terkilan, terkena, termakan hati, terasa loser, tersentuh, ter-blaBLAbla~
itulah ape yang aku rasa hari ini. susah diungkap, hanya mampu bercerita
yah, today is my bad day. :(
PAGIitulah ape yang aku rasa hari ini. susah diungkap, hanya mampu bercerita

1. kredibiliti aku sebagai class rep tergugat dek kerana ketidakhadiran LCD dalam kelas ESLS pagi itu. aku sangat kasihan melihat Miss Hasnaa menulis satu per satu huruf di papan putih demi anak² didiknya. aku rasa sangat bersalah. I'm so sorry, Miss! :(
2. peranan class rep sebagai tempat rujukan & orang tengah antara pensyarah & rakan² sekelas tidak begitu mendatangkan kesan positif kali ini. kelas C++ oleh Madam Hezlin ini sebenarnya sangat seronok. masa & keringat rakan sekelas, Benmore terbuang dek perjalanan separuh nafas ke Blok U yang agak² 1 km jauhnya dari kelas. kelas kami pada hari itu sepatutnya di Blok C yang sebenarnya boleh dibaling batu dari kelas kami. sekali lagi perasaan bersalah aku dirasai. I'm so sorry, Madam! :(
PETANG
1. aku terlibat sebagai skuad Ad-Hoc untuk majlis pembuangan undi untuk batch aku, AUSMAT 22. perjumpaan pada tengah hari itu adalah pertama kalinya aku bersifat pasif & tidak memperlihatkan ciri² profesional langsung. mungkin tiada mood & sangat kecewa dengan diri sendiri. :(
2. aku menyusahkan orang lain, tersilap waktu & tempat untuk latihan hoki INTEC. aku macam nak meraung meluahkan perasaan di tengah² padang STAR macam dulu². :(
MALAM
1. aku tersilap jalan untuk ke hostel yang kira² 10minit dari tempat aku berada ketika itu. langsung, 30 minit terbazir begitu sahaja & aku sangat² tidak menghargai emas milik Allah itu. :(
2. aku tak dapat memuaskan hati si gadis itu. aku sangat² kecewa ditambah perisa hari kecewa aku. aku hanya mampu mengucapkan 'selamat berjaya' je sekarang. :(
terima kasih kepada rakan² BENMORE sekalian kerana banyak mengajar aku erti sebuah kapal yang besar & gagah. kalau mereka tak bertanya khabar, tak menghiburkan hati aku, mungkin aku dah sepak terajang dinding bilik air aku. :D
2 comments:
are you okay abu?
nanti jumpa,story laa eh
oke²
thnx doe husna. tp kena bg brg aku dulu la. exchange~ :)
Post a Comment