its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.
Showing posts with label *karya. Show all posts
Showing posts with label *karya. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Senyum


senyum kau tak pernah mencairkan aku,
aku tak tahu pada orang lain.

tapi senyuman manis itu,
kadangnya buat aku lega,
kadangnya buat aku segar,
kadangnya buat aku lupa.

intisari nasihat itu aku simpan,
tapi mana datangnya berat hati ini?
aku harap kau mampu beri jawapan.
kerna aku, tetap akan kalah.

Wednesday, May 30, 2012

Jalan ke dermaga


dermaga itu ada hujungnya,
hantar manusia ke laut secara hormat,
tidak seperti tanah rata yang tiada hujung.

dalam bait² coretan yang aku karang,
harapkan dapat mengisi,
dalam bait² lagu yang aku cari,
harapkan dapat membantu.

mungkin bukan maksudmu begitu,
tapi sentapan itu bermakna,
buat aku berfikir sejenak,
tentang masa depan matang yang aku idamkan,
belum aku pasti akan ada potretmu.

gagahlah aku hendaknya,
kerana kita,
tamat sudah hikayat itu,
waktu gembira muda remaja.

Monday, January 30, 2012

cerita lama

aku baru sahaja terbaca laman tumblr seorang rakan sebentar tadi. ternampak puisi indah Rangga seperti dalam gambar. masih ingat lagi jerit hiruk pikuk hati tika melayar mata menonton filem itu. mula rindu untuk berpuisi semula. idea tinggi membukit tapi entah la. rasa malas pula nak update laman yang mulai bersawang ini. post sebelum ini pun aku menaip dahulu dalam telefon bimbit sebelum update di laman ini. mungkin jika ada idea aku patut buat sebegitu lagi. sebelum idea habis ditambah oleh anasir luar lain. mungkin perlu sebuah nama pena juga.

Monday, November 21, 2011

buah fikiran


dalam masa ini, aku banyak berfikir tentang hati. bukan tentang bosan di siang hari, atau sunyi di malam hari. aktiviti aku selalu penuh siang dan malamnya. tetapi aku keliru tentang rasa yang satu ini. namun jua, rasa diri sendiri jangan asyik didamba kerna mungkin semua ini hanya sementara. sukar untuk aku katakan sekarang tetapi namun jika tiada lagi hati, aku sedar tempat aku di mana. telah dikasarkan apa yang boleh ku lihat dan perasan. ohhh, jangan pentingkan diri lagi. biarkan saja angin itu membawa pasir di pantaiku pergi. biarkan saja pasir yang lain mengganti. walaupun mungkin tidak sepermai dulu permandangannya, namun aku boleh sahaja meneka. yang ini mungkin terbaik untuk kedua. tinggalkan saja pesan, agar aku pasti yang tilikanku adil dan benar. XY

Saturday, July 16, 2011

people come and go

perkara lama berulang kembali,
trend yang sama,
mangsa yang sama,
cuma watak berbeza.

apakan daya diri,
jika aku ditolak ke tepi,
mungkin secakir kenangan dulu,
buat aku lebih sedia kala ini.

sedih dan pilu memang terasa,
pedas dan hangat biarkan berlalu,
sebagai penghargaan masa dahulu,
terima kasih untuk jam itu.





*selamat tinggal 'gejolak'

Monday, July 4, 2011

stalker

laman ini,
segala kenangan terukir,
segala usaha dinampakkan,
segala kata hati diluahkan.

jika tiada,
aku pasti tiadalah kita,
kerana di sinilah aku melihat, menatap,
apa yang aku mahu tapi aku malu.

biarlah aku simpan ini,
menjadi kenangan sendiri,
walau kau tak mahu,
aku tetap mahu.
*kerana aku pegang pada memori.

Wednesday, April 20, 2011

langkah baru

hidup dengan cara sendiri,
baru betul azam hati,
kudrat harap jangan patah,
kerana impian belum sampai.

corakkan ia bagi seri,
agar mudah jalan kau jalan,
bila bangun pagi,
hal semalam jangan dikenang,
kerana matahari dalam lingkaran baru,
kita semua juga begitu.

kata tak corak masa tapi langkah,
bangun sekarang,
kerna kau masih punya masa.
*rentetan teguran Mdm Zurina pagi tadi.

