nama asal : Benmore
nama samaran : BENMAWESOME, the class of engenius!
sebab : sangat gila & menyeronokkan (Hasnaa, 2010).
"jika aku diberi pilihan untuk menarik balik kata² lalu, aku nak tarik balik rajukan aku bila ditempatkan dalam kelas ini pada hari pertama aku dapat tahu kelas aku!"
aku adalah sangat gila buat pengetahuan mereka yang tidak tahu. cuba bayangkan post ini adalah penghargaan untuk mereka yang sama gila ditambah elemen satu hati & kerjasama di dalam kelas aku. 11 lelaki gagah, 8 si lemah gemalai & 1 nenek sihir, merekalah ahli² Benmore. Benmore adalah nama tasik di New Zealand & untuk AUSMAT22, nama kelas kami adalah mengikut nama² tasik di Australia & NZ. sekarang, kami ENgenius BENawesome. (Nadia, Ash; 2010)
abaikan nenek sihir
aku tak perlu cakap siapa, bukan hal kau orang nak menyebok. siapa yang dah tahu, silalah diamkan diri anda. nenek sihir adalah makhluk paling menyampah yang pernah aku temui. jujur kata, aku tak takut dengan kau la nenek. aku cuma menyampah. dah la minyak ape entah kau tu busuk gila.
6 bising, 1 berdiam
aku tak tahu apa yang terjadi bila di keadaan yang satu ini. dalam 6 yang lain, kami amat bising & ketawa macam mengilai di hostel Cemara. namun, dalam 1 ini, aku paling mengantuk. dulu kegemaran, sekarang ketakutan pulak.
tempat duduk
aku mengaku, dari dulu lagi memang aku selalu tidur dalam kelas. memang tepat kenyataan bukan tuduhan ni. aku rasa sebab posisi tempat duduk aku yang terlalu hujung dalam kelas dan beberapa si gagah yang menghalang pandangan si pengajar yang buatkan aku tersenyum berair liur dalam kelas mereka. apalah nak jadi dengan abu versi ash ni kan. dalam hati, aku tak nak tidur bai. hati kata nak, fizikal pulak merengek.
sleeping genius
kuiz pertama Mathematical Studies aku berjaya mendahului rakan² yang lain. hal ini menyebabkan aku ditekan dengan tanggapan bahawa tidur dalam kelas dapat melarutkan pelajaran terus ke akal. adakah mereka sendiri punya akal bila menyatakan pernyataan bodoh ni? itu semua rezeki sahaja. aku bukanlah sepandai si genius Kamal mahupun si dewa Farhan dalam kelas tu, namun aku cuba menyaingi mereka kerana itukan sihat.
patah tumbuh, hilang berganti
selamat tinggal Miss Hasnaa. tempatmu ada gantinya. bukan masa pengukur hubungan, tapi hati. ingatanku bukanlah singgah sekejap tapi berguna selamanya. terima kasih mendidik sifat professional saya berdepan si nenek sihir itu. akan datang, jodoh bertemu ternyata ada. selamat berjaya Miss!
1 comment:
niceeeeee.
kurangkan tido xD
Post a Comment