tu jela tercacat sikit dihempas keras. habislah perkataan 'Displinary Court' keluar ketika sedang rancak aksi pergaduhan berlangsung. namun aku tak cuwak pun dengar perkataan tu memikirkan kek Chocolate Indulgence sebagai bayaran lakonan professional aku. last but not least, Happy Belated Birthday Madam. :)
*rugi tak bagi penampar. :(

Thursday, December 2, 2010

KARiSMA 2010

kontinjen INTEC terdiri daripada staf² dan para pelajar yang aku tak konfem berapa jumlahnya. perkara pertama aku belajar, Kolej Cemara tak best langsung. memang la dekat dengan macam² dan aku memang fokuskan dekat karaoke jamban Ole - Ole tu tapi aku rase memang serba tak kena duduk kat situ. hostel tak best lah senang cerita. seperti post sebelumnye, aku terlibat dalam 2 event; futsal dan hoki.
FUTSAL
Intec 3 - UiTM Kedah 0
Intec 1 - UiTM Puncak Alam 4
Intec 2 - UiTM Kelantan 3
HOKI
Intec 1 - UiTM Terengganu 0
Intec 0 - UiTM Shah Alam 3
Intec 0 - UiTM Penang 2
both game kalah di quater final. aku target both boleh pergi semi final sebenarnye tapi aku sendiri sedar yang ade clash antara game tu yang menyebabkan aku tak dapat main. contoh terbaik adalah bila futsal team lawan puncak alam tu. bukan first team ade tu. aku rase tu yang kena bantai sampai 4-1. kalau Uchai dengan aku main, memang harapan la nak gol banyak² macam tu wey badigol. at least aku dapat elaun RM90 sahaja + 1 set track suit. balik la aku selepas 1 hari di bilik Ajay training main poker kat FB tu. thanks Pisto tumpangkan aku balik.
insyaAllah next year, aku nak fokus kat futsal je. even hoki memang hidup mati aku, aku rase takde player yang best macam this year's team. setakat SAF tu boleh la kot aku main. depends on junior next year lah. doa je ade junior bagus² next year. amin~
baju bersaiz M tu memang untuk kau la budak tengah exam. sayang sangat M tu kan. amek amek. :)
*

Sunday, November 14, 2010

100 - exam tamat = holiday

dah lame aku gian nak buat 100th post ni. tapi aku sabar untuk post after exam. final pun dah habis. macam² plan dah aku terbayang. tinggal proses pelaksanaan je. KLIA, tunggu saya sampai sane lagi ye. :) so with that, aku letak jawatan sebagai class rep BENMawesome semester 1. hope to see you guys except nenek sihir next sem. jangan bagi aku class rep lagi ea. aku nak tidur tanpa rase bersalah dalam kelas tu doh. :)
cuti semester telah tiba. masa untuk berseronok! :D
conclusion for recent examinations :
Islamic Studies - benda dah ade dalam diri. boleh skor punyelah since aku memang dah lulus. thanks to carry marks!
Chemistry - boleh buat sebab test 1 aku dah fail. so macam semangat la for final ni. boleh A rasenye.
Physics - susah and i'm quite blur to do it. maybe sebab kepenatan lepas hockey practice during weekend tu. calculation part yang kononnye niche area aku tu pun banyak kantoi. padah tidur dalam kelas la niii.
Mathematics - as it is our my favourite subject, i'm quite sure to score with flying colours. harap kat maths jela pun nak naikkan pointer aku. :P
IELTS - selepas siri listening training dalam bilik, aku still tak faham accent² yang laju gila nak mampus dan sangat pening tu. haish!
C++ programming - thanks to carry marks again. aku buat rilek dan boleh terkedek keluar awal sebab aku hanya perlu lulus. kenapa nak struggle pun kan. :D
THE END!
for now, i'm focusing on KARiSMA, an inter-campus UiTM games. aku main 2 games yang guna gila banyak energy sebab aku bajet energetic sangat; hoki dan futsal. aku ade high expectation for both arena. harap aku boleh buat sehabis baik sebab takde benda nak fikir dah kan. time to play dude! both sport memang passion aku since dulu lagi. ape lah sangat keluar tenaga sikit kan? janji hati suka, badan enjoy, kepala hotak release stress. :D
*aku baru tahu ade budak AUSMAT tak suke aku oh.
mungkin aku akan tahu ramai lagi lepas ni.
p/s : lantak korang lahhhh! :D

Wednesday, October 27, 2010

last match for STAROBA hockey

thanks STAROBA hockey.
i had develop myself since with you guys.
i had a nice journey of playing hockey in this adult stage.
if i had chance to say a word during our 'satay' session just now, i would say
"thanks for all the scolding and cursing words on the field. it changes my style of play slowly."
fuh, time to catch up study la.
toodle old boys!
*maybe the last time to play with Zahhar. :(

Sunday, July 18, 2010

OBW 2010

memang benda pertama aku nak buat lepas sekolah; menghadiri 'old boys weekend, OBW'. ini bukan pertama kali aku menjengah semula ke sekolah dengan title old boys tapi majlis ini mengumpulkan baka² lama & tua tapi masih aktif bertenaga sang murid² STAR.misi 1 : hadiah futsal
aku nak tuntut hadiah futsal yang aku menang dulu. malas nak menaip, aku link jela. CLICK.
misi 2 : mewakili STAROBA hockey melawan anak didik sendiri
dulu, aku main hoki untuk sekolah, tiap kali lawan dengan STAROBA, kami tak pernah menang. paling hebat pun bila aku fivers, seri 1-1. tapi anak didik aku berjaya mengalahkan STAROBA 2-1. aku kalah tapi aku bangga. mereka dah membesar sebagai seorang hockey player. tradisinya, budak² hoki pandai² belaka. harap mereka begitu jua. ini bermakna program yang aku & zahhar atur sewaktu kami senior tidak sia²; pendedahan awal hoki kepada junior². matlamat aku ; walaupun impian aku nak beraksi di hoki SBP kebangsaan tak pernah & takkan tercapai, aku harap, adik² junior yang dilatih oleh aku boleh.

