problem solved. yeah!
jadi, sebelum final yang teramat membangkitkan stres ni, aku dan Ammarah bertemu janji di Nilai. memang perkara biasa aku akan ke sana dan menjamu selera sebentar bersama. kemudian datang ke rumahnya dan bersembang pula dengan keluarga dia. perkara paling menarik di rumah Ammarah adalah si Zahin, seorang budak yang comel dan manja perwatakannya. selalunya, aku layan la si Zahin ni. budak kecil kan. memang suka dimanjakan. aku rasa besar nanti mesti romeo gila budak ni. :Dnak dijadikan cerita, sewaktu aku dalam perjalanan ke sana, lalu lintas amatlah sesak. Lebuhraya KL-Seremban memang selalunya macam ni ketika hari Sabtu. oleh kerana aku naik motor je, tak terasa sangat la kan. yang paling aku kecewa adalah sikap pemandu kereta yang menggunakan laluan kecemasan semata-mata nak mengelak jalan yang sibuk itu. memang menyusahkan jika ada perkara² kecemasan.
kebetulan pula ada ambulans yang membawa pesakit minta diberikan laluan di jalan yang penuh sesak tadi. lorong kecemasan yang memang telah penuh dengan kenderaan pada awalnya tidak membantu pun. mungkin nyawa seseorang di dalam ambulans itu dalam bahaya atau beliau sedang tenat. kasihan beliau. ini semua hasil dari sikap pemandu² di Malaysia sendiri. lagi menyedihkan adalah apabila ada kenderaan (selalunya motor atau kereta) yang mengekori ambulans itu dari belakang, semata-mata untuk mendapatkan laluan pantas (baca : fast track) dan secara tidak langsung mengambil kesempatan.
apa aku buat?
tak perlu cerita lah. biar aku dan mereka yang tertentu je tahu. tapi serius shit style gila. :D
*masih terngiang lagi pesanan dari seorang Aunty. :)
No comments:
Post a Comment