its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Showing posts with label awesome BEN. Show all posts
Showing posts with label awesome BEN. Show all posts

Friday, November 11, 2011

SACE no longer posses me.


setelah 2 minggu aku menghadirkan diri untuk SACE, akhirnya hari ini, 11/11/11, tamatlah kisah pengembaraan aku dalam program AUSMAT di INTEC ni. lega rasanya, ringan kepala. tapi aku risau juga akan keputusan aku Disember ni. secara ringkasnya, dalam 5 subjek yang aku ambil, mungkin hanya 2 subjek sahaja yang memuaskan hati aku ketika aku habis menjawab. khuatir pula jika aku tidak dapat terbang bersama rakan lain. tapi rasa risau ini aku cuba simpan dalam², kerana aku tahu, masa ini adalah masa untuk bergembira tanpa tidak lupa untuk bertawakal kepada-Nya. kita tengok sahaja nanti. cuti ini mungkin aku gunakan untuk bersama keluarga tersayang setelah sekian lama tidak bersenda gurau, bersilaturrahim dek sibuk dengan dunia pelajaran. tinggalkan dulu pelajaran, bergerak pula ke dunia realiti yang sememangnya lebih mencabar. tidak lupa juga, perjalanan yang masih panjang ini aku akan selami dengan siri pembangunan modal insan diri sendiri. terima kasih setinggi gunung buat sekalian yang menyokong perjuangan aku. terima kasih juga untuk rakan² peneman suka duka bersamaku. doakan saja buat diri ini. sekian.

Wednesday, October 26, 2011

SACE 2011

from YY's FB

tanggal 1 November ini bermulalah South Australian Certificate of Education (SACE) untuk tahun 2011 bagi pelajar² AUSMAT 22 & 23 di INTEC, Shah Alam. Doakan yang terbaik untuk kami semua. Diharapkan semua rakan dapat terbang bersama ke Australia mahupun New Zealand. setelah setahun setengah kita bergelumang dalam test dan pelbagai internal assestment, marilah kita berhempas pulas untuk terakhir kali bagi mengejar 30% external assestment ini. semoga berjaya tikus makmal sekalian. :)

Friday, September 30, 2011

the end of SACE trial

hujung minggu ini, jangan cari aku di rumah. aku nak bersiar membuang tenaga, bisa dan tekanan dalam diri. aku ambil cuti daripada buku² itu semua. sekejap sahaja. mungkin 2-3 hari cukup. jumpa lagi buku sekalian. aku ada hati dan futsal untuk dihadap. yeah!

Thursday, August 18, 2011

pillow talk

tadi aku pillow talk sat bersama rakan² di Al-Rafi Bistro. kisah anak lelaki sulung menjadi bual bicara. tanggungjawab ini serius besar untuk aku jalankan tanpa ilmu. banyak yang aku belajar daripada kesusahan hidup orang lain. mungkin ada di antara kau orang punya keluarga sempurna, gah dan bahagia. tidak semua orang memiliki nikmat Ilahi sebegitu. ada yang punya masalah dalam dan luar. terharu tika ada rakan yang percaya dengan telinga ini untuk mendengar. akan ku simpan buat pengalaman. banyak konklusi positif yang aku dapat dan yang pasti kita janganlah membabi buta menghukum ataupun salah sangka. fikirkan positif atas apa yang berlaku. rapatkan talian keluarga dan banyakkan berdoa agar tetap berjaya.

*my family is my first priority.
you will never make it to the spot girl.

Thursday, March 10, 2011

Will.I.Am - Beef Steak

intro : this is not a song okay.
that was not just a beef steak. it is lean meat weyyy.
at William Restaurant, Taman Mayang, SS 2.
I don't know much. Basically, I am not the one who drove.
so i just followed Benmoreans and eat. :D

so, what is lean meat?
meat that contain fully protein with less or no fat and carbohydrate at all. (Farhan, 2011)
i was so so so yummy, juicy, delicious and seducing.
it is worth enough to spend RM 35 for that special reunion.
you guys should give it a try.
*si KURUS nak rase? :)

