
harini hari jumaat. jadi lelaki seperti aku wajib la pergi solat jumaat yang seminggunya sekali ni. aku dari kecil memang dah terbiasa dengan konklusi bahawa hari jumaat ni susah sikit nak hujan, selalunya panas² redup je. fikir aku, itu kuasa Maha Esa nak memudahkan umatnya pergi solat jumaat. memang selama aku hidup, jarang sekali hujan ketika hari jumaat. selalunya gerimis sebelum atau selepas solat jumaat sahaja. aku dah lama dah perasan perkara ini dan pernah dijadikan topik perbualan dengan rakan. yang bestnya harini, aku solat jumaat tadi tika hujan lebat mencurah-curah di Bandar Shah Alam ni. aku tak pernah rasa pengalaman macam ni. kuasa Tuhan nak tunjukkan kuasanya kepada hamba-Nya ini agaknya. ape pun, aku syukur sangat yang aku berpeluang merasai hujan ketika solat jumaat tadi. kepada sesiapa yang ponteng solat jumaat harini, anda rugi. akhir kata, Allah itu Maha Pencipta. Subhanallah.
:)*aku bukan nak cakap yang aku alim. sekadar renungan diri.
No comments:
Post a Comment