Thursday, October 7, 2010

maya, mimpi & realiti

melihat kamu
aku tersenyum
walau tanpa tindak balas
aku harus mengerti
kehendak dan kemahuanmu

lagu iringan menjadi teman
berbuih dalam kepala
mencari tenang di hati kita
jangan disangkal realiti ini

sayang
bisiklah jika sibuk
bisiklah jika sedih
bisiklah jika rindu
tangan dihulur, jari menyambut

walaupun aku dalam maya
ingatlah aku dalam mimpi
jangan pula lupa aku realiti

Monday, September 27, 2010

koma atau noktah?

kotak kaca fikiran hati,
meluahkan siapa perlu tahu,
isinya tak terluah, belum masanya,
rasa bagai dihimpit, dipukul duri dalam daging,

aku tak cukup kuat,
kau perlu tahu itu,
segala apa yang kau lihat,
terlarat satu kalimah,
'aku suka kau'
aku tahu tiada peluang kini.

kita perlu bergerak,
walau arus kita berlainan,
kimpal ini,
anggap ia kenangan manis,
bagai gula bukan cuka.
*mungkin aku terlambat. :(

Saturday, September 25, 2010

sepi

bisikku pada bulan,
kembalikan temanku,
kekasihku, syurgaku,
tanpa dia,
malam menemaniku,
sepi memelukku.

bulan jangan biar siang,
biar alam ini kelam,
biar ia sepi,
sepertiku.
*to seseorang : aku tak copy kau.

Friday, September 24, 2010

kamu dalam aku

hers
kalau pun syurga itu indah,
aku tetap pilih kamu.
kalau pun hembusan bayu itu menenangkan,
aku tetap pilih kamu.
kalau pun waktu itu adalah nyawa,
aku akan tetap pilih kamu.

dan sekarang
kamu nampak kan, betapa besarnya
kamu dalam aku.
*if and only if, you realise it's real

Wednesday, July 14, 2010

langkah bermula*

seribu batu jauh, aku mula dengan langkah ini
mula dengan kanan, harap berkat dari atas
tak perlu laju²
ikhlas dalam hati pun cukup
buat untuk maju, bukan untuk dabik dada
tepuklah ia, tanya selera kau

kalau orang sana dah naik, gemerlap
kenapa kau poyo sangat tak nak kongsi
ilmu itu ciptaan tuhan
bukan hak kau atau dia nak tentukan
ilmu dari-Nya terbatas tidak
harap jangan sampai, dekat pun tak nak
jangan sampai tertutup pintu hati
nanti termakan kaca dalam jiwa

ini masa tunjuk apa aku ada
kenapa mereka bagi aku peluang
aku percaya, mereka percaya
kau orang punya otak, aku peduli apa
aku pergi dulu
harap jumpa di perhentian depan
selamat jalan romeo & juliet

Sunday, July 4, 2010

jangka masa*

durian ini punya 6 tahun sebelum berbunga
cukup lama untuk dijaga
cukup perit untuk ditatang
cukup lemas untuk ditimang
bising tak boleh
parangkan merajuk

jangka masa itu tidak sia²
berbaloi juga akhirnya
tajam, menusuk durinya
kuning, harum pula buahnya
menambat selera, kegemaran aku
mungkin kau orang juga

tika duri kau tumbuh
aku pijak semula ke sini
kita lawan siapa lagi bermakna
kita tengok siapa lagi berhasil
kita lihat sesama kita

ini bukan pertandingan
tapi ini harapan bukannya beban
harapan bonda, harapan ayahanda
tidak lupa harapan penaja
doakan aku sayangku sekalian
biarkan aku pergi dengan harapan
harap pulang dengan kejayaan

*selamat tinggal. aku bergerak belajar kembali. susunkan tangan & doa sahaja agar aku pulang menjadi kebanggaan, bukan kehinaan.

Monday, June 28, 2010

sembuhlah hati *


aku resah
antara 2 darjat
antara para sahabat
antara kata hati sendiri
mungkin ini balasan
kerna melepaskan orang yang sayang aku
mungkin masih sayang
tapi yang pasti pernah

kau & kau
aku tahu kau orang rapat
tapi hati kata cemburu
apa aku nak jawab, buat
yang kiri sahabat
yang kanan teman
adakah aku busuk sekali?

tunggu & lihat
sekarang nasihat, di depan mungkin herdikan
tapi jangan haraplah aku nak menangkan hati sangat
kawan aku seribu
biarlah cinta hati, sejati satu

sembuhlah cepat hati
agar tiada dusta di mata mereka
agar tiada keringat terbazir, terbuang
agar nasihat tidak memakan diri
agar dorongan tidak menjadi duri di pembuluh

sembuh cepat sayang
kerana banyak lagi bunga di dunia
banyak lagi kau perlu bajakan
tapi ingat, sunting hanya satu
kerna cinta sejati bukanlah sementara

