its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Monday, March 5, 2012

Jauh

Ini entri pertama dari Iphone 4S yang aku baru beli. Apps ini memang berguna untuk orang macam aku.

Sudah dua minggu aku di Brisbane ini. Banyak perkara manis berlaku saban hari. Terima kasih buat mereka yang sudi menghulur bantuan di kala aku terumbang ambing mencari diri di sini.

Aku rindukan suasana malam Kuala Lumpur yang tampak jelas dari beranda rumah, hiruk pikuk sibuk kota biarpun malam menyinsing tiba bersama keluarga menonton siaran yang ada di kaca televisyen. Harap ibu relakan aku pergi. Lemah kaki tatkala ibu menangis sebak sewaktu di KLIA tempoh hari. Ada hikmahnya aku jauh di Ipoh dulu rupanya. Cuma jaraknya berkali ganda kini. Alah bisa, tegal biasa. Harap keluarga semua relakan aku pergi untuk nusa kita.

Tidak lupa rakan semua. Aku rindukan kalian wahai sahabat. Di sini keseorangan aku menjadi diri sendiri mencari rakan sekepala bahasanya. Boleh tahan rakan rumahku. Akan ku ceritakan di entri lain hari.

Buat Ammarah di ceruk ladang kelapa sawit, saya sihat sahaja di sini. Jangan sedih selalu. Fokus pelajaran perkara utama. Kita jumpa di sini bila ada masa. Saya ada sesuatu untuk awak. Terima kasih buat perhiasan bilik ini. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...