its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Wednesday, August 24, 2011

how to register your car as NGV

akhirnya, kereta aku tu officially a Natural Gas Vehicle (NGV). yeah!
untuk menjimatkan duit, aku sendiri berurusan untuk mendaftarkan kereta aku. jika menggunakan ejen, mungkin upahnya RM400 dan jimat masa. kebetulan aku bercuti, sengaja aku buat ini semua sendiri. kali pertama terlibat dalam hal sebegini memang pening dan kena banyak bertanya. aku terasa nak share benda ni kat orang lain yang mungkin mengalami pengalaman serupa ini.
this post is in Malay, you guys who didn't understand may translate it.

1. Periksa Kebocoran Gas.
pergi dekat bengkel dimana anda install tangki NGV anda. mereka akan periksa dan mengesahkan tiada kebocoran gas. jika bocor, anda boleh minta mereka tutup kebocoran itu secara PERCUMA. itu bukan salah anda. kita hanya pengguna. anda mungkin diminta membayar sedikit wang untuk Sijil Pengesahan Keselamatan. aku kena bayar RM100
mungkin akan memakan masa sedikit jika nak tutup kebocoran gas tu. jika tiada, mungkin mengambil masa dalam 5-20 minit.

2. Dapatkan Geran Kereta.
yang mana ada dekat tangan sendiri memang senang. kes normal biasanya geran mereka ada di bank. selalu berlaku jika anda membuat pinjaman kereta. jadi, pemilik hendaklah pergi ke bank yang kenderaan mereka didaftarkan. yang tinggal di KL tetapi mendaftarkan kenderaan mereka di negeri lain, anda boleh berhubung dengan bank tersebut. streskan kepada perkataan 'pemilik', hanya pemilik kenderaan sahaja yang dibenarkan untuk menuntut geran itu. jika anda bukan pemilik, anda hendaklah mendapatkan surat kebenaran (authorization letter) daripada pemilik. surat rasmi bertanda-tangan je.

3. Pergi PUSPAKOM.mana² Puspakom boleh. takde hal. kalau boleh datanglah seawal jam 9 pagi. anda akan menyesal jika datang lambat seperti saya. kena beratur panjang dan banyak menunggu. mungkin boleh bawa bahan bacaan (ada orang siap memancing lagi). bayaran sebanyak RM25 dan isi borang kebenaran pemeriksaan oleh Puspakom. pemeriksaan itu hanya mengambil masa kurang dari 30 minit. yang lama hanyalah menunggu giliran dan keputusan Puspakom sahaja. mekanik mereka pantas dan bekerjasama. kredit untuk mereka. jika anda gagal pemeriksaan Puspakom, sila kembali ke nombor 1. jika lulus, teruskan ke proses seterusnya.

4. Hantar Semua Dokumen ke JPJ.
dokumen ini semua adalah seperti Sijil Pengesahan Keselematan, Geran Kereta dan Sijil Lulus Puspakom. anda hendaklah mengisi beberapa borang. baca sebaiknya borang itu. kes aku tadi, aku upah ulat² ejen² kat kawasan itu. senang dan pantas sedikit. perkhidmatan JPJ adalah percuma. anda akan menerima geran baru selepas itu.

5. Pulangkan Geran kepada Bank.
jika pinjaman kereta anda sudah lunas, kerja anda sudah selesai. jika belum, pulangkan kepada bank seperti di nombor 2. sesiapa pun boleh pulangkan geran untuk anda, tidak semestinya pemilik kenderaan.

SELESAI. kos untuk semua proses ini adalah RM125. jimat RM275 dan hanya mengambil masa selama 2 hari. selamat berjaya kepada sesiapa yang ingin mendaftarkan kenderaan mereka sebagai NGV.

*guna gas memang jimat. berbaloi.

5 comments:

akhiran said...

ape benefit kalau daftar NGV dude??

topek said...

woahh tahniah2!!
ujian puspakom tu macamne abu?
kat puspakom ade sungai eh?

Hikayat ABU said...

Azmi : kalau daftar NGV senang la nak claim insurans pape hal. bukan NGV je, any alteration kat kereta kita kena dapatkan kelulusan Puspakom. so that, JPJ ensure kat jalan raya di Malaysia ni, semua kenderaan selamat digunakan dan boleh elak accident.

Topek : Ujian tu ade beberapa stages la. yg aku igt dia akan check tinted kereta, spinning tayar dgn absorber. kenapa puspakom nak ada sungai pulak topek? tak faham.

topek said...

ateee, cane nak memancing itu macam? :D

Hikayat ABU said...

aku buat kat puspakom shah alam. kat sana longkang dia agak besar dan semacam parit. besar gak la ikan yg brader tu tangkap. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...