9 februari tarikh ditunggu,
memasang hajat hati kelana,berhati-hati memang style aku,
agar tak kena prank durjana.
maybe tahun ni yang terakhir sambut kat sini as senior aku fly tadi.
i was aspecting the same date jugak next year.
i hope NOT. tolong la jangan birthday dalam flight. :(
saya ingin megucapkan selamat naik lagi satu tahun kepada rakan lain yang turut menyambutnya hari ini; Amirah Azize, Nadhirah Ismail & Tan Li Yun.
have a blast girls! :)
diari 9 february 2011.
stamp note.aku tak perasan orang tampal benda alah ni kat belakang aku pagi tadi. " today is my birthday. wish me! " merupakan ayat tersohor tertulis di situ. ade la dalam 5 jam aku tak perasan. siap boleh berjalan aku ke hulu ke hilir dengan benda tu kat belakang. patut la strangers wish aku tadi. blush pulak aku sebenarnya. hal ini terkantoi di Cafe ALM yang teramat ramainya orang ketika lunch. aku beratur pakai benda tu kot. malu la doh. memang aku menjerit la bila ada orang bagi tahu ada 'reminder birthday' pulak kat belakang aku. to ORARA sekalian, "wa kena beb!". :D
Zamrin's speaking corner
zamrin, si kapten futsal Ausmat adalah salah seorang speaker for speaking corner hari ini. die just suruh aku datang around 10 kat Ausmat Square for bahan-ing die bagi speech. sedihnya, aku berada di dalam chemistry lab yang hanya bersebelahan dengan Square dan aku tak sempat keluar sewaktu die berucap. rupanya die memanggil nama aku untuk wish 'happy birthday'. oh so sweet lah kawan aku ni. :D
MX sing a song
siapa masuk lambat kelas IELTS, kena denda menyanyi. ini igauan rakan ORARA. MX is one of the candidate to sing. Onn nyanyi lagu mandarin agaknye. aku tak faham pun but its quite enjoyable. here comes MX sang a 'happy birthday' song after Onn. rakan dalam kelas pun nyanyi sekali sambil aku hanya mampu tersengih je. serius, aku hanya mampu sengih. kalau ade reaksi normal yang lain, sila beritahu ye.
tradisi orang kita
birthday memang sinonim dengan tepung kan. aku harap tepung gandum ye. tepung jagung dah jadi fobia dah dulu masa aku end up cuci parking lot. The Thing Junior, Iman merupakan pakar dalam hal tangkap dan kunci orang untuk birthday bash macam ni. aku memang dah selalu gunakan kepakaran beliau dan akhirnya termakan diri sendiri balik. dia tangkap, budak ORARA sekalian serbu. aku dah agak dah la wey korang. lain kali biar tak nampak sangat boleh tak. aku redha je tadi sebab Iman dah grip aku. aku bet korang memang tak boleh lepas punye lahhh kalau die yang grip. by the way, "wa kena lagi beb!". :D
6
niat datang ke KMB dengan hati yang suci; mengeratkan silaturrahim. Ara (ketua demam), Ayu (minah tak puas hati), Dila (si sengih), Sarah (si pelat), Ieja (pranker cun amatur) & Donut (camerawoman). berdepan mereka merupakan situasi yang paling penat, stress, teruja, basah dan segala macam lagi. walaupun dah terkantoi dengan aku, mereka masih tak give up dan tekad nak hantar aku pulang ke INTEC dengan baju yang basah. mula la aksi kejar mengejar dan side step di padang menghijau segar KMB tu. ayu yang dirampas tepungnya telah menyebabkan ieja menjadi mangsa tepung rampasan aku. sarah redha tak dapat simbah air ape-kejadah-entah-isinya lalu disiram pula oleh aku. ayu yang masih geram cuba melepaskan das-das air dari baldi yang terakhir namun gagal di hujung jalan kerana lemaknya menyebabkan trauma perlahan dan akibatnya, beliau dan ara sendiri yang terkena sebaldi air. aku tewas pada saat akhir kerana pujuk rayu si ara dan terkena setin air milo yang dituang terus ke baju dan mengalir ke segenap dalam seluar. aku hanya mampu jerit dan kelihatan gerak lompat dari 5 yang lain di tengah padang. lucky ade orang sponsor baju doh. kalau tak basah kereta orang. girls, "ada ubi, ada batas!". :D
futsal : lepas geram
malamnya aku ada friendly dengan Team Staff INTEC. dapat chance cantik sikit memang aku shoot je. tak fikir ape dah. kalau tak percaya, tanya si Yebe yang belanja aku nasi goreng daging merah tadi. kepada abang staf sekalian, redha jela kena shoot. aku shoot slow je kot. :P
kepada geng nak bagi aku sakit perut letak cili api kat kek semalam, hangpa jangan loklaq laaaa. belajar lagi dengan sifu abu ni.
alamak, aku lupa nak study chemistry for test esok. alahai. :D
*lepas kena 3 prank, rasa macam nak prank orang pulak. :D
No comments:
Post a Comment