its not just myself!

blog ini untuk aku kisarkan pengalaman hidup sendiri. bukan untuk tatapan atau gosipan kau orang. tapi untuk aku baca bila aku rindukan saat gemilang mahupun sedih diri sendiri. sekian.

Wednesday, June 30, 2010

kisah cinta seorang loser

loser dalam tajuk di atas bermaksud seorang yang lemah, failure dalam bab percintaan. tak tahu mana arah di tuju, bagai lembu di cucuk hidung. orang itu adalah mr S, rakan persahabatan aku. aku dalam cerita ini berperanan sebagai seorang penasihat, pembimbing, pendorong dalam tingkah laku mr S. sambil baca, dengarlah lagu ini

ceritanya begini . . .
dalam sebuah komuniti, memang persahabatan terukir, mungkin berbunga bak jambak mekar, tapi yang penting ada persamaan kawan. aku kawan miss M, begitulah juga mr S.
sakit permulaan hati terbuka
kami ke rumah miss M hari itu. tika itu, M sakit, takda lah teruk atau akut, tapi mengenangkan dia kawan, langkah kaki tetap bertenaga. lama juga kami di sana. menggembirakan hati M, aku tahu bosan tika sakit di rumah, tanpa peneman, sunyi. mungkin laptop & siaran televisyen peneman sunyi kau. kedatangan kami lain dari yang lain. tanpa kad atau bunga, tangan kosong. bebalnya budak sekolah pandai, tapi tak mengapa. ini menjanjikan peluang kedua. dalam kereta, S mula suka akan kemanisan air muka M. aku cakap, kalau macam tu, kau telefon la dia. walaupun dengan ucapan selamat malam.
hospital bersama keluarganya
kali pertama, bersama keluarganya. sesat kita orang cari jalan ke sana. tapi tak mengapa, mr S memang nak sangat. biarlah S, orang kalau dah sayang, lautan luas hendak di duga. malam itu, kita orang bersesi temuduga dengan keluarga M. memang sempoi, banyak nasihat. auntie G & uncle A, kau orang memang cemerlang. auntie G memang memandang tinggi S, aku juga. tapi lembab nak bercinta, menjadi terbaik di kalangan banyak kumbang. kali kedua, dengan tujuan suprise. kali ini datang bertangan terbuka, ada coklat MARS & kad ucapan 'get well soon'. tu semua cadangan aku. mulakanlah dengan mengambil hati, biar hati dia senang, mungkin hampir kepada suka lain kali.
ditolak mentah²
ungkapan miss M di laman sosial.
"let's NOT talking about feelings, lets talk about how to make money"
ungkapan mesej dari mr S kepada aku yang tersilap hantar pula pada mulanya kepada miss M.
"dia cakap jangan pergi rumah dia, dia macam menyampah dengan aku. dia suruh aku padam sebarang perkara yang berkaitan dengan dia"
mr S pun masalah jugak. siapa suruh pergi kecoh² kat FB. diam² sudah la. nasihat aku, jangan mengalah dulu. jiwa kacau orang sakit memang macam tu. lagipun dia banyak pilihan, kenapa nak berdamping dengan orang yang baru kenal. itu tanda S ditolak. kasihan melihat S, aku ikut dia ronda² KL. biarlah gurindam sedih di hati surut dulu.
idea bernas, beli bunga
tatkala itu, idea menarik terdetik dari S.
"kita beli bunga untuk dia, letak kat rumah dia, lari"
kata aku, idea bernas. sesuai untuk memujuk orang. berpusing pula ke Jalan Petaling. auntie G pernah cakap yang bunga kat situ memang segar, cantik, murah. memang itu lah kenyataannya. pilihan warna pula diserah kepada aku.
"hello M, pendapat kau, beg warna apa cantik? biru, maroon atau merah jambu?"
jawapan M adalah biru. memang warna biru yang kami beli. terus bergerak ke rumah si M. masih dengan perancangan, letak kat pagar, lari. aku suruh telefon si M, cakap cuba tengok luar rumah. perempuan mana yang tak suka bunga beb. terus si M suka. aku harap si S sedar, jangan lah terlampau galak sangat. zaman kini, maklumat cepat tersebar. perlahan², kita masih remaja. pergilah dapatkan gelaran CA, DR & Datuk kau dulu.
peracun & penawar
racun adalah orang yang menjadi penghasut, pengeruh hubungan mereka. jangan percaya kepada propaganda. itu semua khayalan semata. ikutlah apa kata hati kau si M. aku tengok gelagat, pandangan mata kau pun aku dah tahu apa hati kau kata. jangan takut berdepan realiti wey. si S, jangan keruhkan keadaan. biarlah apa yang dah jadi ni sebagai cabaran & pengalaman kau. kalau nak jumpa pilihan hati tu senang, kenapa ada anak dara tua atau bujang terlajak? stay keep in touch kau orang. kalau sampai pelamin, 1 je aku nak. bagi aku jadi pengapit wey. :)

cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa sahaja. kalau sendiri terasa, pandai² lah tutup muka. :D
"kalau hati kata angguk, kenapa fi'li perlu geleng?"
*fi'li ialah perbuatan dalam bahasa arab.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...