its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Friday, May 28, 2010

40 - Abang Naqib

its man-to-man business

beliau adalah orang pertama yang tahu berkenaan kesusahan & kepayahan hidup insan bernama Abu Hassan. aku masih ingat dorm tu. tempat aku mengenali, menghormati orang yang aku sudah anggap macam abang kandung aku sendiri. aku masih ingat betapa cerianya dorm aku. budak set 1 & set 2 saling tak tumpah macam kanak². aku dibawa menyusuri keheningan solat oleh orang ini. sehingga sekarang, frasa itu masih terngiang - ngiang tatkala aku termenung mencari cahaya. :?
" abang nak jadi doktor. cuba kau bayangkan, kalau abang tak solat. abang nak bedah orang, tapi abang tak baca bismillah. orang yang abang bedah tu meninggal dunia sebab ape yang abang buat takde keberkatan dari ALLAH. macam mana pulak dengan family orang yang abang bedah tu? dorang susah sebab kesilapan abang sendiri ke? "
tiada pukul mahupun cerca dari beliau. walhal, rakan² yang lain dipukul, disepak. untuk aku, hanya perbualan ringkas di rak kasut dorm 3. namun, detik itu masih segar dalam sanubari aku. sejak itu, aku berubah dengan sendiri. tidak dipaksa, semuanya dengan rela. alhamdulillah, usahanya sedikit tetapi kesannya mendalam. kiasanku berbunga, hanya untuk mengucapkan terima kasih abang. tak mampu yang lain, doa sahaja diiring. :)

*beliau di India, jurusan perubatan seperti impiannya. :)

2 comments:

akhiran said...

nice memory abu.

Hikayat ABU said...

azmi : aku terharu ingat balik memori camni. aku sayang STAR wey. :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...