its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Saturday, March 31, 2012

Lengang di Brisbane

ini entri pertama sesudah WiFi ada di rumah baru.

Tika sibuk hendak menghantar assignment suatu masa dulu, WiFi tiada, buku tiada. yang ada hanyalah sebuah laptop dan masa yang dipadatkan. berjaya juga akhirnya. janji aku lulus untuk assignment itu. girang hati melihat markah. kini masa untuk lebih serius untuk projek Tahun Pertama.

Kau tahu betapa rindu aku dengan bahasa Melayu? oh memang susah. dengan rakan negara sahaja baru boleh gunakannya. siaran TV, radio, sosial, kelas, buku, kebanyakannya gunakan Bahasa Inggeris. Jadi, untuk melepaskan kerinduan yang membuku, aku rasa elok benarlah aku gunakan bahasa ibunda semaksima mungkin.

kini masa tidaklah sepadat dulu, aku mungkin ketinggalan sedikit ke belakang dalam pelajaran sekarang. tapi aku tetap akan mencuba untuk terus ampuh di bumi kanggaru ini. doakan la aku wahai pembaca sekalian. hidup aku di sini cukup senang rasanya. boleh jua hendak fokus kepada pelajaran.

aktiviti sukan semakin kurang aku libati dini hari. hoki seakan terus padam di sini. kenapa? susah nak libatkan diri. mungkin di semester seterusnya aku akan cuba libatkan diri dengan lebih banyak. semester ini biarlah aku biasakan diri dengan suasana sebaik mungkin.

lengang di sini buat aku lebih fokus untuk belajar. tidak banyak halangan dan cabaran di sini. oh Brisbane, aku suka akan ketenteraman ini. minta diri dulu, nak berenang di kolam luar rumah sebentar, sebelum sambung kerja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...