
setelah 2 minggu aku menghadirkan diri untuk SACE, akhirnya hari ini, 11/11/11, tamatlah kisah pengembaraan aku dalam program AUSMAT di INTEC ni. lega rasanya, ringan kepala. tapi aku risau juga akan keputusan aku Disember ni. secara ringkasnya, dalam 5 subjek yang aku ambil, mungkin hanya 2 subjek sahaja yang memuaskan hati aku ketika aku habis menjawab. khuatir pula jika aku tidak dapat terbang bersama rakan lain. tapi rasa risau ini aku cuba simpan dalam², kerana aku tahu, masa ini adalah masa untuk bergembira tanpa tidak lupa untuk bertawakal kepada-Nya. kita tengok sahaja nanti. cuti ini mungkin aku gunakan untuk bersama keluarga tersayang setelah sekian lama tidak bersenda gurau, bersilaturrahim dek sibuk dengan dunia pelajaran. tinggalkan dulu pelajaran, bergerak pula ke dunia realiti yang sememangnya lebih mencabar. tidak lupa juga, perjalanan yang masih panjang ini aku akan selami dengan siri pembangunan modal insan diri sendiri. terima kasih setinggi gunung buat sekalian yang menyokong perjuangan aku. terima kasih juga untuk rakan² peneman suka duka bersamaku. doakan saja buat diri ini. sekian.
No comments:
Post a Comment