aku balik dengan senior RON, menaiki mercedes. memang best la bila aku duduk belakang sorang², rasa macam nak baring je tapi hormat la sikit. haha. :D

Wednesday, June 30, 2010

kisah cinta seorang loser

loser dalam tajuk di atas bermaksud seorang yang lemah, failure dalam bab percintaan. tak tahu mana arah di tuju, bagai lembu di cucuk hidung. orang itu adalah mr S, rakan persahabatan aku. aku dalam cerita ini berperanan sebagai seorang penasihat, pembimbing, pendorong dalam tingkah laku mr S. sambil baca, dengarlah lagu ini

ceritanya begini . . .
dalam sebuah komuniti, memang persahabatan terukir, mungkin berbunga bak jambak mekar, tapi yang penting ada persamaan kawan. aku kawan miss M, begitulah juga mr S.
sakit permulaan hati terbuka
kami ke rumah miss M hari itu. tika itu, M sakit, takda lah teruk atau akut, tapi mengenangkan dia kawan, langkah kaki tetap bertenaga. lama juga kami di sana. menggembirakan hati M, aku tahu bosan tika sakit di rumah, tanpa peneman, sunyi. mungkin laptop & siaran televisyen peneman sunyi kau. kedatangan kami lain dari yang lain. tanpa kad atau bunga, tangan kosong. bebalnya budak sekolah pandai, tapi tak mengapa. ini menjanjikan peluang kedua. dalam kereta, S mula suka akan kemanisan air muka M. aku cakap, kalau macam tu, kau telefon la dia. walaupun dengan ucapan selamat malam.
hospital bersama keluarganya
kali pertama, bersama keluarganya. sesat kita orang cari jalan ke sana. tapi tak mengapa, mr S memang nak sangat. biarlah S, orang kalau dah sayang, lautan luas hendak di duga. malam itu, kita orang bersesi temuduga dengan keluarga M. memang sempoi, banyak nasihat. auntie G & uncle A, kau orang memang cemerlang. auntie G memang memandang tinggi S, aku juga. tapi lembab nak bercinta, menjadi terbaik di kalangan banyak kumbang. kali kedua, dengan tujuan suprise. kali ini datang bertangan terbuka, ada coklat MARS & kad ucapan 'get well soon'. tu semua cadangan aku. mulakanlah dengan mengambil hati, biar hati dia senang, mungkin hampir kepada suka lain kali.
ditolak mentah²
ungkapan miss M di laman sosial.
"let's NOT talking about feelings, lets talk about how to make money"
ungkapan mesej dari mr S kepada aku yang tersilap hantar pula pada mulanya kepada miss M.
"dia cakap jangan pergi rumah dia, dia macam menyampah dengan aku. dia suruh aku padam sebarang perkara yang berkaitan dengan dia"
mr S pun masalah jugak. siapa suruh pergi kecoh² kat FB. diam² sudah la. nasihat aku, jangan mengalah dulu. jiwa kacau orang sakit memang macam tu. lagipun dia banyak pilihan, kenapa nak berdamping dengan orang yang baru kenal. itu tanda S ditolak. kasihan melihat S, aku ikut dia ronda² KL. biarlah gurindam sedih di hati surut dulu.
idea bernas, beli bunga
tatkala itu, idea menarik terdetik dari S.
"kita beli bunga untuk dia, letak kat rumah dia, lari"
kata aku, idea bernas. sesuai untuk memujuk orang. berpusing pula ke Jalan Petaling. auntie G pernah cakap yang bunga kat situ memang segar, cantik, murah. memang itu lah kenyataannya. pilihan warna pula diserah kepada aku.
"hello M, pendapat kau, beg warna apa cantik? biru, maroon atau merah jambu?"
jawapan M adalah biru. memang warna biru yang kami beli. terus bergerak ke rumah si M. masih dengan perancangan, letak kat pagar, lari. aku suruh telefon si M, cakap cuba tengok luar rumah. perempuan mana yang tak suka bunga beb. terus si M suka. aku harap si S sedar, jangan lah terlampau galak sangat. zaman kini, maklumat cepat tersebar. perlahan², kita masih remaja. pergilah dapatkan gelaran CA, DR & Datuk kau dulu.
peracun & penawar
racun adalah orang yang menjadi penghasut, pengeruh hubungan mereka. jangan percaya kepada propaganda. itu semua khayalan semata. ikutlah apa kata hati kau si M. aku tengok gelagat, pandangan mata kau pun aku dah tahu apa hati kau kata. jangan takut berdepan realiti wey. si S, jangan keruhkan keadaan. biarlah apa yang dah jadi ni sebagai cabaran & pengalaman kau. kalau nak jumpa pilihan hati tu senang, kenapa ada anak dara tua atau bujang terlajak? stay keep in touch kau orang. kalau sampai pelamin, 1 je aku nak. bagi aku jadi pengapit wey. :)

cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa sahaja. kalau sendiri terasa, pandai² lah tutup muka. :D
"kalau hati kata angguk, kenapa fi'li perlu geleng?"
*fi'li ialah perbuatan dalam bahasa arab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...