Saturday, June 26, 2010

aku ada cerita - ilmu bawa ke puncak *

aku dalam emosi penyiapan diri untuk belajar. orang² di sana, aku tahu kau orang diketuai wanita. tapi kau orang tetap 1 negara yang ada ketua kan? bersyukurlah kalian. :)
aku ada cerita tentang kepintaran seorang miskin yang punyai ilmu. ilmu itu menjaga dia, sehingga beliau naik ke puncak. aku sanjung dia, maksud aku, aku sanjung orang yang punyai ilmu. tapi aku lagi sanjung, orang yang berkongsi ilmu milik dia. sabda Rasulullah, guru adalah orang yang telah mengajar kita lebih daripada 3 perkataan. terima kasih cikgu² sekalian!

di 1 masa, seorang raja menghajatkan suatu cara untuk mengganti tempatnya. Sultan Ishak sudah tua, hanya punyai seorang puteri, tidak bernafsu lagi pada jelitawan, ingin bersara dari takhta negeri yang damai itu. mengikut tradisi, jika Sultan tidak mempunyai pengganti, maka para pahlawan di negeri itu hendaklah berentap tenaga untuk merebut takhta negeri itu. Sultan Ishak menganggap perbuatan itu tidak relevan lagi kerana menggalakkan dendam kesumat dalam diri rakyat & merugikan tenaga kerja dalam negeri. Sultan lantas memanggil Bendahara & para ahli fikir di negeri itu.
seorang ahli fikir yang miskin & hina menyembah ke bawah duli, untuk memberikan cadangan. si miskin, Hassan memberikan cadangan agar Tuan Puteri sendiri menjadi ketua negeri. Tuan Puteri sudah cukup dewasa ketika itu, Bendahara juga seorang yang sangat berpengalaman. Puteri yang rupawan itu sememangnya cerdik dalam hal ehwal pentadbiran negeri kerana sering mengikut Ayahandanya ketika masih kecil. Permaisuri sebenarnya sudah mangkat semasa Puteri masih kecil. cadangan itu sememangnya dipersetujui oleh Bendahara, Syahbandar, Temenggung, dayang² & ahli² istana yang lain. Sultan gembira dengan cadangan itu. sememangnya Sultan sangat menyayangi Puteri & sungguh mempercayai Puteri tentang selok-belok istana.
Sultan ingin menganugerahkan Hassan, si ahli fikir fakir itu apa pun yang dia hajati. apa² pun. Hassan berfikir sejenak. Sultan melengahkan masa dengan menanyakan pada Bendahara, jika Bendahara di tempat Hassan, apa pula yang akan diminta? "Hamba ingin sebuah rumah di tengah tasik dengan jambatan di 4 penjuru tasik ke daratan" kata Bendahara. Syahbandar pula disoal, "Hamba ingin sebuah jalan di bina dari rumah hamba ke istana agar mudah untuk hamba berulang-alik", jawabnya. Temenggung yang masih muda pula menghajati Tuan Puteri untuk disunting, menjadi suri dalam kamarnya.
Hassan mengangkat muka lalu berbicara. "sebagai seorang yang miskin, hamba ingin Tuanku menginap di rumah hamba selama 3 purnama untuk merasai apa yang rakyat miskin seperti hamba rasa". ahli² istana yang lain tercengang lalu tergelak kecil. Sultan juga hairan akan tindak-tanduk si fakir, Hassan namun Sultan setuju dengan hajat Hassan.
Sultan pun berangkat ke istana pada petang itu. ternyata rumah Hassan begitu jauh ke dalam, perlu merentasi hutan, perlu merentasi sungai menggunakan sampan. rumah si Hassan juga daif, hanya muat untuk 3 orang. Sultan, Bendahara & Hassan. tempat beradu memang untuk seorang sahaja, tandas di luar, dapur & barang² masakan hanya di 1 sudut kecil.
purnama pertama memang menyeksakan. Sultan pulang selama 3 malam di istana. Sultan kelihatan kurus kering. katanya, Sultan rindu akan masakan Puteri. Sultan mengarahkan sebuah jalan di bina sehingga ke rumah Hassan untuk memudahkan Sultan untuk 2 purnama lagi. jambatan juga dibina untuk merentas sungai yang besar untuk ke rumah Hassan. Tuan Puteri pula diajak untuk tinggal bersama Sultan di sana untuk memasak. Tuan Puteri tidak selesa tinggal di rumah kecil dengan Hassan, tapi perkenalannya dengan Hassan ternyata mengurangkan rengekan manja Puteri pada Sultan.
purnama kedua ternyata kurang beban. jalan sudah ada, masakan Puteri juga ternyata menyelerakan nafsu makan Sultan, hanya keselesaan di rumah Hassan sahaja belum terubat. Sultan lantas mengarahkan rumah baru di bina untuk Hassan. malah, Puteri pula sudah jatuh cinta pada Hassan & akhirnya Hassan berkahwin dengan Puteri & menjadi Sultan. Bendahara memuji kepintaran Hassan. Hassan memikirkan masa depan, fikirannya jauh. Hassan menjadi Sultan yang hebat dalam gugusan negeri² di benua itu. THE END