Sunday, November 14, 2010

100 - exam tamat = holiday

dah lame aku gian nak buat 100th post ni. tapi aku sabar untuk post after exam. final pun dah habis. macam² plan dah aku terbayang. tinggal proses pelaksanaan je. KLIA, tunggu saya sampai sane lagi ye. :) so with that, aku letak jawatan sebagai class rep BENMawesome semester 1. hope to see you guys except nenek sihir next sem. jangan bagi aku class rep lagi ea. aku nak tidur tanpa rase bersalah dalam kelas tu doh. :)
cuti semester telah tiba. masa untuk berseronok! :D
conclusion for recent examinations :
Islamic Studies - benda dah ade dalam diri. boleh skor punyelah since aku memang dah lulus. thanks to carry marks!
Chemistry - boleh buat sebab test 1 aku dah fail. so macam semangat la for final ni. boleh A rasenye.
Physics - susah and i'm quite blur to do it. maybe sebab kepenatan lepas hockey practice during weekend tu. calculation part yang kononnye niche area aku tu pun banyak kantoi. padah tidur dalam kelas la niii.
Mathematics - as it is our my favourite subject, i'm quite sure to score with flying colours. harap kat maths jela pun nak naikkan pointer aku. :P
IELTS - selepas siri listening training dalam bilik, aku still tak faham accent² yang laju gila nak mampus dan sangat pening tu. haish!
C++ programming - thanks to carry marks again. aku buat rilek dan boleh terkedek keluar awal sebab aku hanya perlu lulus. kenapa nak struggle pun kan. :D
THE END!
for now, i'm focusing on KARiSMA, an inter-campus UiTM games. aku main 2 games yang guna gila banyak energy sebab aku bajet energetic sangat; hoki dan futsal. aku ade high expectation for both arena. harap aku boleh buat sehabis baik sebab takde benda nak fikir dah kan. time to play dude! both sport memang passion aku since dulu lagi. ape lah sangat keluar tenaga sikit kan? janji hati suka, badan enjoy, kepala hotak release stress. :D
*aku baru tahu ade budak AUSMAT tak suke aku oh.
mungkin aku akan tahu ramai lagi lepas ni.
p/s : lantak korang lahhhh! :D

Tuesday, September 21, 2010

first chemistry test

58/100
yah, memang terasa bila test lain boleh perform tapi kimia kegemaran di kala dulu tidak.
aku pun tak tahu la ape kes. tapi memang terasa kecewa gila. kalau Mr King tengok result aku, mesti die pukul aku dengan rotan panjang die kat belakang aku. *memang dah pernah kena dah dulu.
aku suka gila dengan subjek ini. kenangan tak perlu study untuk exam chemistry memang tak boleh dilupakan. walaupun aku lentok dalam kelas, aku cukup yakin nak jawab exam. itu dulu, sekarang lain.
tapi aku tetap dengan prinsip aku tentang subjek lemah macam ni. buat macam anak cacat, "it need extra care", (Azman Zakaria, 2010).
cukuplah luahan perasaan kecewa aku. kembali kepada anak yang cacat dan juga yang tidak. :)

Sunday, August 15, 2010

BENMAWESOME; ceritera dari nama tasik

nama asal : Benmore
nama samaran : BENMAWESOME, the class of engenius!
sebab : sangat gila & menyeronokkan (Hasnaa, 2010).
"jika aku diberi pilihan untuk menarik balik kata² lalu, aku nak tarik balik rajukan aku bila ditempatkan dalam kelas ini pada hari pertama aku dapat tahu kelas aku!"
aku adalah sangat gila buat pengetahuan mereka yang tidak tahu. cuba bayangkan post ini adalah penghargaan untuk mereka yang sama gila ditambah elemen satu hati & kerjasama di dalam kelas aku. 11 lelaki gagah, 8 si lemah gemalai & 1 nenek sihir, merekalah ahli² Benmore. Benmore adalah nama tasik di New Zealand & untuk AUSMAT22, nama kelas kami adalah mengikut nama² tasik di Australia & NZ. sekarang, kami ENgenius BENawesome. (Nadia, Ash; 2010)
abaikan nenek sihir
aku tak perlu cakap siapa, bukan hal kau orang nak menyebok. siapa yang dah tahu, silalah diamkan diri anda. nenek sihir adalah makhluk paling menyampah yang pernah aku temui. jujur kata, aku tak takut dengan kau la nenek. aku cuma menyampah. dah la minyak ape entah kau tu busuk gila.
6 bising, 1 berdiam
aku tak tahu apa yang terjadi bila di keadaan yang satu ini. dalam 6 yang lain, kami amat bising & ketawa macam mengilai di hostel Cemara. namun, dalam 1 ini, aku paling mengantuk. dulu kegemaran, sekarang ketakutan pulak.
tempat duduk
aku mengaku, dari dulu lagi memang aku selalu tidur dalam kelas. memang tepat kenyataan bukan tuduhan ni. aku rasa sebab posisi tempat duduk aku yang terlalu hujung dalam kelas dan beberapa si gagah yang menghalang pandangan si pengajar yang buatkan aku tersenyum berair liur dalam kelas mereka. apalah nak jadi dengan abu versi ash ni kan. dalam hati, aku tak nak tidur bai. hati kata nak, fizikal pulak merengek.
sleeping genius
kuiz pertama Mathematical Studies aku berjaya mendahului rakan² yang lain. hal ini menyebabkan aku ditekan dengan tanggapan bahawa tidur dalam kelas dapat melarutkan pelajaran terus ke akal. adakah mereka sendiri punya akal bila menyatakan pernyataan bodoh ni? itu semua rezeki sahaja. aku bukanlah sepandai si genius Kamal mahupun si dewa Farhan dalam kelas tu, namun aku cuba menyaingi mereka kerana itukan sihat.
patah tumbuh, hilang berganti
selamat tinggal Miss Hasnaa. tempatmu ada gantinya. bukan masa pengukur hubungan, tapi hati. ingatanku bukanlah singgah sekejap tapi berguna selamanya. terima kasih mendidik sifat professional saya berdepan si nenek sihir itu. akan datang, jodoh bertemu ternyata ada. selamat berjaya Miss!
i ♥ BENMAWESOME
photographer : iman. not in : kamal, nenek sihir!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...