masih segar di ingatan aku, detik puasa basah & puasa upah.
puasa basah
puasa basah diistilahkan dengan sebab tekak yang selalu basah dek air wuduk yang kononnya di sapu pada muka & dikumur-kumur. dulu, itu memang taktik aku ketika bulan puasa. solat di surau atau masjid, namun tekak minta dibasahi jugak. :D
puasa upah
puasa upah diistilahkan dengan sebab jumlah hari berpuasa didarabkan dengan RM2. hadiah untuk aku oleh ibu kerana berjaya berpuasa dalam hari itu. babak paling kelakar bila ada satu hari tu, aku terlupa yang aku berpuasa & berbuka lebih kurang 5minit sebelum waktu berbuka sebenar. hal itu ketahui oleh ibu & akhirnya, aku claim rm1 kerana sudah berpuasa setengah hari. *sengal kan? :D
puasa basah & puasa upah adalah antara kategori puasa yang tidak ikhlas. di kesempatan ini, aku mengajak readers sekalian untuk mengimarahkan bulan puasa ini dengan pahala amal ibadah kebajikan.
*itu semua di waktu aku kanak² pendek akal & mata duitan.
No comments:
Post a Comment