hebat bukan Hassan? aku pun tak sangka akan jadi macam itu bila aku baca novel itu beberapa tahun lepas. carilah ilmu, bukan harta. kita menjaga harta, ilmu menjaga kita. :)

Friday, June 25, 2010

bila jodoh bertemu takdir *

ini bunga pilihan aku
kau orang?
pilihan ini aku tak tahu kenapa
bukan suka² tapi ada ulat dalam batu
jangan tanya aku
tanya hati ini, kenapa kau pilih ia wahai hati?

bila aku tenung lama²
aku abadikan diri seperti di kebun bunga
tiada gusar, tiada pinar, hanya tenteram
mungkin kerana warna mulus itu
ia putih, suci, benar, molek
itukan warna kegemaran Rasulullah
ditambah perencah hijau sekitar, menyokong
menarik mata aku memandangnya lagi
menarik tangan aku menyentuh bibir kelopaknya
menarik hati aku menyuntingnya

kata orang, jangan pilih hartanya
aku sendiri tak tahu apa ia ada
biarlah itu jadi rahsia
janji mata aku suka
janji tangan aku rasa
janji hati aku kata ia

kebun bunga yang aku diami tadi
masih banyak bunga, banyak warna
banyak pilihan, ada lagi lebih baik
tapi kenapa ia?
peluang itu mungkin untuk jejaka lain
aku sudah jumpa pilihan hati aku

kalau kau orang percaya pada jodoh
itulah kata aku
walaupun aku malu, aku segan
sejengkal aku tak heran kata orang
itu oleh sebab, bila jodoh bertemu takdir

Tuesday, June 22, 2010

night's sky *

that night was so cold ain't?
the air was real, refreshing
the grass was fine, smooth
we laid our tired body on it
fantastic, 5 stars attention
majestically from nature
we could see the night's sky
it was so calptivating
so do you, dear!

those stars blinked
i guess it is wink, not just simple blink
we talked like there is a lot of story to tell
such we have not meet for centuries
we chat, we laugh, together
it was better than in the phone
less credits, clearer voice
plus, some sort of feelings from your face

stars told a perspective
about ourself; horoscope
is it for real?
i don't think so, but we still talked
a lot of funny things, such guessing
to be clear, we define each other
need an honesty, but not so catchy

night was late enough
we still jailed by the horoscope thoughts
clear the ground fast or ready for stumbled lecture?
we leave the grass, but not the sky
trueness of horoscope is still there
we left to the thin air
let it flown by the wind

is it real?, again
only Allah knows
He created those, don't Him?

Monday, June 21, 2010

oh kaktus *

oh kaktus,
kau nampak tinggi, memang lain
tapi adakah kau memang lain dari yang lain?
kau perlu cahaya, perlu udara
sama juga seperti rumput menghijau itu
warna kau & si rumput juga sama

si rumput banyak, ramai
kau, seorang, terpinggir
mungkin sunyi, mungkin mengetuai yang lain

kau macam aku
nampak tinggi, nampak hebat
senang bila mata yang lain memandang, mengekor
luar nampak keras, nampak tajam
tapi dalam, lembut, lemah
perlu juga apa yang lain perlu
tak ada kekuatan
hanya apa yang paling atas beri kita buat bekal
cukupkah?
tapi aku kata cukup, kau juga mungkin
tapi yang lain?

hidup di tempat orang memang sukar kan?
kena terima apa yang ada, apa yang diberi
kenalah kreatif, berdikari
itu bukan halangan
usaha penguat hajat
bukan pengganti keringat

ingatlah dalam diri
kau & si rumput perlu cahaya yang sama
jangan mendabik sebab kau dapat dahulu
si rumput pula kemudian
dua² dapat cahaya
yang beza cuma cara, cuma masa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...