aku dalam emosi penyiapan diri untuk belajar. orang² di sana, aku tahu kau orang diketuai wanita. tapi kau orang tetap 1 negara yang ada ketua kan? bersyukurlah kalian. :)
aku ada cerita tentang kepintaran seorang miskin yang punyai ilmu. ilmu itu menjaga dia, sehingga beliau naik ke puncak. aku sanjung dia, maksud aku, aku sanjung orang yang punyai ilmu. tapi aku lagi sanjung, orang yang berkongsi ilmu milik dia. sabda Rasulullah, guru adalah orang yang telah mengajar kita lebih daripada 3 perkataan. terima kasih cikgu² sekalian!
di 1 masa, seorang raja menghajatkan suatu cara untuk mengganti tempatnya. Sultan Ishak sudah tua, hanya punyai seorang puteri, tidak bernafsu lagi pada jelitawan, ingin bersara dari takhta negeri yang damai itu. mengikut tradisi, jika Sultan tidak mempunyai pengganti, maka para pahlawan di negeri itu hendaklah berentap tenaga untuk merebut takhta negeri itu. Sultan Ishak menganggap perbuatan itu tidak relevan lagi kerana menggalakkan dendam kesumat dalam diri rakyat & merugikan tenaga kerja dalam negeri. Sultan lantas memanggil Bendahara & para ahli fikir di negeri itu.
seorang ahli fikir yang miskin & hina menyembah ke bawah duli, untuk memberikan cadangan. si miskin, Hassan memberikan cadangan agar Tuan Puteri sendiri menjadi ketua negeri. Tuan Puteri sudah cukup dewasa ketika itu, Bendahara juga seorang yang sangat berpengalaman. Puteri yang rupawan itu sememangnya cerdik dalam hal ehwal pentadbiran negeri kerana sering mengikut Ayahandanya ketika masih kecil. Permaisuri sebenarnya sudah mangkat semasa Puteri masih kecil. cadangan itu sememangnya dipersetujui oleh Bendahara, Syahbandar, Temenggung, dayang² & ahli² istana yang lain. Sultan gembira dengan cadangan itu. sememangnya Sultan sangat menyayangi Puteri & sungguh mempercayai Puteri tentang selok-belok istana.
Sultan ingin menganugerahkan Hassan, si ahli fikir fakir itu apa pun yang dia hajati. apa² pun. Hassan berfikir sejenak. Sultan melengahkan masa dengan menanyakan pada Bendahara, jika Bendahara di tempat Hassan, apa pula yang akan diminta? "Hamba ingin sebuah rumah di tengah tasik dengan jambatan di 4 penjuru tasik ke daratan" kata Bendahara. Syahbandar pula disoal, "Hamba ingin sebuah jalan di bina dari rumah hamba ke istana agar mudah untuk hamba berulang-alik", jawabnya. Temenggung yang masih muda pula menghajati Tuan Puteri untuk disunting, menjadi suri dalam kamarnya.
Hassan mengangkat muka lalu berbicara. "sebagai seorang yang miskin, hamba ingin Tuanku menginap di rumah hamba selama 3 purnama untuk merasai apa yang rakyat miskin seperti hamba rasa". ahli² istana yang lain tercengang lalu tergelak kecil. Sultan juga hairan akan tindak-tanduk si fakir, Hassan namun Sultan setuju dengan hajat Hassan.
Sultan pun berangkat ke istana pada petang itu. ternyata rumah Hassan begitu jauh ke dalam, perlu merentasi hutan, perlu merentasi sungai menggunakan sampan. rumah si Hassan juga daif, hanya muat untuk 3 orang. Sultan, Bendahara & Hassan. tempat beradu memang untuk seorang sahaja, tandas di luar, dapur & barang² masakan hanya di 1 sudut kecil.
purnama pertama memang menyeksakan. Sultan pulang selama 3 malam di istana. Sultan kelihatan kurus kering. katanya, Sultan rindu akan masakan Puteri. Sultan mengarahkan sebuah jalan di bina sehingga ke rumah Hassan untuk memudahkan Sultan untuk 2 purnama lagi. jambatan juga dibina untuk merentas sungai yang besar untuk ke rumah Hassan. Tuan Puteri pula diajak untuk tinggal bersama Sultan di sana untuk memasak. Tuan Puteri tidak selesa tinggal di rumah kecil dengan Hassan, tapi perkenalannya dengan Hassan ternyata mengurangkan rengekan manja Puteri pada Sultan.
purnama kedua ternyata kurang beban. jalan sudah ada, masakan Puteri juga ternyata menyelerakan nafsu makan Sultan, hanya keselesaan di rumah Hassan sahaja belum terubat. Sultan lantas mengarahkan rumah baru di bina untuk Hassan. malah, Puteri pula sudah jatuh cinta pada Hassan & akhirnya Hassan berkahwin dengan Puteri & menjadi Sultan. Bendahara memuji kepintaran Hassan. Hassan memikirkan masa depan, fikirannya jauh. Hassan menjadi Sultan yang hebat dalam gugusan negeri² di benua itu. THE END
hebat bukan Hassan? aku pun tak sangka akan jadi macam itu bila aku baca novel itu beberapa tahun lepas. carilah ilmu, bukan harta. kita menjaga harta, ilmu menjaga kita. :)
2 comments:
nape Hassan bai??selamat bukan abu hassan name die der.huhu
kalo Abu Hassan, its gonna be Uncle Ishak with her daughter. :)
Post a Comment